Friday 29 January 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 2

Bab 2


“Abang balik makan tak harini?. Saya masak lauk kegemaran abang, sambal goreng jawa.” Aku bernada lembut di dalam telefon.
“Tak balik la, mana sempat…Simpan je, nanti malam kalau I balik, I makan…Kalau tak, simpan je dalam peti ais.” Khalil berkata seolah tidak menghargai.
“Takpelah kalau abang tak balik. Saya simpan dalam peti ais je nanti.” Aku membalas lembut. Malas rasanya nak bertengkar dengannya mengenai hal-hal remeh seperti ini.
“La, I cakap simpan dalam peti ais kalau I tak balik malam ni…kalau I balik, hidang je la atas meja. Itupun susah nak faham ke?.” Khalil meninggikan suaranya.
“Oh, okey abang, saya faham…” Pendek saja kata-kataku.
Hati ini berkaca dan dengan semewahnya airmata mengalir. Mengapa Khalil begitu sepi dan tampak sering marah terhadapku?. Adakah kerana satu nista yang bukan salah diriku, Khalil menjadi tidak sayang pada diriku?. Ya Allah, aku memohon kekuatan dariMu agar aku dapat menerima kenyataan hidup ini.

****

“Hello…assalamualaikum kak. Tengah buat apa tu?.” Aku menelefon kakakku yang jauh di New Zealand, Karina.
“Waalaikumussalam, Kathy. Apa khabar orang Malaysia?. Lama benar awak tak call akak?.” Karina membalas lembut, sinis juga bahasanya.
“Saya busy la kak… Akak macam mana sekarang?.” Ringkas jawapanku.
“Akak macam ni la dik. Setakat ni akak bahagia dengan abang Josh. Kami belum ada anak lagi. Akak sekarang kerja kat private company kat sini. How about you?.” Panjang juga soalan Karina, bertalu-talu sampai susah aku nak menjawab.
“Ehmm…Zara, me and Khalil okey je, sihat. Saya dah pindah Klang kak.” Aku menjawab ringkas.
What, dah pindah Klang, why?. Bukan ke awak kerja di KL?. Kan jauh nak berulang alik?. Khalil yang suruh ke?.” Kedengaran agak serius soalan kakakku.
“Eh, takdelah. Saya dah resign. Nak further study kak.” Tiba-tiba itu jawapan yang keluar dari mulut aku. Sebenarnya itu bukan jawapannya.
“La, apesal resign?. Awak dah best kerja kerajaan, kenapa resign?, sayanglah dik. So, nak further study kat mana?.” Kakakku bertanya lagi. Aku jadi bingung kerana aku tidak sengaja memberikan jawapan yang berbeza. Aku jadi terdiam.
“Errr…tak fikir lagi kak. Maybe Japan kot?.” Spontan jawapanku.
“Japan? But why Japan?. Kat New Zealand ni pun ok jugak. Akak boleh recommend mana-mana university yang okey untuk awak.” Kakakku cuba memberi pendapatnya.
Its okey kak. Tak minat Negara mat saleh la. Teringin nak pergi Japan.” Aku termengah-mengah juga menduga jawapan. Aku cuba berdalih lagi.
“Terpulangla kat awak... Akak sokong je... Kita ni berdua je yang tinggal dik. Mak dan ayah dah takde. Makcik-makcik kita mana hiraukan kita berdua. Kitalah yang tentukan jalan hidup kita sendiri. Tapi, akak still your sister, apa-apa contact akak okey?.” Berjela juga nasihat dan ingatan kakakku. Sebenarnya, aku ingin bercerita tentang apa sedang menimpa diriku tetapi tak sanggup rasanya membebankannya dengan pemasalahanku itu. Jadi, aku pendamkan saja, biarlah masa yang menentukan.
“Okeylah kak. Nanti ada masa saya call lagi.” Balasku lembut sambil memicit kekunci ‘end’ di tirai viber. Untuk aku yang sedang tidak bekerja ni, tak mampu rasanya untuk aku menelefon kakak menggunakan talian Malaysia, nasib aku hidup di zaman serba canggih dengan teknologi. Semua talian di laman maya adalah percuma dan aku senang menggunakan talian viber.

****

Sudah setahun aku tidak bekerja, aku menjadi suri rumah sepanjang masa. Masaku banyak dihabiskan bersama anakku, Zara. Sementara Khalil memang jarang ada di rumah, masanya banyak dihabiskan dengan out station yang kadang kala aku sendiri tidak diberitahunya. Mujur ada kereta perodua kancil di rumah, boleh juga aku keluar bersiar-siar bersama Zara. Sikap dan perubahan Khalil semakin hari semakin ketara. Setiap kali pulang ke rumah, dia sering marah-marah. Khalil menjadi seperti tidak tentu arah bila bersua muka denganku. Sampaikan pernah juga Khalil mengeluarkan kata-kata kesat ke atasku. Aku pasrah dan menyerah jika ini memang takdirku. Aku redha dengan apa juga ketentuan Ilahi kerana padaku, ada hikmah atas semua yang berlaku.

Kesku akan dibacakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada bulan hadapan. Sehingga sekarang, aku masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan bakal peguamku yang dicadangkan oleh sahabatku, Shuhada. Suamiku juga tidakku beritahu tapi dalam benakku terfikir mungkin Khalil sudah tahu melalui pegawai SPRM yang sering menelefonnya untuk memberi status terbaru kesku. Tetapi, tidak pernah sekali pun Khalil duduk berbincang dengan aku bagaimana kami ingin selesaikan kes ini secara bijak. Aku keliru dengan sikap dingin Khalil terhadapku. Khalil hanya memberi nafkah zahir tetapi nafkah batin sudah sekian lama tidak diberinya.

“Kathy, kau dah call Iskandar ke belum?.” Shuhada bertanyakan padaku ketika melawatku di rumah.
“Belum lagi… Aku blur la, takde idea macam mana nak jumpa dia.” Aku menjawab ringkas.
“Kau ni, pergilah jumpa dia. Pejabat dia kat Bangsar, kan aku dah bagi business card dia kat kau?. Kalau susah sangat, aku je la bawa kau jumpa dia…petang ni!.” Shuhada cuba memberi pendapatnya. Aku tersentak kerana sebenarnya wang pampasan pemberhentian yang aku terima dari pihak kerajaan tidaklah banyak mana. Aku risau jika tidak cukup wang untuk membayar upah peguam dan sebagainya sebab itu aku sering berdalih apabila diajukan dengan soalan seperti itu.
“Err…petang ni ke?. Seganlah Shu...” Balasku sambil membuat muka kesian.
“Mengadalah kau ni… Aku bawa kau ke sana, bawa sekali Zara… Don’t worry, kau tu kalau aku tak paksa…tak jalan.” Shuhada ‘membelasah’ku dengan nada sinisnya.
“Kau tunggu sekejap, aku nak tukar baju.” Aku bingkas bangun untuk menukar baju. Malu rasanya jika berpakaian biasa-biasa untuk berjumpa seorang peguam.

Petang itu kami bergerak ke Bangsar. Lokasi pejabat Iskandar tidak jauh dari kawasan Shopping Complex Bangsar. Agak besar dan gah juga pejabatnya. Sungguh takku sangka, seorang peguam yang seusiaku mampu menguasahakan syarikat sebesar ini.

“Hai Is, apa khabar. Nasib kau takde kes petang ni. Kalau tak, tak dapat nak jumpa kau.” Shuhada memulakan bicara.
“Yelah tu…aku sepatutnya ada kes tapi tak jadi. Memang rezeki kau dapat jumpa aku petang ni.” Iskandar, peguam muda yang sangat kacak persis hero pelakon Adi Putra.
“Is, ni kenalkan, Kathy. Ops…Khatijah. Dia ni la kawan aku yang aku beritahu kau tu.” Shuhada memperkenalkan aku pada Iskandar. Kami bersalaman dan aku terkedu dengan sapaannya.
“Hai, saya Iskandar. Panggil saya Is je. Actually saya pernah handle kes rasuah pegawai polis dua bulan lepas. Alhamdulillah, pegawai polis tu lepas sebab tiada sabitan kes, bahan bukti mencurigakan pihak penghakiman.” Iskandar memulakan bicara. Tetapi, nyatanya dia sudah tahu akan masalah aku.
“Kathy, Is ni lawyer glamour, handsome and prince charming ni. Sebab tu kalau handle kes selalu menang, hakim cair dengan dia…” Shuhada memuji Iskandar yang kelihatan malu-malu kucing dengan pujian itu.
“Pandailah kau Shu. Mana ada hakim cair dengan aku?. Aku menang sebab buat kerja betul-betul la…” Iskandar membalas sinis.
So, macam mana Is?. Kes Kathy next month tau.” Shuhada memotong perbualan dengan menanyakan terus kepada tujuan kehadiran kami ke sini.
“Boleh saya dapatkan nombor telefon Incharge Officer yang handle kes you?.” Iskandar cuba bertanya padaku yang dari tadi diam membisu.
“Err…boleh…nama dia Karim. Ni nombor telefonnya.” Aku menjawab ringkas sambil menghulurkan kertas tertera nama Karim, pegawai penyiasat.
So, you nak macam mana?. Kes settle or fight?.” Pendek soalan Iskandar tapi aku bingung mencari jawapan yang pasti.
“Saya takde idea…Apa pendapat Encik Iskandar?.” Aku cuba bertanya pendapatnya sebagai seorang peguam.
“Pendapat saya…fight la. Kalau you tak salah, kenapa taknak fight?.” Iskandar menjawab ringkas sambil tangannya menyalin nombor telefon yang kuberikan tadi.
“Macam mana nak fight encik Iskandar?.” Aku bertanya lagi.
“Macam ni…saya akan telefon Incharge Officer ni, tanya dia bila nak buat sebutan kes?. Masa tu nanti you kena datang mahkamah dan kata depan hakim, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.” Padat dan ringkas jawapan Iskandar tetapi aku masih tidak faham.
“Kalau saya mengaku bersalah?...” Aku terus bertanya.
“Itu tak fight namanya. Itu senang kerja saya tapi kebarangkalian you kena apa-apa hukuman saya tak boleh jamin. Sebab hukuman untuk pesalah rasuah ni agak tragis. Hukuman dapat dua-dua…penjara dan denda. You kena tahu tu.” Iskandar menghuraikan satu persatu.
“Penjara?...” Aku menyoalnya dalam keadaan terpinga-pinga.
“Yup…penjara dan denda. Denda tu 5 kali nilai suapan. You haritu kena RM10,000 then kali 5 la, so dendanya RM50,000. Yang bab penjara tu, maksimum 20 tahun, bergantung pada budi bicara hakim.” Iskandar menjawab dengan huraian panjang berjela agar aku mengerti situasinya.
“Kalau saya fight ada harapan saya menang?...” Aku bertanyakan lagi.
“Itu saya tak jamin. Saya hanya peguam pembela. Menang atau kalah bergantung pada bahan bukti dan fakta kes. Kalau menang, duit jaminan mahkamah akan dipulangkan tapi kalau kalah you still dapat hukuman yang sama macam saya cakap tadi…penjara dan denda. Dalam hal ni, kalau kita kalah, you akan dapat lebih hukuman sebab memperbanyakkan kerja hakim.” Iskandar bercakap seolah dalam mahkamah tetapi sambil tersenyum.
So kalau saya fight…ada kemungkinan saya akan kalah?.” Soalanku pantas membuatkan Iskandar jadi terdiam.
“Puan Khatijah…kita belum cuba, mana nak tahu kalah atau menang?...Benda belum buka file pun lagi. Saya kena tengok samada saya boleh fight or not.” Iskandar menjawab sambil wajahnya memaling ke arah Shuhada.
“Kathy, ikut kata hati kau tu...” Shuhada cuba memujukku.
“Kalau ikut kata hati aku, aku taknak fight.” Aku terus dengan keputusanku.
“Kau belum beri apa-apa maklumat pada Is lagi tapi kau dah menyerah kalah. Kathy, aku tahu kau kuat, kau mesti fight.” Shuhada menambah sambil mengusap belakangku.
“Okey…Shu, kau tinggalkan aku dengan Kathy kejap. Aku nak bersembang dengan dia.” Iskandar berkata sambil bingkas bangun menunjukkan Shuhada kerusi sofa di ruang menunggu di luar. Shuhada akur dan bingkas keluar sambil membawa Zara. Pintu bilik pejabat ditutup oleh Iskandar.

“Okey…macam ni Kathy. Can I call you Kathy?.” Iskandar bercakap dengan nada lembut.
“Boleh.” Jawapku ringkas.
“Boleh you ceritakan pada I apa sebenarnya yang berlaku?.” Iskandar cuba mendugaku. Tanpa berfikir panjang, aku menceritakan apa sebenarnya yang berlaku sehingga aku tertangkap oleh pihak SPRM.
“Oh…macam tu. Actually ni first time I dapat kes macam ni. Selalunya client I nak I fight sampai menang even sebenarnya memang diaorang salah. Tapi… you ni pelik sikit, you tak salah but then nak menyerah kata you mengaku salah.” Iskandar berkata sambil matanya merenung tepat ke arahku.
“Kalau saya gunakan khidmat encik Iskandar, berapa yang perlu saya bayar?.” Aku terus bertanyakan soalan mengenai harga bayaran atas khidmatnya.
“Okey…macam ni. Saya hanya charge untuk buat surat rayuan kepada pendakwaraya SPRM dan hadir di mahkamah tinggi untuk hujahan pembelaan. Semua sekali saya charge 4,000ringgit. It is okey for you?.” Iskandar cuba meneka jawapanku.
“Okey…deal, saya setuju. Saya akan bayar selepas selesai kes.” Aku cuba memendekkan perbualan.
“Saya akan cuba dapatkan hukuman yang paling minimum untuk you. Ada satu kes rasuah yang I handle tu dia hanya dapat hukuman sehari penjara dan denda 5 kali suapan. Penjara tu pun bukan pergi betul-betul ke penjara Kajang ke apa. Just duduk di lokap mahkamah, petang diaorang akan realese kan you.” Iskandar cuba memberiku jaminan.
Thanks Encik Iskandar...” Aku menjawab ringkas.
Petang itu Shuhada menghantarku pulang ke rumah tetapi agak lewat lantaran kesesakan lalulintas di sekitar Bangsar. Kami tiba lewat di rumah. Aku lihat kereta Khalil sudah berada di rumah dan aku menjadi gembira kerana hari ini Khalil pulang. Aku hanya menyuruh Shuhada untuk menurunkan aku di pintu pagar rumah dan selepas itu Shuhada berlalu pergi. Hatiku menjadi gembira dan tidak sabar rasanya untuk aku menceritakan apa yang terjadi pada petang tadi. Aku sudah dapat seorang peguam yang bakal menjadi peguam pembelaku dengan bayaran yang setimpal.

“Abang dah lama balik?.” Aku terus bertanyakan Khalil keranaku lihat Khalil terbaring di sofa ruang tamu kami.
You pergi mana?.” Khalil menyoalku.
“Abang, tadi Shuhada bawa saya pergi jumpa lawyer.” Aku menjawab ringkas.
“Siapa suruh jumpa lawyer tanpa pengetahuan I?.” Khalil menengkingku dan membuatkan Zara terjaga dari tidur dan terus menangis.
“Kathy… I ni siapa?. Suami you kan?. Kenapa keluar tak beritahu I?.” Khalil bingkas bangun dari sofa dan menghampiriku.
“Err…saya dah try call abang tapi masuk voice mail.” Aku cuba menjawab.
“Tak boleh nak whatsapp ke?.” Khalil cuba berdalih.
“Saya dah whatsapp abang tapi abang tak reply. Sebab itu saya pergi je terus.” Aku cuba lagi untuk menjawab sambil memujuk Zara yang sedang menangis.
I dah bosan la dengan sikap you ni. Semenjak you dah tak kerja ni, selalu menyusahkan I.” Khalil meninggikan suaranya.
“Apa abang cakap ni?. Saya dan Zara adalah tanggungjawab abang bukan menyusahkan abang.” Aku menempelak sinis Khalil.
I bagi you kerja dulu bukan suruh ambil rasuah. Sekarang you tengok apa dah jadi?. Hidup kita porak peranda tau. You tengok apa yang jadi pada I?.” Khalil menunjukkan keadaan dirinya seolah-olah tidak terurus sedangkan semuanya dalam keadaan yang sempurna.
“Saya tak faham maksud abang. Apa yang abang kata hidup kita porak peranda?. Ada saya abaikan tanggungjawab saya pada abang?. Saya masak, jaga Zara, kemas rumah semua. Abang balik rumah pun seminggu sekali, itupun abang tidur kat bilik tetamu. Itu kira nasib baik abang balik seminggu sekali. Kadang-kadang terus tak balik berminggu-minggu. Abang beri saya 400ringgit je untuk saya siapkan keperluan rumah. Saya bersyukur sekurang-kurangnya abang ingat nak beri saya duit untuk beli susu dan lampin Zara.” Aku membidas telahan Khalil padaku sambil airmata ini mengalir deras membasahi pipi.
“Untuk pengetahuan abang, kes saya akan disebut di mahkamah pada bulan depan. Terpulang pada abang nak saya macam mana. Apa pun yang terjadi pada saya, saya mohon abang tolong jaga Zara, jangan abaikan dia.” Aku merayu pada Khalil sambil terus-terusan menangis.
“Takde masa la nak dengar pasal kes kau tu. Zara nanti I jaga, dia lagi sempurna kalau I yang jaga.” Khalil berluru naik ke tingkat atas meninggalkan aku yang sedang menangis atas perbuatannya.

Ya Allah ya tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang. Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaanMu yang mendatang. Berikanlah aku sumber keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap suami yang amatku sayangi dunia dan akhirat. Sesungguhnya, dia sajalah tempat aku mengadu kerana aku sudah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini melainkan dia, suami yang sangat ku cintai. Bukakanlah pintu hatinya untuk redha dengan semua takdir yang Kau berikan untuk kami sekeluarga. Lindungilah suamiku dari bala bencana dunia mahupun akhirat.

****

Duit pampasan yang aku terima tidaklah banyak mana. Duit itu aku gunakan sehabis baik untuk membayar hutang dan selebihnya memang aku simpan untuk membayar denda dan peguam yang bakal membelaku. Aku simpan sedikit untuk menjadi bekalan aku di masa depan sekiranya aku tidak lagi diterima bekerja di mana-mana syarikat, firma mahupun agensi kerajaan. Persediaan ini mungkin untuk aku membuka perniagaan kecil-kecilan sebagai salah satu usaha membesarkan Zara. Di saat aku memerlukan bimbingan dan semangat di kala itu jugalah Khalil mengherdik dan memakiku. Aku sangat janggal dengan sikap dan tindakan Khalil terhadapku. Kadang kala aku jadi sudah terbiasa dengan sikapnya yang tidak menghiraukan aku dan Zara. Mungkin kerana sudah setahun Khalil melayaniku sebegini dan ini membuatkan aku sudah lali dibiarkan bersendirian. Sememangnya dari dulu pun, apa juga yang aku inginkan, aku akan cuba mendapatkannya sendiri tanpa perlu meminta dari Khalil.

“Abang…saya beli beg coach ni. Ada sale kat Sogo semalam.” Aku berkata pada Khalil malam itu sebelum dia berangkat pulang ke Klang.
“Mahal ke?, berapa harga?.” Khalil bertanya sambil melipat bajunya ke dalam beg pakaian.
“Taklah, lepas sale tinggal 450ringgit je. Hadiah untuk birthday saya ni.” Aku menduga.
“Yelah, abang tak bagi hadiah pada sayang kan?.” Khalil berkata sambil mencebik.
“Ala abang ni…Saya tak kisahlah sebab saya mampu beli sendiri. Abang jangan risau.” Aku membalas lembut.
“Kita berdua bekerja. Abang harap sayang dapat beli apa yang sayang nak. Abang hanya boleh sediakan keperluan lain macam beli makanan dapur, susu dan lampin Zara.” Khalil berkata seolah mohon simpati dariku.
“Abang…kita kan suami isteri. Saya faham abang dan abang faham saya. Tak pernah terdetik kat hati saya nak perli abang ke apa ke…Saya minta maaf kalau saya sakitkan hati abang.” Aku cuba memujuk Khalil sambil memeluknya dengan erat. Tangannya ku genggam dengan penuh kasih sayang. Khalil adalah cintaku yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Malam itu Khalil tidak jadi pulang ke Klang kerana kami sama-sama lemas dalam hembusan asmara. Dia hanya pulang pada awal pagi dan terus ke pejabat. Aku berasa sangat terharu kerana Khalil sering melayanku dengan penuh kasih sayang dan setiap keinginan batinku dipenuhinya dengan cinta dan rindu dendam.

Tetapi sekarang Khalil telah berubah. Khalil tidak pernah menyentuhku selepas apa yang berlaku ke atasku. Sekali pun dia tidak pernah menunaikan tanggungjawab batinnya walaupun setiap kali dia balik ke rumah, aku cuba menggodanya. Mengapa Khalil sudah berubah dan hilang rasa keinginannya untuk membelai tubuhku?. Aku masih mencari jawapan yang pasti. Apa yang ku harapkan agar Khalil boleh berubah demi aku dan anak kami, Zara Aisyah. Hanya doalah senjata buatku agar dapat melembutkan hati suamiku yang amatku sayangi dunia dan akhirat.

****

“Kathy, kau dah ready ke?. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Kuatkan semangat kau tu demi anak kau, Zara.” Shuhada cuba memberiku semangat.
“Aku dah ready Shu. Dari dulu lagi aku dah ready. Hidup ni hanya lakonan semata-mata. Apa pun yang berlaku, Allah dah tentukan, aku sebagai pelakon, bawakan watak je.” Aku membalas dengan nada sempurna sebagai tanda peringatan untuk diri ini.
“Wah, pandai main kata-kata sekarang. Huh…tu encik handsome Adi Putra dah sampai.” Shuhada menukar topik lantaran terlihat kelibat Iskandar dari jauh menarik beg hitamnya.
“Hai ladies. Apa khabar?.” Iskandar menyoal ringkas.
“Aku okey je. Wah, handsome la kau ni Is lagi-lagi pakai baju peguam ni, macam Adi Putra dalam Sehangat Asmara.” Shuhada memuji sehingga kelihatan Iskandar tersipu-sipu malu.
“Ada je kau kan?. Nak suruh aku belanja la tu.” Iskandar menjawab malu.
So puan Khatijah dah ready?.” Iskandar menyoalku pula.
“Err, dah encik Iskandar.” Jawabku ringkas.
“Harap-harap hari ni takde press yang datang buat liputan.” Iskandar menambah sambil dahinya berkerut.
What, press datang ke Is?. Kesian kat Kathy la. Do something la. Takkan sampai masuk paper?.” Shuhada memujuk Iskandar.
Look, kita tak boleh nak predict press ni. Wartawan dia ada kat setiap ceruk mahmakah kat Malaysia ni.” Iskandar menambah.
“Tapi, you kena doa pada Allah semoga you dipelihara dari sebarang perkara yang boleh mengaibkan you.” Iskandar memberiku nasihat.

Kami lantas berjalan menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Iskandar berjumpa dengan peguam pendakwa SPRM dan mereka berbincang sesuatu. Mereka seterusnya berjalan ke tingkat bawah untuk urusan pendaftaran kes. Kes aku disebut pada jam 10:30 pagi. Iskandar telah bersedia dengan segala persiapan. Surat tawaran aku untuk melanjutkan pelajaran di Jepun juga ada dalam simpanannya. Itu sebagai bahan untuk rayuan meringankan hukuman.

“Bangun semua.” Kerani mahkamah memulakan bicara setelah hakim tiba.
“Fakta kes dibacakan.” Beliau menyambung.

Aku hanya diam terkedu. Sungguh tidak ku sangka dan duga, ini ujian dariMu ya Allah. Aku langsung tidak mengendahkan perbicaraanku. Banyak perkara bermain diminda dan fikiranku saat ini. Bagaimana jika hakim memutuskan untuk memenjarakan aku setahun, dua tahun atau 20 tahun?. Bagaimana dengan anakku Zara?. Siapa nak jaga dia?, dengan keadaan dingin suamiku yang langsung tidak ambil peduli dengan apa yang aku alami.

“Khatijah bte Ismail, awak bersetuju dengan fakta kes?.” Soal hakim kepadaku.
“Saya setuju puan hakim.” Aku menjawab ringkas kerana itu yang diajarkan oleh Iskandar sebelum ini.

“Yang arif, saya memohon untuk yang arif dapat memberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan puan Khatijah bte Ismail. Beliau kini sudah tidak bekerja, anak yatim piatu dan suri rumah sepenuh masa menjaga anaknya yang kini berusia 3 tahun. Yang arif, puan Khatijah adalah seorang yang naïf dan sangat bijak. Beliau kini telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di Jepun bermula bulan April ini. Jadi, saya mohon jasa baik yang arif untuk meringankan hukuman ke atas beliau.” Hujah Iskandar selaku peguam belaku hari ini.

“Kamu mengaku bersalah puan Khatijah bte Ismail?.” Hakim sekali lagi menyoalku dan itu membuatkan aku tersentap dari lamunan.
“Err, saya mengaku yang arif. Saya mengaku bersalah.” Balasku ringkas dan tidak semena-mena airmata ini mengalir deras.

****

Mahkamah bersambung semula setelah diberhentikan rehat selama 30 minit. Shuhada sahabatku masih setia menemaniku. Duit untuk tujuan bayaran denda telah aku siapkan. Dalam hal ini, Shuhada yang akan membantuku untuk tujuan pembayaran denda kerana selepas ini aku akan di tempatkan di dalam lokap mahkamah.

“Bangun semua.” Kerani mahkamah memulakan bicara.

“Baiklah, setelah meneliti fakta kes serta hujahan pihak pendakwaraya, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda 5 kali nilai suapan iaitu 50,000ringgit. Jika si pesalah tidak dapat membayar denda, hukuman penjara 12 bulan akan dikenakan.” Hakim memutuskan terus hukuman ke atasku.
“Saya berharap puan sedar dengan apa yang berlaku ke atas puan. Semoga hukuman ini menjadi pengajaran buat puan agar tidak lagi mengulangi kesalahan yang lalu. Anggaplah hukuman denda yang puan bayar ini sebagai khifarah dosa yang telah puan lakukan. You are strong lady, jangan sia-siakan masa depan puan.” Hakim menambah dengan kata-kata nasihatnya. Terkedu aku seketika dengan kata-kata itu. Hakim seolah-olah mengerti dengan apa yang berlaku ke atas ku adalah bukan atas kehendaku, ianya adalah penganiayaan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

Mahkamah bersurai pada jam 12:30 tengahari. Aku dibawa ke tempat dimana lokap mahkamah disediakan. Polis yang mengiringiku juga bersimpati dengan kejadian yang berlaku ke atasku. Dia hanya mampu bersimpati dan menasihatkan aku agar bersabar dengan kejadian yang menimpa.
Semua urusan diselesaikan oleh sahabatku, Shuhada. Dia la yang membayar denda dan dia jugalah yang menungguku sehingga lewat petang sehingga aku dibebaskan. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang sahabat dunia dan akhirat yang sanggup menemaniku di kala aku susah mahupun senang. Semoga dipermudahkan urusan untuk sahabatku menemui jodohnya.

Kring..kring..

“Kathy, aku terbaca cerita kau dalam my daily online la. Siapa yang bagi story ni kat reporter ni?.” Shuhada bercakap dengan suaranya seakan serak tanda sedih dan pilu.
“Ye ke Shu?. Ya Allah, tadi kat mahkamah takde pulak reporter. Kenapa boleh keluar cerita kat paper pulak?.” Aku cuba menduga sedangkan degupan jantungku sangat kencang mendengar perkabaran ini.
“Aku rasa orang dalaman mahkamah yang bagi cerita ni kat reporter. Tadi takde reporter pun, alih-alih cerita kau keluar pulak ni. Dahla nama Is pun diaorang salah tulis.” Shuhada menambah persoalannya.
“Eh, tak baik serkap jarang. Takpela Shu, aku nak buat macam mana, perkara dah nak jadi.” Itu saja ayat yang terkeluar dari mulutku.
“Ini nama baik kau Shu. Takkan kau nak diamkan je?. Dah sah-sah tertera nama kau ni. Aku nak call Is la tanya apa cerita?.” Shuhada mematikan perbualan kami.

Aku terdiam kaku. Apa lagi dugaanMu ya Allah. Kuatkan semangatku ya Allah. Kedengaran suara Zara menangis minta susu. Aku lantas berlari mendapatkannya sambil airmata ini terus mengalir laju. Kali ini lebih deras kerana mengenangkan nasib yang bakal menimpa selepas ini.

****

“Assalamualaikum Kathy, boleh you jumpa I?.” Iskandar menyapaku setelah aku mengangkat talian telefonnya.
“Waalaikumussalam. Ada apa encik Iskandar nak jumpa saya?.” Soalku.
“Tak, I rasa nak bincang pasal kes you.” Iskandar menambah membuatkan aku terpinga.
“Eh, kan dah selesai?. Duit upah encik Iskandar pun saya dah bayar. Ada apa saya perlu jumpa En Iskandar?.” Aku menambah seolah-olah tidak berpuas hati dengan arahannya.
“Err, kalau macam tu biar I yang jumpa you la. Maybe you tak selesa nak ke pejabat I kot. Then, kita jumpa kat luar la.” Iskandar berdalih dan kali ini tetap dengan keputusannya untuk berjumpa denganku.
“Bila?.” Tambahku ringkas.
“Esok boleh?. Masa lunch. Takpe, I boleh datang area rumah you kat Klang.” Iskandar tetap dengan ajakannya.
Urgent ke encik Iskandar nak jumpa saya ni?, tak boleh cakap dalam telefon je ke?.” Aku cuba berdalih.
“Tak boleh. I nak bercakap face to face dengan you. We need to talk.” Iskandar cuba memujukku.
“Ok la kalau macam tu. Nanti encik Iskandar dah sampai Klang, call saya. Saya akan datang kat tempat encik Iskandar tu.” Balasku ringkas seraya talian ku matikan.

****

“Dah selesai ke kes you dengan suami?.” Iskandar memulakan bicara tanpa segan silu menanyakan masalah kedua selepas aku dituduh mengambil rasuah.
“Belum lagi. Minggu depan saya ke mahkamah syariah.” Aku menjawab sambil meletakkan tanganku di atas meja.
“Sebenarnya, I dengar cerita ni dari Shu. Sebab itu I datang nak tanya sendiri dari you.” Iskandar menambah perbualan dengan nada simpati.
I ni tak habis-habis turun naik mahkamah. Hari tu mahkamah tinggi sekarang mahkamah syariah pulak, entahlah encik Iskandar.” Aku menjawab sambil mata ini berkaca.
Next you ke mahkamah syariah untuk tindakan apa?.” Soal Iskandar seakan mendesak jawapanku.
“Khalil akan ceraikan saya. Dia dah ada perempuan lain. Jika kami ke sessi kaunseling pun tak boleh nak selesaikan.” Aku cuba menjawab dalam nada sebak.
You have to be strong young lady. I dapat rasakan semenjak I jumpa you masa you datang pejabat I untuk ambil I as your lawyer yang you ni seorang yang kuat dan tidak mudah menyerah kalah. You sanggup ambil risiko untuk kebahagiaan orang lain sedangkan diri you menderita.” Iskandar memujuk hatiku.
“Itu yang encik Iskandar tahu. Yang encik Iskandar tak tahu, sebenarnya saya seorang yang lemah, cepat mengalah dan pasrah pada takdir yang menimpa, saya tak kuat encik Iskandar.” Balasku sambil airmata ini tiba-tiba mengalir. Iskandar memberikan saputangannya agar aku dapat mengelap airmata yang jatuh membasahi pipi ini.
“Awak tak boleh cakap macam tu. Jangan salahkan takdir, itu seperti menidakkan kuasa Allah. Sepatutnya kita kena redha dengan ketentuanNya.” Iskandar sekali lagi memujukku.
“Bertalu-talu dugaan yang menimpa saya. Dulu Saiful tinggalkan saya, kemudian mak dan ayah masa saya sedang sarat mengandungkan Zara dan sekarang Khalil pula.” Aku menangis lagi dalam esakan yang sudah tidak dapat dibendung lagi.
“Sudahlah tu, kesat airmata tu. I simpati dengan nasib you sebab itu I datang ni. Maybe I boleh duduk berbincang dengan Khalil dalam hal ni. Man to man talks sometimes work!.” Iskandar cuba juga memujukku.
“Tak perlulah encik Iskandar. Kawan baik kami berdua, Fendi juga sudah berjumpa dengannya. Khalil tetap dengan pendiriannya nak ceraikan saya.” Aku menolak cadangan Iskandar dengan nada yang lembut.

Perbualan kami terhenti setakat itu. Aku meminta untuk pulang ke rumah kerana aku malu menangis di depan Iskandar dalam keadaan begini. Aku tak patut menangis depannya kerana aku tak pernah kenal pun dengan insan bernama Iskandar. Aku hanya mengenalinya melalui Shuhada dan hubungan kami hanya sebagai peguam dan client, tak lebih dari itu. Jadi, mengapa mesti aku menagih simpati darinya?.

****

“Hello, Kathy, awak ada call akak ke?.” Kakakku Karina memulakan bicara.
“Yup, tadi saya ada call akak tapi akak tak jawab pun?.” Aku membalas dengan nada manja. Sememangnya aku sangat manja dengan kakakku. Jarak perbezaan umur sebanyak 5 tahun tidak pernah membezakan kami.
“Akak tadi tengah mandi. Awak sihat dik?.” Karina menjawab sambil kedengaran suaranya sedikit riang.
“Saya sihat cuma sejak akhir-akhir tak berapa sihat la kak.” Aku cuba mengadu pada kakakku minta simpatinya.
What happened to you sis?. Ada masalah dengan Khalil ke?.” Karina mendugaku.
“Mana akak tahu ni?.” Aku juga menduganya.
“Eh, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Akak just serkap jarang je, jadi betullah awak ada masalah dengan Khalil?.” Karina menambah membuatkan aku jadi serba salah.
“Yup, tapi ini bukan masalah biasa-biasa. Saya akan bercerai dengan Khalil minggu depan.” Aku terus dengan jawapan yang sememangnya benar. Walapun payah, aku terpaksa juga berkata yang benar apa yang akan berlaku ke atasku.
Oh my God, betul ke ni?. Kenapa sampai jadi macam tu dik?.” Karina bernada pilu. Aku juga menjadi sebak.
“Khalil ada perempuan lain kak.” Balasku ringkas.
“Takkan sampai nak bercerai macam ni?. Why not bermadu?.” Karina cuba memberikan pendapatnya yang pada hemahnya aku memang tak bersetuju.
“Akak, saya rela dimadukan jika Khalil nak. Tapi, Khalil taknak, dia nak ceraikan saya.” Agak tinggi nada aku kali ini.
“Dah berapa lama jadi macam ni?. Zara macam mana?.” Kakakku kedengaran agak risau dengan nasib kami berdua.
“Dah lama kak. Saya selama ni tak tahu Khalil ada simpan perempuan lain. Dia sendiri kantoi dengan saya.” Aku menjawab persoalan kakakku.
“Ya Allah, sampai hati Khalil buat awak macam tu?.” Kakak terdiam dan aku dapat rasakan dia sangat bersimpati dengan nasibku.
“Akak jauh dik. Awak kena uruskan sendiri apa-apa yang berlaku pada awak dan Khalil. Doa akak sentiasa mengiringi awak, my sister.” Nadanya pilu dan sedih. Aku memohon untuk menghentikan perbualan kami. Tak sanggup rasanya menambah sedih yang sudah sekian lama menjadi nanah dalam hati ini. Biarkanlah ianya berlalu pergi seperti apa yang telahku alami sebelum ini.

Kakak, kau tidak tahu sebelum ini adikmu ini lebih menderita sedih dengan pelbagai dugaan dan cabaran Allah. Kes rasuahku baru selesai bulan lepas, kini kes aku dan Khalil pula.

Hi abang sayang. Saya tak tahan la rindu sangat kat abang, Bila abang nak datang sini jumpa Aya.

Esok abang datang. Kan esok weekend?, abang nak spend time dengan sayang. Pakai cantik-cantik, seksi-seksi, abang nak buat bite banyak-banyak kat badan sayang tau.

Gatal la abang ni. Ni yang buat Aya tak tahan ni. Dah terangkat ni, malam ni lah datang…..tak tahan ni..please….

Ok, kejap lagi abang datang. Pakai wangi-wangi tau. Tunggu abang datang.

Ala, abang ni..Aya tak kuat la..

Abang tak kira, tadi kata tak tahan kan?. Malam ni abang bagi sayang terus tak lupakan penangan abang.

Ok, Aya nak tengok. Ok, cepat datang tau. Dah tak tahan sangat ni..I Love You Darling.

I Love You too. Can’t wait to be with you. Hug and kisses!!

Aku tersentak dengan huraian pesanan ringkas dalam telefon suamiku. Sempat aku membaca dan membuka satu persatu ketika suamiku mandi sebentar tadi. Sempat juga aku membuka gambar-gambar lucah suami dan perempuan itu sedang memadu asmara. Alangkah tersentaknya hati ini dan aku merasakan dunia ini bagaikan sudah ingin kiamat. Siapa perempuan ini yang berani merobek kebahagiaan aku dan Khalil?. Aku sudah tidak boleh bertahan lagi, perkara ini harus segera diselesaikan.

“Abang, siapa Aya ni?.” Aku terus melulu menyoal Khalil yang kebingungan keluar dari tandas.
You buka handphone I tanpa kebenaran?.” Khalil cuba berdalih.
“Abang, selama ni saya hormat abang sebagai suami saya. Dulu masa kita bercinta, abang dah berjanji nak sehidup semati dengan saya. Tapi, kenapa sekarang abang menduakan saya. Jawab abang. Apa semua SMS berbaur lucah semua ni?.” Terkeluar juga soalan yang tidak sepatutnya aku tanya tapi aku inginkan kepastian.
“Ye, memang I sayangkan dia. Nama dia Hanaya dan I dah bercinta dengan dia hampir setahun. Dia layan I first class. Puas hati?.” Khalil menjawab sambil menengking dengan nada yang amat keras.
“Apa salah saya pada abang. Selama ni saya tak sangka abang ada perempuan lain.” Aku cuba juga untuk bersikap ingin tahu.
I dah bosan dengan you. Tak pandai jaga penampilan, ambil rasuah, anak tak terjaga, asyik bibik je yang bagi makan.” Khalil menghambur kata-kata kesatnya.
“Abang, itu dulu, dua tahun je pun bibik dengan kita. Sekarang saya yang ambil alih tugas semua tu. Saya takde masa nak bergaya abang, tugasan kat rumah ni pun tak habis saya nak selesaikan. Mengapa baru sekarang abang bosan dengan saya?. Kenapa abang tak cakap dengan saya agar saya ubah penampilan kalau itu yang abang mahukan?.” Panjang berjela juga peneranganku ditambah dengan soalan yang bertalu-talu pada Khalil.

Khalil diam mencuka. Dia segera mengemas pakaiannya dan terus beredar keluar tanpa ada sebarang jawapan yang pasti pada semua soalan yang aku ajukan padanya sebentar tadi. Dibiarkannya aku dan Zara terkontang kanting sebegini rupa.

****

Hari ini adalah penentu samada perkahwinan aku dengan Khalil akan terus bertahan ataupun cukup setakat ini sahaja. Sebenarnya aku sudah pasrah dan cuba untuk menerima segala ketentuan yang bakal berlaku. Sudah hampir setahun hubungan aku dan Khalil dingin, semenjak aku dianiaya oleh pengarah tempat aku bekerja. Khalil seperti orang sudah hilang pertimbangan diri, urusan nafkah zahir dan batinku dibiarkan sahaja. Kadang kala beri dan selalunya memang dia lebih banyak kurang memberi. Nafkah batin apatah lagi, terus dilupakannya. Allah itu maha adil, nasib baik aku tahu hal yang sebenarnya terjadi, kalau tidak mungkin juga aku akan jadi isteri yang nusyuz.

“Puan Khatijah dan tuan Khalil, adakah anda berdua sudah tidak tinggal sebumbung?.” Ustaz Elias mengajukan soalan menduga hubungan kami.
“Err, saya ada balik sekali sekala ustaz. Saya sangat sibuk bekerja.” Khalil memulakan jawapan.
“Saya secara jujurnya mengatakan yang suami saya memang sudah lama tak balik rumah.” Aku bersuara menjawab soalan ustaz Elias. Khalil memandang aku dengan renungan tajam tanda dia tidak berpuas hati dengan jawapan aku. Aku tunduk dan diam seketika.
“Macam ni la, saya nak tanya dengan jujur dan ikhlas, adakah tuan masih menyayangi isteri tuan?.” Ustaz Elias terus dengan soalannya. Tetapi, kali ini Khalil yang perlu menjawab.
“Saya dah kurang sayang ustaz. Maafkan saya.” Khalil menjawab sambil tangannya agak terketar-ketar memegang pen.
“Apa maksud tuan kurang sayang tu?.” Ustaz Elias menambah.
“Saya tak suka dengan sikap dan perangai dia ustaz. Dia ni ambil rasuah, tak reti bergaya. Ustaz tengok penampilan dia. Harap muka je cantik tapi penampilan langsung takde.” Khalil berani bersuara sambil tangannya menunjuk ke arah penampilanku hari itu. Aku hanya berbaju kurung biasa, bertudung dan hanya memakai bedak nipis tanpa bersolek.
“Astarafirullahalazim, apa yang tuan cakap ni?. Adakah kerana perkara remeh itu tuan mahu bercerai dengan isteri tuan?. Tuan tahu tak perceraian ini adalah perkara harus yang dibenci oleh Allah?.” Ustaz Elias seolah mencebik dengan jawapan sinis Khalil.
“Yang sebenarnya saya dah tak boleh tinggal dan hidup dengan dia, ustaz.” Khalil terus bersuara tanpa berselindung.
“Biarlah dia hidup dengan cara dia, saya dengan cara saya. Anak kami saya serahkan pada dia untuk jaga.” Khalil sekali lagi menambah sebelum sempat ustaz Elias bersuara.
“Bagaimana dengan pihak puan?.” Ustaz bertanyakan aku yang dari tadi tertunduk malu.
“Saya masih sayangkan dia ustaz. Saya sudah tidak ada siapa-siapa lagi di dunia ini. Hanya dia tempat saya mengadu. Sebenarnya, saya masih sayangkan perkahwinan ini demi anak kami, Zara.” Aku mula bersuara sambil mataku berkaca. Kali ini aku perlu berterus terang yang aku masih sayangkan Khalil. Mana mungkin aku boleh lupakan kisah cinta kami yang kami bina atas dasar suka sama suka.

“Sayang, sudi ke nak jadi isteri abang?.” Khalil dengan nada lembut bersuara sambil matanya melirik ke arah aku yang tersipu-sipu malu.
“Kita baru kenal abang. Saya baru nak tahu hati budi abang.” Aku menjawab manja.
“Ala, lepas kahwin boleh kenal hati budi. Masa tu dah halal, boleh buat sesuka hati. Sekarang ni susahlah, dada abang ni selalu turun naik tau bila jumpa sayang.” Khalil menambah dengan nada lembut sehingga mencairkan hatiku.
“Abang jumpalah ibu dan ayah saya. Kalau diaorang setuju, saya setuju je. Abang ni memang pandai menggoda kan?.” Aku terkelu seribu bahasa.

“Mama tak setuju Khalil kahwin dengan budak tu. Dia orang negeri Sembilan Khalil. Kau tahu kan adat-adat diaorang kat sana?.” Mama Khalil bersuara.
“Mama, itu dulu la. Sekarang mana ada lagi adat-adat tu semua. Lagipun, family Kathy tak macam tu.” Khalil cuba memberi penjelasan pada mamanya.
“Mama tak kira. Kau tu baru kenal dengan dia kan?. Dah terus nak ajak kahwin, apa hal nya?. Kau dah terlanjur ke dengan dia?.” Spontan tekaan mamanya.
“Ya Allah, sampai ke situ pulak mama ni. Mana ada mama, Kathy tu budak baikla. Setakat Khalil kenal dengan dia ni, dia tak pernah pun bagi Khalil sentuh dia kecuali Khalil pernah pegang tangan dia je.” Khalil cuba lagi membidas persoalan mamanya.
“Kalau Khalil nak juga kahwin dengan dia, huh… uruskan sendiri semua. Mama tak nak ada kena mengena. Pergi upah mana-mana mama suruh jadi wakil keluarga. Mama tak nak masuk campur.” Tegas tindakan mama Khalil yang terkenal dengan sifat pemarahnya.
“Okey, fine kalau mama dah cakap macam tu, biar Khalil buat sendiri semua. Mama, Khalil anak jantan la.” Khalil berlalu begitu saja selepas bidasan mamanya langsung tidak mengena.

“Puan, saya tanya ni, puan setuju ke dengan perceraian ini?.” Sekali lagi ustaz Elias bersuara, mengejutkan aku dari lamunan tadi.
“Err, saya dah tiada apa-apa nak cakap ustaz. Kalau suami saya dah memang tidak suka dengan saya, apalah daya saya nak melawan takdir?. Saya redha dan setuju ustaz.” Itu saja ayat yang keluar dari mulut aku yang sejak dari tadi terkunci. Aku bingkas bangun dan terus ke bilik air di luar. Aku menangis semahu-mahunya. Aku terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Mahligai cinta yang aku bina bersama Khalil telah musnah dalam sekelip mata. Cinta yang aku harapkan mekar sehingga ke akhir hayat rupanya putus di tengah jalan. Aku pasrah dan kali ini aku tidak menyerah, aku mesti kuat demi anak aku, Zara.

“Sudahlah tu Kathy. Dah jodoh kau setakat itu je, kau kena redha.” Sekali lagi kawan aku Shuhada yang sudi membantuku.
“Dah, jom balik, aku hantar kau balik. Zara ada dengan Iskandar kat kantin.” Terkedu aku dengan kenyataan Shuhada. Iskandar ada di sini, tapi kenapa?.
“Iskandar buat apa kat sini?.” Soalku.
“Dia datang pagi tadi. Aku tak suruh pun dia datang, dia yang nak datang.” Shuhada menempelak tanggapan aku.
“Nanti Khalil nampak Iskandar dengan Zara lain pulak yang difikirkannya.” Aku tiba-tiba risaukan tanggapan Khalil terhadap aku.
“Eh makcik, dia tu boleh siap menduakan kau lagi. Lagipun dia bukan suami kau lagi, lantakla.” Sinis juga bahasa Shuhada ketika ini.

“Hai Kathy, are you okey?.” Terpana dengan soalan Iskandar. Aku hanya diam membisu. Rasanya dia tak perlu tahu samada aku okey ataupun perlu ke aku beritahu yang aku sedang dalam separuh nyawa menahan kesedihan. Kesedihan yang bertimpa-timpa di saat ini.
“Is, tolonglah jangan tanya soalan macam tu.” Shuhada cuba membetulkan keadaan.
Sorry, aku just nak ambil berat. Salah ke?.” Iskandar berbisik pada Shuhada sambil matanya melirik memandang aku yang dah mati kaku dengan asakan kesedihan yang bertimpa-timpa.
Malam ini Shuhada menemani aku di rumah. Rumah sewa kecil yang aku sewa dari seorang makcik di kawasan Klang.

“Kau okey tak dengan rumah ni?. Sewa berapa sebulan?.” Shuhada bertanya.
“Tak kiralah okey ke tidak Shu, janji aku dan Zara ada tempat berteduh. Sewa sebulan 250ringgit je. Okey la tu buat masa ni. Duit pampasan aku haritu ada lebih lagi untuk aku tampung hidup aku sementara aku belum bekerja ni.” Sepantas kilat penjelasan aku pada Shuhada walaupun dia tidak bertanya lanjut.
“Macam mana dengan offer PhD dari Japan tu?. Kau setuju ke nak sambung belajar ni?.” Tiba-tiba Shuhada mengemukakan soalan mengenai keinginan aku untuk sambung belajar. Mungkin jika aku berada di sana, bisa melupakan apa yang telah berlaku ketika ini.
“Aah la Shu…aku lupa kena hantar form scholarship dari kerajaan Japan tu.” Aku bingkas bangun berlari mendapatkan kotak yang terisi kertas, file dan barang-barang keperluan pembelajaranku.
“Ya Allah, esok tarikh tutup. Aku kena ke embassy Japan esok ni. Kau tak kerja kan, teman aku boleh tak?.” Pujukku pada Shuhada.
“Tak bolehla, aku kerja esok. Kan aku dah beritahu kau. Esok pagi-pagi aku dah nak kena keluar sebab pejabat aku kat KL, 1 ½ jam dari Klang ni, tahu tak?.” Balas Shuhada sambil mulutnya memuncung pada nama Iskandar.
“Apa, kau nak suruh Iskandar teman aku?. Kau gila apa?. Dia tu lawyer yang very the busy man.” Aku cuba menolak pelawaan Shuhada.
“Kalau tak try, mana nak tahu dia okey ke tidak. Iskandar tu sebenarnya caring jugak orangnya. Dia kata dia kesian kat kau.” Shuhada menambah.

****

“Takpe ke encik Iskandar temankan saya ni?.” Soalku dengan nada malu sebab menyusahkan Iskandar.
“Eh, takdelah. Lagipun saya takde kes hari ni. Ada satu kes tapi, kawan saya yang tolong handle.” Iskandar membalas sambil tangannya dikocek seluar.
“Zara, nanti duduk dengan uncle Iskandar okey. Mama nak masuk embassy kejap.” Aku bersuara pada anakku. Zara hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Zara sudah menginjak usia 3 tahun dan dia lebih banyak diam dari berkata-kata.
“Eh, saya rasa boleh masuklah budak-budak dalam embassy tu. Cuma kita kena tinggalkan semua beg dan peralatan elektronik masa masuk kat dalam tu.” Iskandar menambah.
“Ye ke. Takpelah, kalau boleh masuk, kita masuklah sama-sama. Kalau tidak kesian pula encik Iskandar nak jaga Zara.” Aku memberikan cadangan tanda bersetuju dengan Iskandar.
“Alah, janganlah panggil saya encik Iskandar. Panggil Is je. Rasa segan pulak saya. Lagipun awak bukan client saya lagi. Awak dah jadi sebahagian dari kawan saya.” Iskandar menempelak aku. Terdiam juga aku dengan kenyataannya sebentar tadi. Kekok pula rasanya nak panggil dia dengan panggilan Is.

****

So, bila berangkat ke Japan?.” Iskandar memulakan bicara ketika kami sedang makan tosei di kedai mamak berhampiran rumahku di Klang.
Maybe 29 Mac ni. Urusan semua dah selesai. Saya dah dapat visa untuk saya dan Zara. Cuma, sekarang tengah risau rumah sewa kat sana.” Aku bersuara sambil dahi berkerut kerana tiba-tiba teringatkan rumah sewa yang belum aku cari lagi.
“Dah tak lama tu, lagi sebulan je lagi. Anyway tahniah, lepas ni saya kena panggil awak doktor la ye?.” Iskandar cuba membuat humor.
“In Sha Allah. Itupun kalau saya berjaya tamatkan PhD saya tu. Risau juga sebab scholar yang saya dapat hanya 100,000yen je sebulan.” Aku menambah sambil tangan memegang straw di gelas minuman.
“Awak boleh buat part time kat sana.” Ringkas saja pendapat Iskandar.
“Tengok macam mana nanti sebab nak part time di Japan kena tahu berbahasa Japan. Saya kena attend kelas bahasa Japan sebelum buat part time.” Aku menambah.
“Terpulang pada awak la. Harap awak bahagia kat tempat baru. Lupakan semua yang pernah awak lalui kat sini. Mulakan hidup baru kat sana. Saya sentiasa akan doakan awak. By the way, saya nak bagi awak something.” Iskandar mengeluarkan sekeping kad dari beg galasnya.
“Eh, awak nak kahwin ke Is?. Congratulation sebab berjaya juga menempuhi alam perkahwinan. As a friend, I’m happy for you.” Terkedu aku setelah melihat kad undangan perkahwinan dari Iskandar. Hujan tiada, rebut pun tiada tiba-tiba dia nak kahwin. Tak pernah pula aku nampak dia dengan teman wanitanya.
“Kenapa, tak percaya?. Saya tahu, awak mesti confius kenapa tiba-tiba saya nak kahwin kan?. Awak dengan Shuhada sure confius punya, saya tahu.” Iskandar berkata sambil mengangguk-angguk kepalanya.
“La, kenapa saya nak confius pulak. Saya happy la sebab awak nak kahwin.” Aku cuba membidas telahan Iskandar.
“Ini pilihan keluarga Kathy. Dia ni sepupu saya, ibu saya yang nak sangat jodohkan saya dengan dia ni. Kami tak pernah bercinta pun. Dia ni cikgu kat Alor Star, mungkin kami akan cuba bercinta lepas kahwin kot.” Iskandar berkata dalam nada tersekat, mungkin cuba memberi jawapan kepada kekeliruan aku.
“Tapi awak sure tak dapat datang kan sebab masa ni awak dah fly.” Iskandar cuba menduga.
“Aah la..tarikh awak kahwin 10 April, mananya saya nak datang. Sorry for that tapi saya akan doakan yang terbaik untuk awak, Iskandar. Awak sangat baik pada saya. Thanks for everything.” Balasku sambil tersenyum simpul.

****

“Kau dah siap semuanya Kathy?. Jangan tinggal barang-barang penting lagi-lagi visa, passport kau dan Zara.” Shuhada mengomel sambil mengangkat beg-beg aku yang agak berat. Kami akan ke lapangan terbang Kuala Lumpur kerana hari ini aku dan Zara akan berangkat ke Japan.
“Siap boss, semua beres.” Jawabku ringkas.
“Kau kata Khalil nak jumpa Zara, ada dia datang jumpa?.” Shuhada meneka.
“Takde pun. Kelmarin aku tunggu punya la lama kat restoren kak minah tu. Dekat 2 jam kau tahu?!. Tup-tup dia bagi whatsapp tak dapat datang, KL hujan. Pelik aku dengan jawapan dia. Takpelah, mungkin dia dah tak nak jumpa anak dia kot.” Panjang juga huraian aku kerana memang aku tak puas hati dengan tindakan Khalil.
“Ala, kau tengoklah nanti. Kalau dia rindu dengan Zara, pandai la dia contact kau nanti.” Shuhada membalas dan perbualan kami terhenti kerana masing-masing sibuk menyusun beg-beg aku di dalam bonet kereta.

Thanks Shu sebab kau sudi hantar aku. Kau la sahabat aku dunia dan akhirat. Nanti kirim salam pada lawyer Iskandar. Haritu dia kata nak hantar aku sekali, ni bayang pun tak nampak.” Kataku sambil mata melilau kalau-kalau Iskandar datang hari ini. Kenapa pula aku sibukkan Iskandar, dia kan dah nak jadi suami orang.
“Ala, dia sibuk nak kahwin la tu. Busy man.” Pendek saja ngomelan Shuhada, mungkin terkilan kerana Iskandar lewat memberitahu mengenai majlis perkahwinannya.

“Kathy…”

Tiba-tiba ada teriakan memanggil namaku dalam kesibukan dan kebisingan KLIA.
Sorry I’m late sebab ibu suruh fitting baju pengantin tadi.” Pendek saja alasan Iskandar. Aku faham dan kami terdiam.
“Eh, takpelah. Tadi saya dah pesan pada Shu suruh dia sampaikan salam saya pada awak.” Aku juga menjawab dalam nada sedikit sedih.
“Yela kau ni kan…Mana bakal isteri kau Is?.” Soalan Shuhada tanpa berselindung.
“Err, dia ada kat butik tadi. Aku tak bawa dia, ibu tak bagi.” Ringkas dan padat jawapan dari Iskandar.
“Kathy, ni saya bawakan awak serunding kelapa yang awak suka tu.” Iskandar menambah sambil menghulurkan bungkusan serunding kelapa pada aku. Aku tersenyum simpul kerana Iskandar bersusah payah mendapatkan orang yang boleh membuat serunding kelapa.
“Eh, kenapa susah-susah pulak ni. Saya hanya beritahu yang saya suka serunding kelapa tapi tak bermakna awak kena dapatkan untuk saya.” Aku membalas sambil mataku menjeling ke arah Shuhada yang dari tadi asyik tergelak.
“Kelakar la korang ni. Sorang bersusah payah dan sorang lagi menolak. Macam drama Hindustan pulak. Ambik je la Kathy oii!!.” Masih lagi tergelak kawan aku yang seorang ni. Dia ingat ini drama Hindustan ke?.


Akhirnya kami sama-sama tergelak kerana tidak berdaya menahan olahan ketawa Shuhada. Aku mengharapkan kami tidak bersedih dengan pemergian aku ke Japan. Aku pergi hanya untuk 3 tahun demi segenggam Ijazah Doktor Falsafah yang sudah sekian lama aku idamkan. Tetapi, hatiku masih tertanya-tanya mengapa Khalil sanggup membatalkan janjinya untuk berjumpa Zara buat kali terakhir sebelum kami berangkat. Ianya masih menjadi tanda tanya buat aku dan Zara. Aku doakan agar kau bahagia Khalil.