Tuesday 2 February 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 4

Bab 4


Aku sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita semenjak dari jam 7 pagi tadi. Aku bertolak dari rumahku seawal jam 4:30 pagi menaiki Narita Express dari Shinjuku. Aku menunggu dengan penuh debaran. Entah mengapa kali ini aku berdebar-debar menantikan kedatangan tetamu untuk dibawa bercuti dan berjalan sekitar Tokyo. Mungkin kerana tetamu ini sudah aku kenali?. Tetapi yang aku kenal Cuma Iskandar, bukan keluarganya.

Aku tercari-cari juga kelibat keluarga Iskandar di pintu depan balai ketibaan. Mereka menaiki pesawat MAS dan memang disinilah tempat yang sepatutnya aku tunggu. Aku kaget dan tergamam, risau jika mereka sebenarnya menaiki pesawat Air Asia. Jika mereka menaiki pesawat Air Asia, Narita bukanlah tempat yang sepatutnya aku tunggu tetapi Lapangan Terbang Haneda. Aku membuka handphone iphone ku untuk menyemak semula status penerbangan Iskandar. Nah, memang benar mereka menaiki MAS tetapi mengapa mereka tidak muncul-muncul lagi.

“Huh…terperanjat…” Tiba-tiba Iskandar muncul dari arah belakang aku. Terkejut aku dibuatnya, nasib tak melatah. Kalau tidak, buat malu saja.
“Ya Allah…kus semangat…terperanjat…” Aku mengesat dada buat-buat terperanjat. Tapi memang aku terperanjat pun. Terperanjat sebab sudah lama tak jumpa Iskandar secara live begini. Makin kacak dia setelah bergelar duda. Ops…aku pun janda!

“Is…perangai macam budak umur 20 tahun…sorry nak…nama Kathy eh?.” Wanita separuh abab mengenalkan dirinya. Mungkin inilah ibu Iskandar. Kami bersalaman.
“Makcik ibu Iskandar, nama makcik Zuriah…ni adik Iskandar, Isman dan Najwa…Isman 18 tahun tengah tunggu result SPM, Najwa tahun dua di UKM, student Medhic…salam nak…” Panjang berjelar ibu Iskandar memperkenalkan anak-anaknya pada aku. Kami turut bersalaman. Jauh juga jarak umur adik-beradik Iskandar.
“Saya Iskandar…31 tahun…duda dan seorang lawyer…pejabat kat Bangsar…” Iskandar menghulurkan tangannya sambil matanya dikenyitkan. Eleh, ingat aku suka la tu. Macamlah aku tak kenal kau Iskandar!.
Thanks…saya Khatijah…panggil Kathy je…saya akan jadi tourist guide makcik dan family selama 5 hari di sini.” Dialog biasa aku bila setiap kali berjumpa pelanggan.
“Ehmm…sedap nama tu…” Iskandar mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia seolah-olah mengusik aku. Aku jadi malu dengan tindakannya.
“Is…kenapa usik Kathy macam tu sekali…tak baiklah…nanti dia merajuk, mana kita nak cari tourist guide kat Tokyo ni…cuba beradab sikit…maafkan anak makcik Kathy…dia jadi sewel sikit lepas jadi duda ni…” Sporting betul kata-kata ibu Iskandar. Aku tersenyum dan muka aku sebenarnya sudah mula merah padam.
“Takpe ibu…kalau dia merajuk, Is tahu macam mana nak pujuk…senang je….” Iskandar sekali lagi mengusikku. Rasa nak bagi penampar je masa ni tapi aku kena cool down sebab sekarang aku tengah kerja.
It’s okey makcik…saya dah biasa kena usik…” Terkebil-kebil aku menepis usikan Iskandar. Makin mengada aku tengok dia ni lepas kahwin. Berbeza sikapnya sewaktu belum berkahwin, gatal agaknya!
“Macam mana dengan bayaran?.” Ibu Iskandar bertanya lanjut.
“Oh ye…saya hanya charge 15,000 yen sehari. So, 5 hari jadinya 75,000 yen dan makcik perlu bayar duit tiket train termasuk tiket semasa ambil dan hantar ke airport, dan juga makan minum saya semasa membawa makcik sekeluarga berjalan-jalan. Itu saja…” Panjang juga penerangan aku. Harap-harap mereka bersetuju dengan harga yang aku kenakan kerana sememangnya itulah harga yang biasa untuk khidmat seorang pemandu pelancong.
“Uish…mahalnya ibu…itu kena extra service ni…” Iskandar memuncungkan mulutnya. Geram pula aku tengok sikap mengada-ngada dia ni. Rasa macam semakin melampau.
“Mana ada mahal…itu normal charge la…ibu dah survey…” Ibu Iskandar menambah memperbetulkan keadaan. Aku tahu Iskandar mengusik aku kerana sebelum ini, aku sudah pun memberitahunya berapa kos yang perlu mereka bayar untuk khidmat seorang pemandu pelancong.

Kami berjalan menuju ke stesen keretapi bawah tanah di Narita Express. Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Aku duduk disebelah Iskandar sepanjang perjalanan menuju ke Shinjuku, tempat pertemuan semua stesen-stesen keretapi di Tokyo. Jika di Malaysia, Shinjuku adalah KL Central.

“Kathy…marah kat I ke?.” Iskandar bersuara. Dia lalu memalingkan dirinya ke arah aku. Segan pula aku nak menatap wajahnya.
“Nak marah apa pulak…ini dah kerja saya…” Aku membidas lembut.
“Ala…dari riak wajah awak saya tahu…awak marahkan saya kan?.” Iskandar berbisik lembut. Kali ini dekat sungguh mukanya dengan telingaku. Aku jadi malu. Malu jika ibunya terlihat akan aksi Iskandar yang mengada ni.
“Is…what for saya nak marahkan awak…” Aku menolaknya.
“Aduh…garangnya tourist guide ni…takutla…” Iskandar mencebik. Kami ketawa sebab tindakan aku yang diluar kawalan itu.
“Mana ada garang…saya tourist guide yang paling baik di Tokyo ni tau…hehe…” Aku menambah dengan nada manja sedikit.
“Ye ke…kalau macam tu boleh awak dekat sikit pada saya.” Iskandar dah mula dengan perangai mengadanya sekali lagi. Aku tersenyum malu.
“Awak ni saya tengok macam semacam je la…kenapa ye?.” Aku menanyakannya sambil buat muka pelik.
“Semacam macam mana?.” Iskandar juga membuat muka pelik.
“Yela…sebelum ni awak tak macam ni…awak serius dan…” Belum sempat aku menghabiskan ayat, Iskandar memegang tanganku. Aku jadi tergamam dan berasa kaget dengan tindakannya.
“Saya serius sebab saya handle kes awak…hari ni saya bebas, saya tengah holiday…jadi boleh tak awak anggap saya macam boyfriend awak?.” Iskandar tidak melepaskan tanganku walaupun aku cuba menariknya.
“Is…janganlah buat macam ni…nanti ibu awak nampak, malulah saya…nanti dia ingat saya menggatal dengan anaknya…” Aku meraih simpati Iskandar untuk melepaskan tanganku.
“Biarlah…biar ibu tahu yang saya sukakan awak…” Apa?. Iskandar, apa yang kau cakap ni?. Aku terdiam seketika, mungkin terkejut dengan penjelasan Iskandar.
“Mengapa?...tak percaya?...” Iskandar menambah sambil membuat memek muka seperti dalam iklan di tv.
Weird man la you ni…” Aku menjelingnya. Geram juga sebab masih tidak mahu melepaskan tanganku.
“Yeah…memang pelik sebab saya suka kat awak…sebab awak ni bukannya cantik sangat pun…muka ala-ala Fazura pelakon tu je pun…” Iskandar mengangkat bahunya seolah-olah pelik.
“Yela tu…saya janda awak…” Keluar juga penyataan janda itu dari mulut aku.
So…apa masalahnya…saya duda awak…” Iskandar mencebik. Kali ini memang aku terkena dengan usikannya. Aku malu dengan usikan Iskandar yang pada aku dia hanya bergurau. Aku tak boleh ambil serius akan hal ini. Mana mungkin Iskandar jatuh cinta dengan aku. Apa yang ada pada aku ni, dahlah kena tuduh ambil rasuah, kena cerai dengan suami lepas tu anak yatim piatu yang dibuang saudara-mara.
“Is…awak serius ke main-main ni?.” Aku bertanya. Kali ini aku betul-betul mengadap mukanya. Tangan aku dah naik merah angkara Iskandar tidak mahu melepaskannya.
“Awak nampak saya main-main ke?...I’m serius…I want you...” Kali ini memang aku nampak keseriusan muka Iskandar.
But why me…?.” Aku cuba menepis.
I’m nothing Is…you akan rugi jika dengan I…” Aku menambah dengan nada pilu.
“Kenapa nak rugi?...what do you mean Kathy?.” Iskandar kembali menyoal aku.
“Yela…awak tahu kan…saya dengan sejarah hitam yang lalu…” Aku cuba merayu padanya agar dia segera menilai kembali apa yang telah dia ucapkan sebentar tadi.
“Kathy…look…kenapa awak suka sangat nak kenang kisah yang dah berlalu…biarlah ianya menjadi abadi dalam lipatan sejarah awak…you have to be strong my lady…” Iskandar menasihati aku. Dengan perlahan juga dia melepaskan tangan aku yang sudah merah dipegangnya.
Please Is…jangan buat saya macam ni…please understand me…” Aku cuba memujuknya. Aku tidak mahu dia terluka dengan keputusan aku. Hati ini belum lagi terbuka untuk mana-mana lelaki. Biar aku sendirian begini, mungkin ini jalan terbaik untuk aku melupakan sejarah hitam yang pernah belaku dahulu.

Kami terdiam dan masing-masing tertunduk malu. Tiada apa lagi yang perlu diungkapkan. Iskandar dan keluarganya perlu gembira semasa percutian ini. Aku akan membawa mereka bersiar-siar di sekitar Bandar Tokyo dan kawasan sekitarnya, aku ingin melihat Iskandar gembira!

Kami tiba di stesen Shinjuku pada jam 10 pagi. Keadaan di stesen utama ini sentiasa saja penuh dengan manusia kerana dari sini mereka akan menukar keretapi untuk ke destinasi yang ingin dituju. Iskandar dan keluarganya menyewa hotel di sekitar stesen Shinjuku. Aku yang memberinya pendapat agar mencari hotel di sekitar stesen Shinjuku. Waktu check in di hotel adalah pada jam 3 petang, jadi aku membuat keputusan untuk membawa mereka berjalan di sekitar Shinjuku sahaja. Semua beg di simpin di dalam peti khas di stesen Shinjuku. Sememangnya mudah untuk pelancong yang datang ke Japan, apa saja kemudahan disediakan termasuklah kemudahan penyimpanan beg yang besar.

Kami berjalan di Odakyu Shopping Mall, Keio Shopping Mall, butik Uniqlo dan beberapa kedai Brand Off di sekitar Shinjuku. Ternyata ibu Iskandar bukanlah seorang wanita yang suka berbelanja, dia lebih suka berjalan dan melihat permandangan sekitar.

“Lepas makcik check in nanti, kita berjalan ke Shimo Kitazawa. Stesen sebelah dari Shinjuku ni. Dekat je…kat situ makcik boleh tengok macam-macam ragam manusia…ada juga kedai makanan halal…” Aku memulakan bicara. Mereka kelihatan letih dan kesejukan walaupun memakai baju jaket tebal.
“Makcik rasa nak berehat la petang ni…penat sangat la Kathy…boleh kita start esok tak?...jangan risau, makcik bayar penuh…” Ibu Iskandar menjawab sambil mukanya mencuka. Memang dia kelihatan sangat letih. Aku jadi kesian padanya.
“Eh…kesian makcik…kalau macam tu, lepas saya hantar semua ke hotel, saya balik dulu la…esok kita jumpa semula jam 9 pagi di sini.” Aku memberikan arahan. Semua mengangguk sahaja tanda setuju.

Selepas aku menghantar mereka untuk mendaftar di hotel, aku meminta izin dari ibu Iskandar untuk pulang. Jam ditangan sudah pukul 3 petang. Sekurang-kurangnya aku boleh berehat dulu sebelum memulakan kerja esok pagi.

“Kathy…awak nak balik ke?.” Iskandar menahan aku.
“Aah la…ibu awak kan penat…biarlah dia berehat, saya tak nak ganggu…” Aku menjawab ringkas padanya.
“Ehmm…saya lapar la…jom makan…” Iskandar memberi isyarat lapar sambil memegang perutnya.
“Ish awak ni…tadi ibu awak cakap nak masak nasi…kan awak ada bawa rice cooker dari Malaysia?.” Aku cuba berdalih. Malas rasanya nak keluar makan dengan Iskandar yang pada aku dah macam sewel.
“Ala…tadi awak cakap ada kedai nama Siddique yang serve makanan halal?.” Iskandar memujukku.
“Habis ibu dan adik-adik awak macam mana?.” Aku bertanya.
“Ish…diaorang mana boleh kacau kita nak dating…” Iskandar tersenyum. Aduh, cair aku dengan senyumannya. Adakah aku sudah jatuh cinta dengan Iskandar. Oh, itu mungkin tidak…aku tetap dengan pendirian aku.
“Lepas makan saya balik okey…janji?.” Aku berpesan padanya. Memang aku perlu balik pun. Sekurang-kurangnya aku boleh berehat seketika sebelum membawa mereka berjalan esok. Dan, dapat juga aku habiskan masa petang dan malam ini dengan Zara, kesian dia.
“Ye la…lepas makan saya balik hotel…awak balik rumah awak…I promise…” Iskandar mengangkat tangannya seperti orang berikrar.
Kami makan di restoren Siddique berhampiran stesen Shinjuku dan tidak jauh juga dari hotel Iskandar. Mereka banyak duit, bolehlah menyewa di hotel sekitar Shinjuku kerana hotel di sini agak mahal, hanya orang yang berada saja mampu menyewa.

“Senyumlah sikit…asyik masam je…tak suka ke makan dengan saya?.” Iskandar mengusik aku. Aku terus membuat memek muka senyum, orang kata senyum kambing. Itu sekadar memperlinya.
“Is…wife awak dulu mesti comel kan?.” Aku mengalih cerita. Biar dia terasa sikit.
“Comel…muka dia macam Najwa Latif, penyanyi dari Batu Pahat tu…why?.” Iskandar jawab dengan spontan. Dia seperti tiada apa-apa perasaan pada soalan perli aku tadi.
“Oh…ye ke…bertuah awak dapat isteri comel macam tu…” Aku mengalih perhatiannya.
“Yup…sangat bersyukur tapi jodoh kami tak panjang…Allah lagi sayangkan dia berbanding saya.” Iskandar tersenyum. Tapi jauh di lubuk hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang sedang dia alami. Sama seperti aku yang diceraikan Khalil.
Same goes to me…jodoh saya dengan Khalil tak panjang…mungkin Allah nak beri yang lebih baik dari dia…” Eh, kenapa dialog ni yang terkeluar dari mulut aku. Kau sedar ke apa yang kau cakap ni Kathy?.
“Betul tu…ada lelaki lain yang lagi baik dan sesuai untuk awak…dan mungkin jugak lelaki tu ada depan awak…” Iskandar mengangguk-anggukan kepalanya sambil tersengih macam kerang busuk. Tolonglah Iskandar, jadi lah realiti sikit.
Please Is…saya dah beritahu awak dari dalam train tadi kan?.” Aku memandang wajahnya.
“Tapi Kathy…saya betul-betul suka pada awak…saya tak boleh nak tipu diri sendiri.” Iskandar merayu. Dia cuba memegang tanganku yang sedang memegang sudu. Aku menepis kasar kerana malu dengan tindakannya.
Stop it Is…” Aku menghembus nafas sedalam-dalamnya.
I’m sorry…” Iskandar menarik balik tangannya dan kali ini dia tertunduk malu. Aku rasa bersalah dengan apa yang aku dah lakukan padanya. Mungkin tindakan aku tadi memalukan dirinya.
“Saya minta maaf Is…saya tak sengaja…saya ni janda Is…nanti apa pula tanggapan orang pada saya…suami saya baru ceraikan saya…” Aku merayu padanya agar dia faham situasi sebenar aku.
“Masalahnya orang Japan kat sini tahu ke awak tu janda?.” Iskandar tergelak. Sempat juga dia buat lawak masa aku tengah mood jiwang. Aku ketawa dengan usikannya.
“Haha…apa lah awak ni…malaslah nak cakap…” Aku terdiam. Saja nak tengok reaksi Iskandar.
“Okey…kalau tak nak cakap…tengok saya je…nanti saya dah balik Malaysia sure awak rindu punya…” Iskandar mengusik daguku. Berani dia sentuh dagu aku tapi aku diamkan saja kelakuannya. Mungkin kerana aku pun sudah jatuh…jatuh cinta…pang…tampar sikit muka tu bagi sedar, tak padan dengan status.

Perbualan kami terhenti disitu. Masing-masing terdiam dan akhirnya kami pulang ke haluan masing-masing.


****

Hari ini merupakan hari kedua keluarga Iskandar berada di bumi matahari terbit. Aku menyediakan jadual percutian yang padat untuk mereka ikuti sepanjang menggunakan khidmatku sebagai pemandu pelancong. Hari ini aku membawa mereka berjalan di sekitar Nippori, Ueno, Okachimachi dan kawasan sekitarnya. Kesemua laluan melalui Yamanote Line kami singgahi. Ibu Iskandar banyak juga membeli kain-kain cotton di kawasan Nippori yang memang terkenal sebagai bandar fabrik. Aku juga membawa mereka untuk makan nasi ayam di kawasan Ueno dan sempat juga Iskandar memborong baju-baju di Hard Rock Café Ueno. Mereka nampaknya gembira dengan percutian ini walaupun masanya sangat singkat. Perjalanan hari ini berlangsung sehingga jam 6 petang dan ibu Iskandar meminta untuk aku menghantarnya pulang ke hotel.

Pada musim sejuk begini, waktu siangnya sangat singkat. Pada jam 4 petang, matahari sudah terbenam dan ini membuatkan mereka tidak berapa selesa berjalan dek kerana suasana yang gelap gelita. Oleh sebab itu ibu Iskandar mahu pulang ke hotel saja. Aku menurut saja kehendak mereka kerana tugas aku hanyalah membawa mereka berjalan tetapi tidak memaksa mereka sekiranya mereka penat.

“Kathy…jap…saya nak jumpa awak…” Iskandar menahan aku yang tengah tercegat depan pintu lift hotel untuk turun ke bawah setelah selesai menghantar mereka naik ke bilik. Aku diam saja tanda akur untuk menunggu Iskandar.
“Okey jom…saya nak hantar awak ke train.” Iskandar menarik lengan aku untuk masuk ke dalam lift.
“Eh…takpelah…saya tahu balik sendiri…awak tu yang saya risau nanti…” Aku membalas.
“Awak ni kenapa…setiap apa yang saya nak buat untuk awak…ada je alasan kan?.” Iskandar memuncungkan bibirnya. Nampak mukanya seperti tidak berpuas hati dengan alasan aku.
“Ye la…nanti awak tahu ke nak balik ke hotel semula?.” Aku menekanya. Memang sebelum ini aku yang akan menghantar mereka balik ke hotel dari stesen Shinjuku.
“Kalau saya sesat…saya tidur je la kat kaki lima mana-mana…” Iskandar seakan puas dengan jawapannya. Ayatnya memang mengguris hati aku.
“Ha…ye la tu…lepas tu esok saya kirim jenazah awak balik Malaysia…keluar dalam front page majalah ‘Orang Malaysia mati disebabkan kesejukan’…haha…” Aku ketawa sendirian. Iskandar tidak ketawa pun dengan lawak aku sebentar tadi. Malu juga aku.
“Suka la kan…saya dah mati…bolehlah awak ada lelaki lain…” Iskandar serius. Kenapa dengan dia ni, orang buat lawak, dia serius pula. Gelabah aku cari idea nak pulihkan keadaan.
“Is…kelakar la awak ni…manja kan?.” Aku mengusiknya.
“Tau pun…saya ni nak bermanja-manja dengan awak…itu pun tak boleh ke?.” Iskandar tersenyum. Aku memang sukar menggambarkan perasaan hati aku bila melihat Iskandar terseyum. Sebelum ni tak wujud pun perasaan berdebar-debar dengan melihat senyumannya tapi kali ini benar-benar berbeza.
“Mengada kan?...ingat comel ke?.” Aku mengusiknya sekali lagi.
“Saya tak cakap saya ni comel…tapi kalau awak kata handsome tu boleh la…” Iskandar bercakap sambil membelek-belek dagunya. Perasanla tu!
“Err…kenapa perasan ni?...saya tak cakap apa-apa pun?.” Aku membuat aksi geli-geliman. Gaya aku seolah-olah tersentak dengan kenyataan Iskandar tadi. Kami tergelak bersama. Iskandar memang pandai mengambil hati aku.

****

Malam ini memang susah untuk aku melelapkan mata. Zara mengalami demam panas yang memerlukan pemerhatian yang lebih. Aku berasa bersalah kerana membebankan kak Zeta untuk menjaga Zara dalam keadaan dia yang sebegini.
“Zara demam ni Kathy. Tapi akak dah bawa dia ke klinik pagi tadi. Malas akak nak beritahu awak sebab akak faham awak tengah kerja.” Kak Zeta memberitahuku ketika aku baru sampai di depan rumahnya untuk mengambil Zara.
“La…ye ke kak…kenapa tak call saya je…takde masalah la kak, saya boleh minta excuse dari family Iskandar.” Aku membalas sambil tanganku memegang dahi Zara.
“Dia dah okey tu…dah makan ubat okey sikit…jangan risaula…esok akak jaga dia…” Baiknya hati kak Zeta. Aku menjadi serba salah dalam hal ini.
“Boleh ke kak…menyusahkan akak je…” Aku membalas dengan nada sayu.
“Takpe…Kathy kan dah janji dengan diaorang semua…nanti apa pulak kata diaorang…” Kak Zeta menambah.
“Sayang mama okey tak ni?...” Aku menyoal Zara.
“Zara okey mama…tadi mama Zeta dah bagi makan ubat…doctor kata Zara tak boleh main kat luar…” Tersekat-sekat nada Zara menjawab pertanyaan aku. Aku memeluknya erat. Rasa bersalah kerana membiarkannya keseorangan.
“Mama minta maaf sayang…nanti lepas mama habis kerja, mama bawa Zara jalan-jalan okey?...nak tak?.” Aku memujuknya. Zara hanya menundukkan kepalanya tanda setuju. Zara memang seorang yang pendiam. Satu yang ditanya, satulah yang dijawabnya.


*****

Hari ini aku terbangun lewat kerana menjaga Zara pada malamnya. Aku berasa malu dengan ibu Iskandar kerana tidak menepati janji.

“Maafkan saya makcik….saya terbangun lewat pagi tadi.” Aku menundukkan kepalaku sedikit tanda ingin memohon maaf. Aku sudah terbiasa dengan tradisi sebegini kerana di Japan, menundukkan sedikit kepala adalah adat tanda hormat mereka.
“Eh…takpe Kathy, jangan risau…awak lewat 1/2 jam je bukan 3 jam…” Ibu Iskandar bersuara dan nadanya agak lembut tanda dia tidak marah dengan kelewatan aku pagi ini.
“Anak saya sakit demam panas malam tadi…saya kena jaga dia…maafkan saya.” Aku memberitahu keadaan sebenar.
“La…Kathy ada anak ke?...dah kahwin rupanya, makcik ingatkan masih bujang…habis anak sekarang siapa jaga?...suami?.” Ibu Iskandar lantas menjawab seraya membuat muka terkejut.
“Ibu…Kathy ni dah solo…anak dia yang jaga, suami dia ada kat KL…” Iskandar yang menjawab bagi pihak aku. Terkejut juga aku kenapa pula Iskandar perlu menjawab untuk aku?. Dia tahu ke semua pasal aku?. Menyibuk saja!
“Oh ye ke…sorry makcik tak tahu…” Ibu Iskandar memohon maaf sambil memegang bahuku. Aku tertunduk malu dengan tindakan ibu Iskandar. Sungguh baik hatinya terhadapku.
“Takpe makcik…saya dah biasa…” Aku merendah diri.
“Habis…anak siapa jaga sekarang?.” Ibu Iskandar menambah.
“Kawan saya makcik…sebab saya perlu habiskan kerja saya dengan keluarga makcik dulu…lagipun kawan saya dah bawa dia ke klinik semalam.” Aku menerangkan satu-persatu supaya mereka tidak menyalah anggap akan diriku ini.
So…boleh tak bawa kami jalan-jalan hari ni?.” Ibu Iskandar sekali lagi menyoalku. Suaranya seakan kuathir jika aku tidak dapat bekerja pada hari ini.
“Err…okey makcik…jangan risau…” Aku membalas ringkas.

Hari ini aku membawa mereka ke kawasan tohkong keagamaan orang Japan yang dinamakan daerah Asakusa. Mereka berjalan sepanjang kawasan ini dan sempat membeli beberapa barangan cenderahati untuk kawan-kawan dan saudara mara di Malaysia. Sememangnya Asakusa adalah tempat yang terbaik untuk membeli barangan cenderahati kerana harganya yang agak rendah berbanding tempat-tempat lain. Selepas itu aku membawa mereka ke Tokyo Tower dimana ia adalah berdekatan dengan daerah Asakusa. Tokyo Tower adalah salah satu daya tarikan pelancong untuk ke Tokyo kerana dari atas menara, kita boleh melihat keseluruhan bandaraya Tokyo sehinggalah yang paling jauh gunung Fuji. Gunung Fuji boleh dilihat melalui teropong khas yang disediakan di atas menara.

Keluarga Iskandar sangat gembira dengan kunjungan mereka ke daerah Asakusa pada hari ini. Seperti semalam, mereka pulang ke hotel sekitar jam 6 petang. Sempat juga berhenti seketika menyaksikan persembahan live penyanyi-penyanyi Japan di sekitar stesen Shinjuku. Aku memohon untuk pulang ke rumah kerana terkenangkan keadaan anakku.

“Makcik…saya minta diri dulu la kalau takde apa-apa lagi…” Aku meminta izin dari ibu Iskandar untuk pulang.
“Okey…thanks for today Kathy…” Ibu Iskandar menyalami aku. Banyak juga nasihat telah diberikan sepanjang kami bersiar-siar di kawasan Asakusa.
“Ibu, Is nak teman Kathy balik…” Iskandar tiba-tiba bersuara. Terkejut semua orang termasuk aku. Terpinga-pinga dengan permintaan Iskandar pada ibunya.
“Is…nanti awak nak balik macam mana?...tahu jalan ke?.” Ibu Iskandar bertanya. Risau juga dia jika anaknya tidak tahu bagaimana mahu pulang ke hotel.
“Ala…ibu jangan risaulah…kalau Is tak balik, Is cari hotel dekat-dekat rumah Kathy…” Iskandar memberikan pendapatnya. Ibunya mengangguk tanda setuju. Aku jadi terkejut tetapi tidak bersuara, hanya tersenyum dengan pelakuan Iskandar.
“Dah…jom, saya temankan awak…” Iskandar mengajakku dan terus menarik lenganku sambil melambai ibunya yang dari tadi tercengang dengan tindakannya. Apatah lagi aku?.
“Is…jangan la risau sangat…saya okey la…” Aku bersuara padanya. Iskandar hanya terdiam dan dia tersenyum. Aku juga jadi terdiam dengan kelakuannya.

Di rumah, aku terus mendapatkan Zara dari kak Zeta. Terkejut juga kak Zeta kerana melihat Iskandar ada bersama aku ketika menjemput Zara. Tetapi kak Zeta tidak bertanya akan hal itu. Dia hanya memberitahu demam Zara semakin surut. Aku pulang ke rumah dengan seribu persoalan. Bagaimana Iskandar nak balik semula ke stesen Shinjuku sedangkan jam sudah menunjukkan jam 11:45 malam. Aku jadi buntu bagaimana mahu membantunya.

“Zara okey?...” Iskandar menyoal anakku. Zara hanya menganggukkan mukanya. Dia kelihatan sangat sugul.
“Is…minumlah…sorry, rumah saya kecil…” Aku menghulurkan kopi panas pada Iskandar.
ThanksIt’s okey…” Iskandar tersenyum mengambil gelasnya.
“Is…macam mana awak nak balik?...train dah habis tau…saya tak pasti ada hotel ke kat tempat saya ni…” Aku hilang punca bagaimana mahu memberitahu keadaan sebenar yang dia memang sudah tidak boleh menaiki train kerana jadualnya sudah tamat jam 12:00 malam.
“Takpela…saya tidur di tepi tembok luar je…Don’t worry…janji saya dapat pastikan awak dan Zara selamat…” Iskandar bersuara sambil menghirup kopi yang aku bancuhkan tadi.
“Kalau macam tu, awak tidur di rumah saya je la…tapi, awak tidur di ruang tamu sajalah sebab saya ada 1 bilik je…saya bagi awak heater blanket saya.” Aku memberinya pendapat.
“Kat Japan ni takde pencegah maksiat kan?...tapi kalau ada okey jugak, kita terus kahwin.” Iskandar tersengih macam kerang busuk.
“Ke situ pulak…mana ada la…awak nak mandi ke?.” Aku menanyanya.
“Err…takpelah…sejuk…” Iskandar membuat isyarat menggigil.

Zara sudah aku tidurkan. Badannya lemah tidak bermaya, mungkin kerana serangan virus yang membuatkan Zara demam teruk sebegini.

“Tak tidur lagi ke awak…” Aku bersuara setelah melihat Iskandar termenung melihat telefonnya.
“Hai…tak bolehla…maybe kopi awak tadi kot…mata tak boleh pejamla…” Iskandar bersuara lembut. Matanya dikenyitkan ke arah aku. Aku cuba duduk disebelahnya. Ruang tamu rumahku memang kecil.
“Teringat orang kat KL ke?.” Aku pula menyakatnya.
“Mana ada…saya teringat orang Japan la…” Laju jawapan Iskandar.
“Ooo…saya bawa jalan-jalan tu dah dapat ushar awek Japan ye…pandai awak kan?.” Aku berjenaka.
“Aah…thanks sebab awak jumpakan saya dengan awek Japan tu…” Iskandar membalas.
“Siapa nama dia?...Himawari?...atau...?.” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Iskandar memegang tanganku. Dia mengenggam erat kedua tanganku sambil mukanya didekatkan pada wajahku. Aku dapat rasakan hembusan nafasnya. Aku jadi malu tetapi enggan berbicara. Aku diamkan saja kelakuan Iskandar pada saat ini.
“Kathy…pleaseI really love you…sangat-sangat sayang dan saya tak nak lepaskan awak malam ni…” Iskandar cuba menggoda aku.
“Is…apa ni?...janganla macam ni…saya malu la…” Aku menepis mukanya. Malu juga dengan kelakuannya yang naik miang tiba-tiba ni.
“Kathy…please marry me…” Biar betul Iskandar ni. Sumpah, aku terkejut dengan pelawaannya. Takkan sampai nak kahwin dengan aku?.
“Apa awak ni…eh, dah sasau eh?...awak tak minum kan?.” Aku menampar-nampar lembut mukanya.
“Aah…tadi saya minum kopi awak…” Iskandar membuat mata kuyu.
“Kathy…nak tak awak jadi wife saya…?.” Iskandar bersuara lembut dan senyuman dilemparkan ke arah aku yang tadi terpinga-pinga. Aku betul-betul cair dengan renungan matanya yang bisa merobek hati. Tidak…tidak mungkin aku boleh jatuh hati dengan insan bernama Iskandar.
“Boleh…tapi tunggu sampai saya habiskan PhD dulu…boleh?.” Aku memberikan harapan pada pengharapannya. Aku mula jatuh cinta padanya.
“Bila awak habis?...lagi dua tahun kan?.” Iskandar pantas mengira jarinya.
“Yup…lagi dua tahun…sanggup?.” Aku membuat mimic muka seperti menyoalnya.
“Okey…deal…tapi awak jangan tipu saya…saya ni orangnya berpegang pada janji tau…” Iskandar mendabik dadanya.
“In Sha Allah…jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah encik Iskandar…” Panjang muncungku pada Iskandar yang tercengang. Iskandar kembali mengenggam jari jemariku. Hatiku kembali berdegup kencang.
“Saya akan bahagiakan awak sayang…saya janji saya akan jadi suami yang paling awak suka…that’s my promise…” Iskandar mencium jariku. Aku terdiam dan sebenarnya aku rasa malu dengan tindakannya. Adakah Iskandar benar-benar ikhlas ingin menjadikan aku isterinya?.

Malam itu aku tidur dalam keadaan yang cukup gembira. Masih terngiang-ngiang di telingaku akan kata-kata romantik yang diucapkan oleh Iskandar sebentar tadi. Selamat malam sayangku, Iskandar!


****

Hari ini hari terakhir untuk tugasan aku sebagai pemandu pelancong. Aku berasa sedih tatkala menghantar Iskandar dan keluarganya untuk pulang ke Malaysia. Entah mengapa aku jadi sangat sedih dan aku tak mahu Iskandar meninggalkan aku di sini begini. Iskandar, kau perlu berada di sampingku pada ketika dan saat ini. Aku amat memerlukan dirimu di sini!

“Okey…semua dah siap…makcik nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Kathy sebab sudi layan karenah kami anak-beranak.” Ibu Iskandar memulakan bicara.
It’s okey makcik…biasa la, saya kan pemandu pelancong makcik dan keluarga, itu memang dah tugas saya…saya harap makcik halalkan semua bayaran, tambang dan makan minum saya…” Aku membalas lembut. Kami berpelukan dan bersalaman.
“Nanti kalau dah balik Malaysia, datang la rumah makcik…suruh Iskandar bawa okey.” Ibu Iskandar mempelawa aku. Iskandar dari tadi aku lihat diam dan tidak bersuara. Mukanya nampak suram dan pilu mungkin kerana ingin meninggalkan aku di sini.
“Sayang…nak kiss boleh?.” Iskandar tiba-tiba berbisik padaku. Ish, dia ni gila agaknya.
“Apa awak ni…sabarlah…nanti dah kahwin semua boleh…” Aku turut membalas bisikannya.
“Ala…sikit je…kat pipi…” Iskandar merayu lagi. Aku jadi malu kerana ibunya sedang memerhatikan kelakuan Iskandar dari tadi.
“Tak nak la…malu, ibu tengok tu…” Aku menolaknya dengan lembut.
“Kedekut…” Iskandar bersuara lantang. Suaranya membuatkan ibu dan adik-beradiknya berpandangan sesama sendiri. Aku tersengih pada mereka.
“Is….janganla macam ni…lain kali okey…” Aku merayunya. Iskandar tersenyum dan senyuman itulah yang telah membuatkan aku cair dengan dia. Kalau lain kali pun jangan harap!
“Okey…lain kali tu bila I datang sini next time…” Iskandar membalas manja.
“Mengada…uwek…” Aku menghulurkan lidah.

Itulah dialog terakhir kami sebelum Iskandar dan keluarganya menaiki pesawat yang dijangka berlepas ke KLIA pada jam 10:30 pagi. Aku melambai ke arah Iskandar dan keluarganya sehingga mereka hilang dipandangan mata. Aku jadi sedih dan pilu. Kali ini perasaan aku sangat berbeza.


****

“Mama, Zara rasa nak muntah la…” Tiba-tiba anakku terjaga dari tidur dan menuju ke arah meja belajarku. Aku sememang belum tidur dari tadi kerana ingin menyiapkan dateline kertas kerjaku.
“Ye sayang…jom mama bawa ke bilik air…” Aku memimpin tangan Zara dan…
Buekkkk….
Zara muntah di ruang tamu. Aku jadi panik dan segera mendapatkan kain berserta air panas. Dahi Zara sangat panas dan aku pantas menelefon kak Zeta. Jarak rumah kak Zeta dan aku hanya 5 minit perjalanan kaki.

“Ya Allah…panasnya Kathy, jom bawa Zara ke klinik…” Kak Zeta memberi cadangannya. Aku hanya mengangguk tanda setuju. Kami segera membawa Zara ke klinik berhampiran dengan kawasan kediaman kami. Mujur ada klinik yang dibuka 24 jam.

Doktor menasihatkan aku agar menghantar Zara ke Hospital memandangkan suhu badannya yang agak panas dari kebiasaan. Pihak klinik mendapatkan bantuan van ambulance untuk segera menghantar Zara ke Hospital yang berdekatan. Aku dan kak Zeta menjadi panik tetapi kami cuba untuk mengawal keadaan. Aku berdoa dan berserah kepada Allah agar dijauhi dari perkara-perkara yang tidak baik pada anakku, Zara.


*****

Aku sugul dan pilu. Mungkin itu sahaja gambaran perasaan dan hatiku ketika ini. Aku pasrah dengan dugaan yang menimpa. Setiap manusia itu dianugerahkan oleh Allah dugaan dan cabaran yang berbeza-beza. Aku menerima dugaan ini dengan hati yang tenang. Ini merupakan ujian yang paling berat setelah aku lalui ujian yang sangat berat sebelum ini. Zara disahkan oleh doctor menghidap Ependymoma iaitu sejenis penyakit kanser. Penyakitnya telah disahkan berada di tahap ketiga dimana keadaannya sangat kritikal. Tiada tempat, tiada rasa, tiada hati untuk aku berkata-kata pada saat dan ketika ini. Apa yang aku harapkan hanyalah kecekalan dalam menempuhi apa jua dugaan dari Allah. Aku pasrah pada takdirMu ya Allah.

“Kathy…dah makan belum?. Ni akak ada bawa nasi, makanla…” Kak Zeta menyapaku. Terhenti aku dari lamunan tadi.
“Takpelah kak…saya okey…” Aku menolak lembut. Sememangnya aku sudah tidak berselera untuk menjamah makanan. Badanku sudah semakin kurus dan cengkung.
“Macam mana perkembangan Zara hari ni?.” Kak Zeta menyoal. Mukanya kelihatan muram dan sugul. Sudah sebulan Zara terlantar di hospital ini.
“Doktor ada bagi cadangan untuk buat kemoterapi…tapi saya kesian kat dia sebab dia masih kecil…dia tak tahu apa-apa kak…” Aku menangis. Kak Zeta memelukku. Kami terdiam seketika.
“Takde cara lain ke?.” Kak Zeta menambah.
“Doktor kata dia tak boleh bertahan lama…saya takut kak…saya takut Zara tinggalkan saya…” Aku kembali menangis. Tidak dapat lagiku tahan apa jua yang tersimpan dalam hati ini.
“Kathy…tiada kuasa lain selain Allah…kita kena percaya pada kuasa Allah…doa banyak-banyak dik moga dipermudahkan…” Kak Zeta menasihatiku.
“Khalil ada call tak?.”
“Ada kak…semalam dia call…dia suruh saya transfer Zara balik Malaysia…” Aku menjawab.
“La…banyak kos jugak kalau nak transfer…dia nak bayar ke?.” Kak Zeta bersuara tidak puas hati.
“Takpela kak…biarkan dia…saya akan jaga Zara di hospital ni sampai dia sembuh…” Aku naïf dengan keputusanku. Kalau benar Khalil sayangkan Zara, dia yang perlu ke sini untuk melawatnya.

Kami berpeluk tubuh. Tak henti-henti doctor menasihatkan aku dengan pelbagai cadangan bagaimana untuk proses penyembuhan. Doktor menyatakan kemoterapi adalah kaedah yang paling baik untuk rawatan pesakit kanser otak. Aku buntu dengan keputusan yang sepatutnya aku ambil. Demi kebaikan Zara, aku merelakan proses rawatan menggunakan kaedah kemoterapi.

You ni degil…takkan you nak aspect I datang Jepun semata nak tengok Zara?.” Khalil bersuara tinggi ketika aku cuba menelefonnya untuk memberitahu kedudukan Zara.
“Zara kena jalani kemoterapi…takkan saya nak hantar dia balik Malaysia?. Isteri awak nak ke jaga dia?...” Aku saja menduganya.
I ada orang gaji…I boleh suruh orang gaji tu duduk hospital jaga dia…” Senangnya jawapan Khalil. Seolah tidak bersalah membiarkan anak sendiri di jaga oleh orang gaji saja?.
“Senangnya awak cakap…tak boleh…saya tak setuju…kalau awak nak jaga dia baru saya boleh transfer dia balik Malaysia…if not, nope!.” Aku menjawab tegas. Kali ini Khalil perlu dibahasakan.
“Okey, kalau you dah cakap macam tu…fine…kalau jadi apa-apa kat Zara, jangan nak salahkan I nak kata I tak bertanggungjawab pulak…” Khalil dengan kasarnya meletakkan telefon. Hatiku juga hancur berkecai dengan tindakan Khalil. Dia langsung tidak memikirkan yang terbaik untuk Zara. Zara adalah anakknya sendiri, sampai hati dia bersikap sedemikian.


****

Sudah tiga bulan Zara menjalani kemoterapi. Rambutnya yang lebat dan panjang kini sudah semakin berkurangan malahan semakin menipis dan menampakkan kulit kepalanya. Aku juga sudah hilang tumpuan ke atas kajian PhDku. Nasib baik aku mempunyai seorang pensyarah yang sangat memahami dan faham dengan masalah yang sedang aku tanggung. Ada kalanya dia membenarkan aku untuk tidak ke makmal demi menjaga Zara di rumah. Zara juga sudah tidak ke sekolah lagi lantaran kesakitannya dan dia sudah tidak berupaya berjalan malahan bercakap pun nadanya sangat lemah.

Ya Allah, aku akur dengan apa jua ujian dan dugaanMu.

New whatsapp message

Assalamualaikum Kathy…how was Zara?

Waalaikumussalam…macam tu la Shu…

Aku risau sangat kau tau tak…aku rasa nak ke sana la…

Tak payah la…buat susahkan kau je…aku boleh jaga dia…

Kathy, I’m your friend…

Yes, I know…tapi, tak perlu risau sangat…I’m good

So, macam mana dengan kemoterapi dia?...ada perubahan?

Ada…memang ada…dia makin okey tapi rambut dah hilang…muka sembab, badan susut dan dia tak boleh bercakap dengan laju…lemah je…

Aku ada post kat kau air bacaan surah-surah dari Al-Quran untuk penyembuhan kanser…aku dah post semalam guna EMS…nanti kau bagi Zara minum, mandi dan lap kat badan dia, okey?

Ye ke…thanks Shu…mana kau dapat?

Ada kawan aku mintak kat Darussyifa di Bangi…kau yang kena kuat Kathy, percaya pada kuasa Allah…Allah yang beri dan Dia jugalah yang akan menyembuhkan…

In Sha Allah…thanks babe… L

Okey…banyakkan berdoa and take care!

Airmata ini menitis lagi. Kawanku Shuhada tidak pernah berhenti membantu walau aku dalam keadaan bagaimana sekali pun. Dia yang selalu hadir memberikan pertolongan walaupun tanpa diminta. Terima kasih sekali lagi ya Allah, kerana Kau telah menganugerahkan aku seorang sahabat yang sangat baik tinggi pekertinya. Aku sayangkan kau Shu!

Wajah Zara yang sedang nyenyak tidur ku tenung sedalam-dalamnya. Mengapa harus Zara yang mendapat ujian sehebat ini?, mengapa tidak aku saja?. Dia masih muda dan masih panjang lagi perjalanan hidupnya untuk meneruskan kehidupan. Mata ini berkaca memandangnya, sayu rasa hati mengenangkan nasibnya sedari kecil jauh dari kasih sayang seorang bapa. Mungkin sebab itu Zara jarang bercakap dan dia memang lebih suka menyendiri. Zara, mama akan buat yang terbaik untukmu sayang!


****

“Ma…ma…” Zara bersuara ketika aku sedang membelek salinan jurnal dari makmalku.
“Ye sayang…Zara nak apa?.” Aku mengusap rambutnya yang sudah boleh dibilang dengan jari helaian yang tinggal.
“Mama ka…ta…nak…bawa…Zara per…gi…ja…lan…le…pas…mama…ha…bis…ker…ja?.” Tersekat-sekat suaranya.
“Sayang mama…memang mama nak bawa Zara, tapi tunggu Zara sembuh sepenuhnya ni…nanti kita pergi Fuji Q…nak tak?.” Mataku berlinang. Tidak dapatku gambarnya pedihnya hati ini saat Zara bertanyakan soalan yang amat menyentuh kalbu ini.
Zara hanya menunduk sambil matanya dikelip-kelipkan. Terlihat titisan airmatanya jatuh dan aku lantas memeluknya. Mukanya kelihatan sangat pucat dan terkebil-kebil seolah-olah menahan sakit yang aku sendiri tidak boleh gambarkan dengan kata-kata.

“Sayang mama…Zara kena kuat…semua orang sayangkan Zara…papa pun sayangkan Zara tapi papa tak dapat datang, dia kerja…” Aku memberinya kata-kata semangat. Zara merenung aku dan airmatanya terus mengalir.
“Ma…ma…Zara sa…yang ma…ma…” Zara terbatuk dan tiba-tiba darah terkeluar dari mulutnya. Aku menjadi panik dan segera menalifon pihak ambulance. Zara semakin lemah seperti sudah tidak berdaya. Tangannya menggenggam erat tanganku. Aku pasrah, ambulance tiba hanya 15 minit selepas menerima panggilanku. Zara segera di bawa ke hospital dan aku mengiringinya bersama.

“Dah lama Zara kat dalam Emengency room Kathy?.” Kak Zeta menyoal aku yang dari tadi mundar-mandir tanpa arah tujuan.
“Dah sejam kak…” Ringkas jawapan aku.
“Doa banyak-banyak.” Kak Zeta terus duduk di kerusi. Matanya berkaca dan akhirnya menangis.
“Akak…janganlah macam ni…saya jadi makin risau kalau akak nangis…” Aku memeluk kak Zeta. Kami sama-sama menangis.

“Kathy…what’s going on?.” Tiba-tiba Haikal muncul. Aku terdiam dengan pertanyaannya.
“Tadi your sensei beritahu saya…Zara kritikal…” Haikal menambah setelah melihat aku terdiam kaku. Aku hanya menganggukkan kepala.
“Dah…jangan menangis, please pray for her…” Haikal menasihatiku.

Kami bertiga duduk dikerusi dan masing-masing terdiam tanpa sepatah bahasa. Masing-masing gusar dan risau dengan keputusan yang bakal kami ketahui sebentar lagi.

Hampir 2 jam kami menunggu diluar bilik kecemasan. Tetapi, sehingga sekarang, tiada seorang pun kakitangan hospital keluar dari bilik tersebut. Aku semakin gundah gulana, semua yang aku buat jadi tidak tentu hala.

Jam sudah menandakan masuk waktu maghrib di Japan. Haikal dan kak Zeta bersolat di tepi penjuru hadapan bilik kecemasan sementara aku hanya memerhatikan. Aku keuzuran sejak 3 hari yang lalu. Di Japan bukan seperti di Malaysia, ada disediakan bilik untuk bersolat, jadi apa jua kawasan yang kami rasakan bersih, disitulah kami akan bersolat. Islam tidak pernah menetapkan syarat untuk ummahnya mengerjakan rukun Islam yang kedua itu.

Tepat jam 8:30 malam, doktor yang dari tadi menyelesaikan kes anakku keluar dari bilik kecemasan. Wajahnya kelihatan sugul dan pucat. Aku dengan pantasnya berlari mendapatkan doktor tersebut untuk mengetahui keadaan Zara.

Doktor hanya menggelengkan kepalanya. Dia dengan lembutnya menyatakan bahawa anakku Zara sudah tidak boleh diselamatkan. Mereka sudah sedaya upaya cuba menyelamatkan Zara. Kanser yang tumbuh dibahagian kepalanya yang dikenali sebagai tumor otak sekunder iaitu metastatic telah merebak ke bahagian-bahagian organ badan yang lain. Kesemua organnya seperti buah pinggang, hati dan paru-parunya sudah tidak berfungsi lagi.

Aku terjatuh dan terduduk mendengar penjelasan doktor. Kak Zeta dan Haikal cuba menenangkan aku. Aku seperti orang hilang kewarasan akal fikiran. Fikiranku tiba-tiba melayang dan akhirnya aku pengsan tidak sedarkan diri.
****

“Zara…mana Zara…” Aku terjaga dari pengsan dan langsung mencari Zara.
“Kathy…sabar banyak-banyak dik…student Malaysia ada datang untuk bantu menguruskan jenazah arwah.” Kak Zeta cuba menenangkan aku.
“Saya nak tengok Zara kak…saya nak mandikan dia…” Aku menangis semahu-mahunya sambil badanku meronta-ronta mohon dilepaskan.
“Sabar Kathy…arwah masih dalam bilik mayat tu…tengah bedah siasat.” Kak Zeta menahanku. Aku lihat ramai pelajar-pelajar Malaysia telah berkumpul di ruang bilik bersebelahan untuk menyempurnakan proses memandikan, mengkafankan dan seterusnya menanam. Aku terdiam membisu seketika.

“Kathy…ni Iskandar nak cakap dengan awak…” Kak Zeta memberikan talian telefon kepadaku yang dari tadi berpeluk tubuh membuntu di kerusi. Aku menyambut telefon itu.
“Hello sayang…” Suara Iskandar memulakan bicara.
“Hello…” Aku bersuara lemah.
“Sabar banyak-banyak…ini dugaan Allah…saya rasa baik jenazah arwah di bawa balik Malaysia…tadi saya dah bincang dengan kak Zeta…macam mana pendapat sayang?.” Iskandar memberikan pendapatnya. Aku terdiam tidak bersuara.
“Sayang…hello…” Iskandar menambah setelah aku terdiam tidak menjawab.
“Ah…ye…saya dengar…” Itu saja jawapanku.
“Kalau kebumikan kat Japan, nanti kalau sayang balik Malaysia, siapa nak ziarah kubur dia…hantar je balik sini, semua saya uruskan nanti…don’t worry…” Iskandar menyatakan hasrat pertolongannya. Aku terhutang budi dengan pertolongannya.
“Okey…nanti cakap dengan kak Zeta la…saya bingung…” Aku menjawab lantas menghulurkan telefon pada kak Zeta. Aku mengusap dahiku, memicit-micit seolah-olah terlalu sakit akibat kepeningan.


****

Hampir sejam aku menunggu untuk melihat sendiri wajah Zara. Setelah puas menunggu, akhirnya mayat Zara dibenarkan untuk dilihat. Aku melihat wajahnya yang sedang tersenyum manja. Segala hilai tawanya sudah tidak dapat aku dengari. Aku hanya mampu menitiskan airmata. Tangannyaku sentuh dan ku cium dengan lembut. Inilah kali terakhir untuk aku bersua muka dengannya. Selama 4 tahun lebih aku menjaganya, tidak pernah terdetik di hati ini yang dia akan meninggalkan aku dalam keadaan begini.

“Zara…mama sayangkan Zara dunia dan akhirat…Zara satu-satunya anak mama yang paling mama sayang…nanti kita jumpa ye nak…I love you so much!.” Aku menangis sambil tersenyum. Aku harus terima dugaan ini dengan tabah.
“Sabar Kathy…Allah lagi sayangkan dia…redhakan pemergiannya…” Kak Zeta mengusap lembut bahuku. Airmatanya turut berlinangan. Masakan tidak, kak Zeta dan Zara juga sangat rapat walaupun mereka hanya kenal setelah aku menyambung pengajian di sini.
“Kak…kenapa Zara tinggalkan saya kak?...saya dah takde sesiapa kak…” Aku merintih sedih.
“Jangan cakap macam tu dik…akak ada…” Sebak nada kak Zeta. Aku tahu, dia pun sugul dengan pemergian Zara.

“Kak Zeta…form tu saya dah isikan…kejap lagi pihak kedutaan akan datang sini…” Seorang wakil pelajar yang menguruskan hal ehwal berkenaan kematian warga Malaysia di sini bersuara.
“Oh…okey…thanks Zarul.” Kak Zeta mengenalinya.

****

Mayat arwah anakku telah selamat dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan oleh Persatuan Pelajar Islam Japan di Masjid Yoyogi-Uehara.  Tenang wajahnya ketika aku dan kak Zeta memandikannya sebentar tadi. Masih terngiang ditelingaku akan kata-kata Zara sebelum ini, dia amat meminati sukan renang.

“Mama, Zara nak berenang dengan mama kat school tapi teacher tak bagi…teacher cakap, swimming pool tu untuk kanak-kanak je…” Zara bersuara petang itu sambil mulutnya dimuncungkan. Ketika ini di Japan sudah masuk bulan Julai, bulan dimana semua pelajar akan menyertai kelas latihan berenang.
“Zara…mama tak pandai berenang…nanti mama tenggelam, siapa nak tolong mama…” Aku membalas sambil mengusap rambutnya.
“Ala…Zara kan ada…nanti Zara tolong la…please la mama…” Zara menarik tanganku tanda dia mahu aku mengikutinya ke kelas latihan berenang. Dan, petang itu aku mengikutinya ke kelas latihan berenang. Alangkah seronoknya Zara ketika itu, tersenyum riang bersama kawan-kawannya apatah lagi aku ada bersamanya pada hari itu. Gambarnya sedang berenang juga ada ku muat naik ke dalam laman instagramku. Itulah kenangan paling berharga yang pernah aku kecapi bersama Zara.

“Puan Khatijah, saya mengucapkan takziah di atas kematian anak puan…saya sudah uruskan proses penghantaran jenazah arwah anak puan pulang ke Malaysia pada esok hari…sebab sekarang dah malam.” Wakil dari kedutaan Malaysia di Tokyo memberikan amanatnya padaku.
“Untuk malam ni, kita akan tempatkan jenazah di dalam funeral home di Yoyogi-Uehara ni…esok jenazah akan dihantar ke lapangan terbang Antarabangsa Narita untuk diterbangkan balik menggunakan MAS Kargo.” Beliau menambah. Aku hanya mengangguk tanda setuju.
“Di Malaysia nanti…ada yang menunggu jenazah tak?...kalau tak ada, saya akan sediakan staf dari Malaysia untuk tunggu di sana…puan balik sekali tak?.” Beliau sekali lagi menambah dan menyoalku.
“Ada tuan…kawan saya akan tunggu…saya akan balik esok tuan…naik AirAsia.” Aku menjawab.
“Okey…kalau macam tu, senang la…jenazah dijangka tiba lewat petang atau malam macam tu…mohon pihak puan untuk tunggu di sana la…” Baik sungguh hatinya. Satu-persatu penerangan diberikan kepadaku. Tuntasnya, untuk aku faham akan keadaan sebenar. Tiket untuk aku pulang ke Malaysia sudah pun dibelikan oleh kak Zeta dan Haikal. Di Malaysia, aku akan menumpang di rumah Shuhada, sahabat baikku.

Semuanya sudah dijelaskan dan aku hanya menunggu esok hari untuk urusan seterusnya. Malam ini aku bermalam di rumah salah seorang pelajar Malaysia yang menyewa di kawasan sekitar Yoyogi-Uehara. Ini semua atas ihsan semua pelajar-pelajar Malaysia yang banyak membantu dari mula hingga ke akhir pengurusan. Pada mereka, ini adalah fardhu kifayah yang tidak perlu diarahkan. Aku sangat terhutang budi pada kebaikan mereka di sini.

Berita kematian anakku Zara telah pun aku khabarkan pada Khalil. Malangnya Khalil memberitahu yang dia sedang berkursus di Thailand dan tidak dapat pulang dalam waktu terdekat. Yang lebih menyayat hati Khalil dengan angkuh dan sombong hanya ingin melawat kuburnya lantaran dikatakan aku mementingkan diri sendiri sebelum ini. Khalil tidak mahu bertanggungjawab di atas kematian Zara dan dikatakannya akulah penyebabnya!

New whatsapp message
Sayang…you dah okey…

Okey…esok I balik flight malam…arwah maybe sampai lewat petang or malam.

I tau…tadi I dah call kak Zeta…I akan tunggu di airport dengan Shu…u don’t worry…malam esok ibu I buat bacaan yassin untuk arwah…semua dah plan…

Thanks awak…

Lusa you sampai, I akan jemput di LCCT…pagi kan?...so, after that, kita terus kebumikan jenazah la…kebumikan di kawasan rumah I okey…

Saya tak kisah…saya dah buntu Is…

I akan sentiasa ada bersama you…in whatever condition…

Saya sayangkan Zara…

Sayang, you have to be strong…Allah lebih sayangkan Zara berbanding you…terima dengan redha apa yang Allah dah putuskan untuk kita…there’s must be hikmah disebalik semua ni…

I know but…I regret sebab tak dapat tunaikan hasrat arwah…

What??

Saya nak bawa dia pergi holiday after kerja haritu…tapi tup-tup dia jatuh sakit…saya tak sempat…

It’s okey…dah, jangan fikir sangat…let it be…kena redha sayang…

Thanks for everything Is…


Don’t worry…I love you so much…pray for her…I handle everything here…

No comments:

Post a Comment