Friday 19 February 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 9

Bab 9


SUDAH sebulan aku dan Iskandar berpindah dari rumah ibunya. Walau sesibuk manapun, kami akan tetapi menjenguk ibu dirumahnya apabila berpeluang mencuri masa. Ianya tidaklah terhad hanya pada waktu hujung minggu. Sehingga sekarang, Najwa masih tidak pulang ke rumah ibu menjengok orang tuanya itu. Setiap kali kami melawat ibu, itu saja kekesalan yang dinyatakan oleh ibu mengenai sikap dendam membara yang ada dalam diri Najwa.

“Ibu pening dengan Najwa tu…dah banyak kali ibu call suruh dia balik. Ada je alasan dia.” Ibu mengeluh panjang semasa kami aku dan Iskandar singgah dirumahnya.
“Sabarlah ibu…nanti Is cuba pujuk dia.” Iskandar memujuk ibunya.
“Kamu try la Is…ibu dah buntu.” Ibu menambah. Dia kelihatan sangat sugul dan sepi. Iskandar lantas mengambil telefon bimbitnya dan diambilnya gambar ibunya yang sedang termenung mendongak dagu mengenangkan sikap Najwa. Gambar yang diambilnya dihantar ke telefon bimbit Najwa. Seketika kemudian, Najwa membalas kiriman whatsapp dari Iskandar.

Why bagi Najwa gambar ibu?.

Saja…nak suruh Najwa tengok ibu.

Kenapa suka nak sakitkan hati Najwa?.

Sebab Najwa taknak balik tengok ibu…ibu tengah sedih, itu yang abang Is bagi gambar. At least, Najwa boleh tengok muka ibu…yelah, Najwa kan jauh.

Tak payah nak perli Najwa la.

Aik?...terasa ke?.Baliklah dik…kesian kat ibu. Abang Is pun dah pindah, so, selesa sikit kalau Najwa nak balik tengok ibu.

Nantilah…kirim salam ibu. Nanti Najwa balik bila hati dan cool down sikit.

Hope Najwa boleh baliklah…tengoklah ibu ni.

Najwa termenung sendirian memikirkan ibunya yang kesepian keseorangan. Disebabkan egonya yang terlalu tinggi, dilepaskannya perasaan dendam dan marah pada ibunya. Sesungguhnya, dia amat kecewa dengan sikap dan pendirian abangnya yang padanya tidak tepat memilih seorang isteri. Beberapa peristiwa silam Khatijah tidak pernah dan tidak mungkin dapat dilupakannya. Walaupun, berita itu hanya diperolehinya dari sepupu Khatijah mahupun kawan rapat Khatijah, Shuhada.

“Akak bukan tak suka Kathy tu…tapi, sikap dia yang tikam belakang akak, memang akak tak maafkan.” Shuhada berkata ketika berjumpa Najwa di restoren pinggir ibukota.
“Itulah…Najwa pun tak faham, macam mana abang Is tu boleh suka kat dia?.” Najwa membalas.
“Akak suka abang Is ke?.” Najwa menambah. Shuhada kelihatan tersipu malu dengan soalan dari Najwa itu.
“Mana ada…akak kenal abang Is tu sejak dari sekolah lagi.” Shuhada cuba berdalih. Mukanya kelihatan merah padam menahan malu. Mungkin Najwa dapat mengagak bisik hatinya.
“Yelah…bukan ke sebelum ni akak baik dengan kak Kathy?...tiba-tiba je jadi tak suka?.” Najwa cuba memerangkapnya.
“Akak tak suka sebab sebelum ni Kathy tak pernah pun cakap dengan akak yang dia dengan Is couplebut then, nak kahwin…akak kecewa sebab selama ni dia macam main-mainkan akak.” Shuhada berselindung.
“Najwa pun pelik, takkan sebab abang Is pernah jadi lawyer dia, mereka boleh fall in loveweirdla bila fikir.” Najwa mengerutkan dahinya.
“Itu yang akak confius tu…bukan ke abang Is kamu tu high taste?.” Shuhada menyoal Najwa.
“Takdelah high taste sangat…dia okey je…dengan wife yang pertama dulu pun, mak ngah yang kenalkan…dia on je.” Najwa menjawab.
“Tapi lama jugak dia membujang…dia takde girlfriend ke sebelum ni?.” Shuhada menduga.
“Entahlah kak…dia dulu kan study kat UK…manalah Najwa tahu. Tapi yang kat Malaysia memang takde.” Najwa menambah atas soalan Shuhada tadi.
“Jangan-jangan dia kena ubat guna-guna dari Kathy?...kita mana tahu, sebab dia dah takde sesiapa nak, so guna tektik tulah.” Shuhada menambah sangkaan buruknya pada Khatijah.
“Ye ke kak?...wujud lagi ke bomoh-bomoh ni?.” Najwa cuba menduga kenyataan Shuhada tadi.
“Rasanyalah…bomoh still ada…syaitan kan sentiasa ada.” Shuhada menempelak.
“Kalau abang Is kena bomoh…kesianlah kat dia…Najwa kena usaha macam mana nak buang ubat guna-guna tu…akak ada idea?.” Najwa menyoal Shuhada.
“Nantilah akak try tanya-tanya…kalau ada nanti, akak call Najwa.” Shuhada membalas.
Najwa memang sering berhubung dengan Shuhada. Masing-masing punya agenda tersendiri dalam meletakkan perasaan hasad dengki dan dendam kesumat.


****

Najwa akhirnya pulang ke rumah ibunya setelah didesak oleh Iskandar. Itupun setelah ibu diserang demam panas yang teruk. Ketika itu, baru Najwa berani melangkah kaki untuk pulang ke rumah ibu. Aku dan Iskandar berpandangan ketika melihat kelibat Najwa dimuka depan pintu rumah ibu. Dia hanya terdiam kaku membisu seribu bahasa apabila melihat ibu terlantar baring di kerusi sofa ruang tamu rumah.

“Najwa…masuklah nak…kenapa tercegat kat pintu tu?.” Ibu menegurnya. Najwa melangkah laju mendapatkan ibunya lantas dipeluknya ibunya. Mereka berdua menangis hiba. Aku dan Iskandar juga turut sayu melihat keadaan itu.
“Maafkan Najwa ibu…” Najwa merintih sedih.
“Najwa tak salah pada ibu pun…ibu faham Najwa sibuk.” Ibu membalas lembut.
“Ini semua disebabkan perempuan tu!.” Najwa tiba-tiba berang. Aku tergamam tidak terkata. Muka dan matanya merah memandangku dalam keadaan bengis.
“Najwa…apa ni?.” Iskandar cuba meredakan keadaan.
“Kau keluar dari rumah ibu aku…keluar!!!” Najwa sekali lagi menjerit seolah tidak dapat mengawal emosinya. Aku menggigil ketakutan yang amat tatkala Najwa menjerit ke arahku.
“Najwa…kenapa macam ni…mengucap nak.” Ibu cuba memeluknya.
“Maafkan akak Najwa…” Itu saja kata-kata aku yang sedang dalam menahan rasa sebak didada.
“Takde maaf bagimu…get lost!!.” Najwa sekali lagi meninggikan suaranya. Iskandar sudah tidak dapat menahan marahnya. Aku dapat melihat raut wajahnya yang kelihatan sangat marah sambil jari-jemarinya digenggamkan.
“Najwa…abang tak sangka adik abang bersikap kurang ajar macam ni…tak reti nak hormat orang.” Iskandar meninggikan sedikit suaranya. Dia tidak mahu terlalu menunjuk kemarahannya didepan ibu.
“Ah!...sudahlah abang…” Najwa menempelak Iskandar.
“Sudah…kamu berdua tahu tak ibu ni demam?...” Ibu tiba-tiba bersuara. Lemah suaranya mengenangkan sikap kedua-dua anaknya yang masing-masing tidak mahu beralah.
“Takpelah ibu…Is dan Kathy balik dulu…nanti dah reda, Is datang lagi.” Iskandar lantas mencium dahi ibunya dan berlalu. Aku sempat menyentuh tangan ibu sebelum Iskandar menarikku untuk keluar. Najwa hanya menjeling memandangku. Aku semakin sebak dan hiba dengan layanan Najwa sebentar tadi yang agak kasar.

“Sudahlah sayang…maafkan Najwa tu.” Iskandar memujukku.
“Takpelah abang…saya tak pernah salahkan dia dalam hal ni. Saya salahkan diri sendiri.” Aku mengeluh.
“Maafkan adik abang tu…abang tak faham mengapa sikap dia macam tu.” Iskandar sekali lagi memujukku.
It’s okey abang. Kita doa sama-sama semoga Najwa dapat menerima saya seadanya.” Aku menyentuh tangan Iskandar dengan lembut. Dikala dan saat ini, Iskandarlah satu-satunya pelindung aku kerana aku memang tidak punya sesiapa di dunia ini kecuali kakak dan dia. Sekiranya Iskandar juga membiarkan aku, sudah pasti aku akan menjadi manusia yang hilang arah tujuan.


****

Malam ini agak sukar untuk aku melelapkan mata lantaran peristiwa siang tadi yang sedikit sebanyak menguris hatiku. Aku tidak menyangka Najwa sanggup menengkingku sedangkan aku tidak pernah menyakiti hatinya. Aku juga bingung mengapa disebabkan takdir masa silamku yang bukannya dari kehendakku sendiri dijadikan bahan oleh Najwa untuk tidak menghormatiku sebagai kakak iparnya.

“Sayang fikir apa tu?.” Iskandar menyapaku yang dari tadi termenung sendirian.
“Errr…takde apalah abang.” Aku membalas lembut.
“Mesti fikir pasal siang tadi kan?.” Iskandar mendugaku.
“Ehmm…adalah fikir sikit.” Aku menjawab jujur.
“Sudahlah sayang…asalkan abang sayangkan sayang dahla…tak payah fikir pasal Najwa tu.” Iskandar memujukku.
“Saya fikir, sampai bila Najwa harus benci pada saya?.” Aku cuba menyoal Iskandar.
“Kita sama-sama doa…abang pun dah buntuk memikirkan.” Iskandar mengeluh pilu. Dia juga agak terkilan dengan sikap Najwa terhadapku.
“Saya sedih sebab tak dapat nak jaga ibu bila dia sakit.” Aku menambah.
It’s okey sayang…ibu pun faham keadaan kita. Jangan fikirlah.” Iskandar sekali lagi memujukku.

New Whatsapp Message

Assalamualaikum Dr Kathy…sihat? - Haikal.

“Siapa message sayang malam-malam ni?.” Iskandar menyoalku apabila terdengar nada pesanan ringkas di telefon bimbitku.
“Kawan Japan saya, Haikal.” Aku menjawab dengan jujur.
“Ada apa?.” Iskandar terus menyoal.
“Entah…dia just tanya sihat ke?.” Aku berkata sambil membelek telefon bimbitku.

Waalaikummussalam Haikal. Saya sihat.

“Sudahlah sayang…jom kita tidur…esok nak kerja.” Iskandar memandangku.
“Okeylah…saya nak reply message Haikal kejap.” Aku menambah.
“Mana lagi penting, abang ke Haikal?.” Iskandar mendugaku. Aku tergamam dengan pertanyaannya.
“Apa abang cakap ni…Haikal ni kawan sayalah…takkan nak reply message pun tak boleh?.” Aku pula cuba menduga Iskandar. Dia perlu kawal sikap cemburunya itu.
“Yelah…abang jelous okey…” Iskandar mengomel.
“Okeylah…saya buat bodoh je…tak reply…biar semua orang kata saya ni sombong!.” Aku mencebik. Sambil itu, pantas saja tangan ini memicit butiran huruf di telefon bimbitku untuk membalas kiriman pesanan dari Haikal.

Kita sambung chatting esok okey. Dah malam, saya nak tidur. Bye.

Okey…saya just nak beritahu pasal conference. Sambung esok saja. Bye.

“Ish…abang ni tak sporting la…” Aku menambah.
“Yelah…yang tak sporting semua abang.” Iskandar merajuk dan memalingkan dirinya. Aku cuba memujuknya dengan memeluknya.
Sorry saya cakap macam tu kat abang…yelah, saya nak bermessage dengan kawan saya, apa salahnya?.” Aku merayunya.
“Abang bukan tak bagi…waktu tengah dengan abang, please la concentrate dengan abang…nak message ke apa ke, esok-esok sajalah.” Iskandar menjelaskan kedudukan sebenar.
“Okeylah…sorrynext time tak buat…I promise you!.” Aku menyakinkannya. Iskandar membalas pelukanku dan bahagia itu milik aku dan Iskandar pada malam ini.


****

Aku bahagia dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang dan mengambil berat akan diriku. Dia sudi menerima apa juga kekurangan diriku. Begitu juga dengan ibunya, bersedia menerima apa juga kekurangan dan kelebihan diri ini. Tetapi, masih bermain dimindaku, mengapa Najwa amat sukar menerima kehadiran aku dalam keluarga mereka. Begitu juga sahabat baikku, Shuhada yang sudah pun memutuskan persahabatan kami hanya kerana aku berkahwin dengan Iskandar. Semua ini amat buntu untuk aku memikirkannya. Aku sudah tidak ada sesiapa di dunia ini melainkan Iskandar dan kakakku. Iskandarlah tempat aku bergantung harap dan bersandar pengharapan. Ibu dan bapaku telah lama pergi mengadap Ilahi. Mana mungkin untuk aku mengadu apa juga kesusahan pada mereka. Jika mereka masih ada, sudah tentu hidupku amat bahagia sekarang.

“Kathy, nanti kalau mak dan ayah dah takde, Kathy jaga diri baik-baik ye nak?.” Ayah menasihatiku disuatu hari ketika kami menjamah makanan tengahari dihujung minggu. Kebetulan waktu itu aku sedang cuti semester.
“Saudara mara semua dah tak pedulikan kita…kalau kita susah, kenalah usaha sendiri.” Ayah menambah.
“Ayah janganlah cakap macam tu…Kathy taknak ayah dan mak pergi dulu, biar Kathy yang pergi dulu.” Aku merasa sebak dengan kata-kata ayah hari itu.
“Kathy, walau macam man pun, semua manusia akan pergi mengadap Ilahi…ajal, jodoh semua rahsia Allah.” Ayah menambah. Emak hanya sayu memandangku. Sememangnya emak tidak banyak bicara, hanya bersetuju dengan pendapat ayah.
“Kalau ayah dan mak dah takde…pada siapa Kathy nak mengadu?...Kathy harap dan berdoa semoga Allah panjangkan usia mak dan ayah.” Aku mengangkat tangan dan terus berdoa. Emak dan ayah memandangku dan tersenyum.

Kring…kring…

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku. Lamunanku terhenti dek kerana lontaran nada dering itu.

“Hello Dr Kathy…susahnya nak callbusy ke?.” Suaranya dapatku agak, beliau adalah Haikal.
“Hello my friendsorry, taklah busy…Cuma tadi buat kerja sikit. So, what’s up?.” Aku berdalih.
I try whatsapp you dari pagi tadi…but, you tak reply. Itu yang I call ni.” Haikal memaklumkanku.
Sorry sangat-sangat. Pagi tadi saya ada meeting, ni baru habis.” Aku mencari alasan. Sememangnya dari pagi lagi aku tidak melihat sebarang kiriman pesanan dalam telefon bimbitku lantaran juga mesyuarat singkat yang diadakan pagi tadi menyukarkan untuk aku membelek telefon.
“Oh, It’s okey…I nak tanya, next week I ada join conference kat kolej youyou tahu kan?.” Haikal menyoalku.
“Yeah…I know tapi saya tak tahu yang awak ada join sebab saya bukan AJK…I’m just one of the presenter.” Aku membalas kerana aku juga akan membentangkan kertas kajianku.
Perfect…boleh jumpa and discuss. I akan sampai KL pada sabtu ni.” Haikal menambah.
“In Sha Allah…nanti saya bawa awak datang rumah saya…boleh berkenalan dengan my husband.” Aku memberikan cadangan.
“Okey saja. Your husband lawyer kan?.” Haikal sekali lagi menyoalku.
Yes…” Aku menjawab ringkas.
“Okeylah…see you this Saturday.” Haikal meminta untuk mematikan talian. Aku berharap agar dapat mengenalkan Haikal dengan Iskandar. Selama ini, belum pernah aku menceritakan perihal Haikal yang banyak membantuku semasa di Japan pada Iskandar. Tak sampai hati rasanya untuk menjawab apa juga persoalan dari Iskandar andai aku bercerita mengenai Haikal. Tetapi, kini aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku mengenalkan Haikal.


****

“Abang…hari sabtu ni abang ada kerja ke?.” Aku memulakan bicara pada malam ini bersama Iskandar.
Nopewhy?.” Iskandar menjawab ringkas. Dia sedang sibuk menaip dikomputer ribanya.
“Kawan saya Haikal yang sama-sama belajar di Japan dulu, datang Malaysia, dia akan present paper kat conference kolej saya minggu depan.” Berjela penjelasanku. Iskandar terdiam dari menaip lantas memandangku.
So?.” Berkerut dahi Iskandar setelah mendengar penjelasanku.
“Saya ingat nak bawa dia jumpa abang.” Aku menyambung.
For what?.” Iskandar menyoalku.
“Saja…tak boleh ke?.” Aku menempelaknya.
“Bukan tak boleh…abang just confius…kenapa pulak sayang nak kenalkan abang dengan Haikal tu?.” Iskandar mendugaku.
“La…terlanjur dia ada kat sini, baiklah saya bawa dia jumpa abang. Dia orang Singapore.” Aku bernada tegas. Rimas rasanya dengan persoalan Iskandar.
“Okeylah…nak jumpa kat mana?...if kat office kena buat appointment, biasalah…abang kan busy.” Iskandar berseloroh. Aku tergelak mendengar kata-katanya.
“Baiklah tuan lawyerbusy la sangat kan…saya nak bawa dia kat rumah je…boleh dinner dengan kita…saya masak, okey tak?.” Aku memberikan cadangan.
“Amboi…macam special je?.” Iskandar menjelingku.
“Allah abang ni…sporting la sikit…he is my friend abang. Apa salahnya kita makan sama-sama.” Aku membulatkan mataku.
“Yelah…setuju Dr Kathy…I follow.” Iskandar kembali menaip dikomputer ribanya. Aku hanya tersenyum memandangnya. Iskandar memang pandai bergurau walaupun kadang-kadang gurauannya itu terselit seribu satu persoalan.


****

Najwa termenung sendirian didalam biliknya. Bilik yang selama ini ditinggalkannya kerana perasaan marah yang tidak bertepi pada Khatijah. Najwa amat berang sehingga sanggup untuk tidak pulang ke rumah melawat ibunya.

‘Ish…mengapalah dia jadi kakak ipar aku?.’ Hati kecilnya berkata.
I need to do something…tak kisahlah kalau sampai jumpa bomoh sekalipun.’

Kring…kring…

“Hello…sis…buat apa tu?.” Najwa menelefon Shuhada malam itu.
“Hello…takde buat apa, tengah tengok TV…what’s up?.” Shuhada membalas.
“Dah ada line ke?.” Najwa menyoal.
Line apa kau ni?.” Shuhada tidak faham.
“La…slow la akak ni…kata nak cari bomoh?...ada tak?.” Najwa menambah.
“Oh!...belumla dik…nanti ada akak call la.” Shuhada membalas ringkas.
“Masalahnya lama sangat…takkan nak cari bomoh pun lama?.” Najwa mencebik. Hendak saja diejeknya Shuhada ketika ini maklum saja didalam talian.
“Yelah…akak ni kerja, mana sempat nak cari. Dalam internet banyaklah tapi takut tak original.” Shuhada tergelak.
“Buat lawak eh!. Bomoh pun ada original jugak ke?.” Najwa keliru dengan kata-kata Shuhada sebentar tadi.
“Kau ni nama je doktor kan?...of coursela ada yang tak original, kalau tak original, nanti tak berkesan. Macam ubat jugak, kalau yang tiruan, mana demam nak baik, betul tak?.” Shuhada menjelaskan.
“Yelah. Manalah saya tahu…ingat bomoh ni main sembur-sembur je.” Najwa membalas.
“Nanti ada akak call Najwa. Kalau dapat yang bahagian utara lagi bagus. Made in Thailand, amik kau!.” Shuhada bernada keras.
“Ish…ganas sangat tu…amik yang Malaysia dah la.” Najwa berseloroh.
“Baiknya awak ni…takpelah, nanti ada akak call okey?.” Shuhada menambah.
“Okeylah…cepat sikit!.” Najwa mematikan talian. Dia tersenyum puas. Dalam hatinya terselit dendam dan kebencian yang amat pada kakak iparnya itu.


****

Aku dan Iskandar menunggu dihadapan pintu masuk hotel tempat Haikal menginap sepanjang berada di Kuala Lumpur. Tidak berapa lama kemudian, Haikal kelihatan turun dari tangga ditepi lobi hotel. Haikal tersenyum memandangku. Aku dan Iskandar berjalan menghampirinya.

“Hai Haikal…lamanya tak jumpa. Kenalkan, Iskandar…my husband.” Aku menyapa Haikal.
Iskandar dan Haikal bersalaman.
“Hai…saya Haikal, nice to meet you.” Haikal membalas.
“Okey. Panggil saya Is je.” Iskandar menyapa lembut sapaan Haikal.
So, apa plan you harini?.” Iskandar menyoal Haikal. Aku hanya memandang mereka.
“Takde apa plan sebab conference start Monday. Saja datang awal, boleh round KL.” Haikal membalas.
“Kalau macam tu, kita jalan-jalan di sekitar KL, then malam pergi rumah kami for dinner. Saya masak special.” Aku menyapa perbualan mereka. Iskandar tersenyum padaku.
“Wah…apa yang special tu Kathy?.” Haikal menambah.
“Takdelah…saja nak masak for our dinner. Lagipun sekali-sekala you datang KL, so we all jemput you datang rumah sekali, kan abang?.” Aku berkata sambil memandang Iskandar.
“Yup, betul tu…apa salahnya?.” Iskandar menyokongku.
I okey je…thanks for both of you, I ni menyusahkan saja.” Haikal merendah diri.
No…it’s okey…you are our guess.” Iskandar membalas. Aku dan Iskandar tersenyum memandang Haikal.
“Okey, next time you all datang Singapore, make sure datang rumah I. Manalah tahu nak ke Universal Studios ke?.” Haikal menambah.
All right…jangan risau, kalau we all datang Singapore, sure datang rumah you. Nak rasa wife you masak.” Aku menduganya. Aku hanya mengagak Haikal sudah berkahwin ketika ini.
Sorry guysI belum kahwin, maybe belum ada jodoh.” Haikal membalas sugul. Aku berasa bersalah kerana membuat serkap jarang padanya.
Sorry Haikal. Saya tak bermaksud…” Aku menambah sambil membuat muka simpati.
It’s okey…dah biasa.” Haikal membalas ringkas.

Aku dan Iskandar membawa Haikal berjalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur sehingga lewat petang. Dan selepas itu, Haikal mengikut kami pulang ke rumah untuk makan malam. Semua persiapan untuk memasak sudah aku siapkan seawal pagi tadi sebelum keluar menemui Haikal. Jadi, tidaklah terlalu lama untuk mereka menunggu aku menyiapkan makan malam kami. Menu yang sangat ringkas dan mudah untuk santapan makan malam kami bertiga.

“Sedapnya bau…you pandai masak kan?...sejak dari Japan lagi.” Haikal memujiku. Ketika ini aku sedang menghidang makanan di atas meja makan kami.
“Sebab itu I sayang sangat kat dia…” Iskandar mencelah.
“Yup…you should appreciate what she have…kalau I, memang takkan lepaskanlah.” Haikal menguji Iskandar.
Of course I amI bertuah sebab Kathy jadi my wife.” Iskandar menambah.
“Yeah…congrats bro.” Haikal membalas.
“Sudahlah tu…jom dinner, dah siap ni. Abang jemput Haikal.” Aku memotong perbualan mereka. Iskandar mengangguk lantas menjemput Haikal untuk sama-sama menikmati makan malam yang telah aku siapkan.
You all takde maid ke?.” Haikal menyoal.
“Takde…rumah tak bersepah sangat, lagipun we all berdua je…rasanya tak perlu kot.” Iskandar membalas.
“Betul jugak…sini rumah semua besar-besar, lainlah macam di Singapore, rumah semua apartment and flat je…lebih kurang macam di Japan dulu.” Haikal menambah.
“Alhamdulillah…rezeki Allah.” Aku pula bersuara.
You ada firma sendiri kan?.” Haikal menyoal Iskandar.
“Yup, kat Bangsar.” Iskandar membalas ringkas.
You sure lawyer yang top kat Malaysia kan?.” Haikal menduga Iskandar. Aku hanya terdiam mendengar perbualan mereka.
“Takdelah…biasa-biasa je.” Iskandar merendah dirinya.
“Yelah, muda-muda lagi dah ada firma sendiri.” Haikal sekali lagi menduga.
Man Jadda Wa Jadda bro!. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya.” Iskandar membalas ringkas sambil menjamah makanan dipinggannya.
I pun teringin nak buka my own college. Tapi, takde modal…maybe one day.” Haikal menambah.
“In Sha Allah…saya pun teringin nak buka kolej sendiri. Kita sama-sama berdoa okey.” Aku meyakinkannya.
“Eh, really?...kita buka sama-samalah.” Haikal kelihatan riang dengan penjelasanku. Iskandar menjelingku dan aku dapat merasakan yang dia kurang senang dengan kata-kata Haikal sebentar tadi.
“Errr…not now, maybe one day.” Aku memandang Iskandar.
“Yelah…I pun bukan cakap sekarang, nanti kalau betul plannya, bolehlah kita discuss.” Haikal menambah.
“In Sha Allah…kita berdoa sama-sama.” Iskandar mencelah. Aku hanya terdiam mendengar kata-kata Iskandar yang seakan cemburu dengan perancangan Haikal.

Iskandar menghantar Haikal pulang ke hotel selepas kami menikmati makan malam. Aku tidak turut serta kerana ingin mengemas semula dapur yang telah bersepah semasa aku menyediakan makan malam tadi.

“Sayang…dulu masa kat Japan, Haikal tu pernah jadi boyfriend sayang ke?.” Iskandar tiba-tiba menyoalku ketika kami sama-sama berbaring di katil untuk tidur.
“Mana ada abang…dia kawan baik saya je. Kawan semakmal saya masa di universiti.” Aku membalas lembut.
“Abang tengok dia macam semacam je dengan sayang. Masa kat Central Market tu, asyik pandang sayang je. Abang perhatikan je pergerakkan dia.” Iskandar mendugaku.
“Apalah abang ni…cemburu tu biarlah bertempat sikit…Haikal tu banyak bantu tugasan lab saya masa kat universiti dulu.” Aku cuba menyekat perasaan cemburu Iskandar pada Haikal.
“Abang bukan apa…risau jugak, dia tu dahla belum kahwin…wife abang ni dahlah comel.” Iskandar memujiku.
“Ish…kesitu pulak abang fikir. Abang ingat saya seorang je ke yang dia pandang?.” Aku berdalih.
“Yelah…manalah tahu, dalam diam-diam dia ada perasaan pada sayang abang ni.” Iskandar menyentuh daguku lantas tersenyum manja padaku.
“Sudahlah abang…suka mengarut tau. Saya sayangkan abang, jangan risau.” Aku meyakinkannya. Kalau boleh, aku tidak mahu Iskandar tahu yang Haikal pernah jatuh cinta pada diriku. Biarlah ianya menjadi rahsia dan memori aku. Jika Iskandar tahu, sudah tentu dia tidak benarkan aku berkawan dengan Haikal sedangkan Haikal adalah kawan baikku semasa di Jepun yang banyak membantuku.
“Abang pun sayangkan sayang…sebab itu abang cemburu kalau ada lelaki lain suka pada sayang.” Iskandar menambah. Aku berkerut memandangnya.
“Mengada kan abang ni?...suka cakap benda yang entah apa-apa…dahlah, jom tidur.” Aku merangkulnya dengan erat. Aku tidak mahu mendengar apa-apa perkara berkaitan Haikal dari mulut Iskandar. Biarkan cerita lama menjadi memori yang hanya aku saja mengenangnya, bukan Iskandar.


****

Hari ini aku dan Haikal akan membentangkan hasil kertas kajian masing-masing di persidangan kolej aku. Aku sibuk dengan persiapan pembentangan sementara Haikal dengan computer ribanya. Tidak sempat untuk aku menyapanya walaupun kami didalam kumpulan yang sama.

“Ehmm…sibuk sangat Dr Kathy?.” Tiba-tiba Haikal menyapaku.
“Errr…sorry, tengah risau…sebab ada Prof Edward dari UK tu…dia ada email saya tanya pasal research saya ni, so sure dia akan tanya macam-macam.” Aku membalas sambil sibuk menyemak kertas-kertas di atas meja.
“Oh ye, Prof Edward tu…ingat-ingat. Dia ada datang ke?.” Haikal menambah. Memang Haikal kenal dengan Prof Edward kerana pensyarah dari UK itu sentiasa datang ke makmal kami untuk menjadi panel penilai jemputan.
“Itulah…sebab itu kalut ni.” Aku semakin serabut.
“Ala..rilexla…macam tak biasa dengan dia.” Haikal menenangkanku.
“Yelah…macam mana nak relax, dia ada tanya saya satu soalan ni dalam email…tapi, dalam research saya ni, belum ada penyelesaian. Takkan saya yang dah ada PhD nak jawab ‘sorry Prof, I will find out later’…malulah.” Aku menerangkan pada Haikal. Sememangnya aku berasa sedikit gusar jika Prof Edward akan kemukakan soalan itu semasa aku membentangkan kajianku itu nanti.
“Yeah…be professionalcool je jawab macam tu.” Haikal berseloroh. Boleh dia mainkan aku dalam keadaan aku sedang gundah gulana ni.
“Haikal…awak buat lawak kan?. Saja je nak kenakan saya.” Aku mencebik. Haikal tersenyum memandangku.
“Hai Kathy…nasiblah awak dah kahwin, kalau tak…” Haikal mengusikku.
“Kalau tak apa Dr Haikal?.” Aku membalas.
“Kalau tak, dah lama saya ajak dating…awak makin cantik sekarang.” Haikal memujiku. Aku tergamam mendengar kata-katanya. Dia sepatutnya tidak berkelakuan begitu terhadapku yang sudah pun berstatus isteri orang.
“Mengarutlah awak Haikal…saya ni isteri orang.” Aku mengomel.
“Sebab saya tahu awak isteri oranglah saya tak kacau.” Haikal menambah sambil tersengih. Mungkin dia malu dengan kenyataannya sebentar tadi.
“Haikal…saya rasa awak dah kena kahwinlah!...macam semacam je saya tengok.” Aku menambah.
“Aah…tapi takde yang saya berkenan, lebih baik saya membujang.” Haikal semakin ghairah menjawab pertanyaanku.
“Takde berkenan ke?...saya tak percayalah!...Seorang lecturer kat universiti top kat Singapore, handsome pulak tu…ye ke takde yang berkenan?.” Aku mengusiknya.
“Ada memang ada tapi saya yang tak berkenan…soal hati mana boleh paksa.” Haikal menambah.
“Dahlah…sambung kemudian okey!. Saya nak check jurnal ni kejap.” Aku memotong perbualan kami dan Haikal berlalu meninggalkanku. Aku menggelengkan kepala memandangnya. Haikal memang dari dulu suka bersikap ‘tarik tali’ dengan perasaan cintanya. Dia memang susah untuk menyukai wanita terutama untuk dijadikan teman wanita. Pernah juga Haikal diminati oleh beberapa orang pelajar Ijazah Pertama di universiti tempat kami menuntut dulu, tetapi, semuanya ditolak olehnya. Menurutnya, mereka masih mentah dan terlalu muda untuk dirinya.

Aku kembali membelek kertas-kertas jurnal berkaitan dengan kajianku. Takut juga sekiranya aku gagal untuk menjawab setiap pertanyaan berkenaan kajianku ini. Sementalah sessi pembentanganku adalah pada waktu petang, sempat juga untuk aku menyemak apa juga perkara yang berkaitan. Aku juga sempat menyaksikan hasil kajian Haikal dalam pembentangannya sebentar tadi. Aku sangat kagum dengan karektornya yang mempunyai identiti tersendiri ketika menyampaikan syarahan walaupun dalam bentuk pembentangan kertas kerja. Ternyata Haikal bukan calang-calang orang dalam bidangnya, dia memberi sepenuh komitmen terhadap kajiannya itu. Tidak mustahil dia bisa mendapat tepukan gemuruh selepas selesai membentangkan kajiannya.


****

Thanks Haikal sebab tolong jawabkan tadi. Tak tahu pulak awak faham tentang kajian saya tu.” Aku memulakan perbualan ketika kami minum petang di cafĂ© kolejku.
“Oh, it’s okey. Actually, saya pernah baca jurnal berkaitan kajian you tu, sebab tu saya boleh tolong jawabkan.” Haikal merendah diri.
“Nasib baik Prof Edward terima your opinion. Berpeluh jugak saya tadi.” Aku menambah.
“Haha…itulah…dia professionalla awak!.” Haikal membalas ringkas sambil tersenyum.
So, awak balik terus ke?.” Haikal menambah.
“Yup…terus balik rumahlah…nak buat apa lagi.” Aku membalas.
“Yelah…orang ada suami, kenalah taat kan?.” Haikal berseloroh.
“Eh, mestilah…syurga saya bawah tapak kaki dia.” Aku kembali menambah. Pelik juga dengan kata-katanya itu. Dia ingat aku ni isteri yang suka curang ke?.
“La…jangan salah anggap. Saya tak bermaksud macam tu…yelah, nanti kirim salam your husband okey.” Haikal membatu tiba-tiba. Aku dapat mengagak niat sebenarnya.
“Awak balik Singapore bila?.” Aku menyoalnya, cuba mengalih perbualan.
“Hari Khamis ni after habis conferenceflight malam.” Haikal menjawab ringkas.
“Yeah…I will miss you my friend…” Aku mencebik.
“Eh, betul ke apa yang saya dengar ni?...you gonna miss me?.” Haikal membuat muka terperanjatnya.
“Yeah…rindu as a friendyou kan my BFF.” Aku berseloroh. Takut juga Haikal tersalah anggap akan kata-kataku itu tadi.
“Okey…BFF pun BFF la…” Berkerut dahinya. Mungkin tidak mahu menerima kenyataanku.
“Eh, okeylah…saya nak balik, nanti jalan jammed kalau lambat.” Aku meminta diri untuk meninggalkannya. Haikal hanya mengangguk tanda setuju.
See you tomorrow.” Haikal membalas. Aku berlalu meninggalkannya. Panjang juga perbualan kami. Dari dulu lagi Haikal tidak pernah menghampakanku, dialah yang sering membantuku apabila aku menghadapi kesukaran dalam apa juga masalahku, baik dalam pelajaran mahupun melibatkan peribadi. Sesungguhnya, jasa Haikal pada diriku amat banyak dan tidak mampu untukku balas walau dengan nilaian wang ringgit.


****

Sepanjang minggu persidangan ini, masaku banyak dihabiskan dengan mengadap komputerku. Sementara Iskandar pula sibuk dengan pelbagai kes clientnya. Masing-masing faham akan kerja yang digalas dan ini membuatkan kami tidak pernah mempunyai perselisihan faham mengenai kerjaya masing-masing. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahamiku dalam apa juga keadaanku. Iskandar amat menyayangiku sungguhpun aku tidaklah sesempurna seperti insan lain. Walaupun Iskandar mengahwiniku ketika aku berstatus janda, dia tidak pernah mengungkitnya. Malahan, dia sentiasa memuji ketrampilanku seperti wanita yang masih berstatus anak dara.

“Abang…hujung minggu ni saya ingat nak pergi spa, boleh bawak ibu sekali.” Aku menyapa Iskandar ketika kami sedang duduk mengadap komputer riba masing-masing.
“Ye ke…boleh jugak tu…tapi weekend ni abang ada hal dengan client abang, ada discussion sikit. Sayang pergi jelah dengan ibu okey?.” Iskandar menjawab sambil memandangku.
“Okey, esok pagi saya call ibu.” Aku menambah.
“Kalau ibu taknak pergi, sayang pergi jelah.” Iskandar memberikan cadangannya.
“Okeylah…thanks abang.” Aku membalas.
Welcome sayang.” Iskandar membalas lembut dan kami tersenyum. Iskandar amat memahami situasiku dengan keluarganya.


****

“Hello…Najwa…busy ke?.” Shuhada memulakan perbualan setelah Najwa menjawab panggilannya.
“Aah…macam biasalah, ada kat klinik, busy lah!.” Najwa menjawab terpaksa.
“Ni hah, akak dah dapat satu bomoh ni.” Shuhada terus pada agenda utamanya menelefon Najwa.
What?...wow, terrorla akak. Benda macam ni tak boleh cakap dalam phone, malam ni kita jumpa boleh?.” Najwa memberikan pendapatnya.
“Boleh, malam ni kita jumpa.” Shuhada bersetuju.
“Okey, bye.” Najwa mematikan taliannya. Dia sedang agak sibuk waktu ini kerana ramai pesakit yang datang untuk mendapatkan khidmatnya.

Najwa termenung sendirian tatkala kliniknya lengang dengan pesakit. Dia tersenyum puas kerana Shuhada berjaya mendapatkan bomoh yang mereka rancangkan. Rancangannya untuk menjatuh dan menyedarkan Khatijah akan menjadi kenyataan. Padanya, Khatijah tidak layak untuk berada dalam keluarganya. Disebabkan itulah, dia sanggup melakukan apa saja demi sayangnya pada keluarganya.

‘Malam ni aku nak jumpa kak Shu, so, kena balik awal ni.’ Bisik hati kecilnya.

Malam itu, Shuhada dan Najwa berjumpa disebuah restoren mamak berhampiran kediaman Najwa.

“Kak, apa cerita?.” Najwa terus menyoal Shuhada.
“Sabarlah, biar akak order dulu. Lapar ni, tak makan dari pagi tadi.” Shuhada berkata sambil memanggil pelayan restoren.
“Bagi saya Maggie goreng dan air teh ais okey. Najwa nak makan apa?.” Shuhada menambah sambil menyoal Najwa.
“Errr, saya taknak makan, minum je. Bagi saya air teh o kurang manis.” Najwa membalas sambil memandang pelayan restoren mamak itu.
So, sambung cerita. Apa cerita?.” Najwa kembali kepada agendanya.
“Okey, macam ni…akak ada dapat satu contact dari kawan akak kat Perlis nun. Dia kata ada satu bomoh ni, handal betul…dia boleh buat semua.” Shuhada menerangkan satu-persatu pada Najwa yang dari tadi tidak sabar menunggu.
“Ye ke…bomoh siam ke?.” Najwa menduga.
“Rasanya kot…tapi kawan akak cakap, ramai Dato’-Dato’, Tan Sri-Tan Sri, artis-artis datang kat dia.” Shuhada menambah.
“Habis, macam mana kita nak jumpa dia?.” Najwa menyoal.
“Kenalah pergi Perlis sayang oii!. Mana boleh pakai SMS, bomoh tu tak reti.” Shuhada berseloroh.
“Yelah…tapi bila?.” Najwa menyoal kemudian.
“Bila kau free?...akak pun nak kena ambil cuti tahunan la.” Shuhada mencebik. Dia perlu mengorbankan cuti tahunannya untuk ke Perlis.
Next week okey tak?. Kita pergi hari jumaat, then ahad pagi balik sini.” Najwa memberikan cadangannya.
“Okey jugak idea kau tu. So, just ambil cuti hari jumaat je.” Shuhada menyokong.
“Tapi, sure ke bomoh ni handal?. Karang, pergi jauh-jauh sia-sia je.” Najwa curiga.
“La, belum try lagi, mana nak tahu.” Shuhada meyakinkan Najwa yang agak curiga dengan bomoh yang dicadangkan olehnya.
“Bomoh area KL takde ke kak?.” Najwa kembali menyoal.
“Kawan akak cakap, bomoh KL bomoh duit je…tak boleh percaya.” Shuhada menempelak cadangan Najwa.
“Yelah tu…” Najwa mencebik.
So, sure eh?...sebab bomoh ni kena bookingso, kalau confirm, akak nak beritahu kawan akak tu supaya buat appointment dengan bomoh tu.” Shuhada menambah.
Confirmla kot. In Sha Allah…” Najwa membalas pendek.
“Jangan tak jadi pulak, malu nanti akak dengan kawan akak tu.” Shuhada meminta kepastian Najwa.
“Jadilah…tapi, kita nak suruh bomoh tu buat apa?.” Najwa menambah rasa curiganya.
“Akak pun takde idea…nanti kita discussla dengan bomoh tu, mana yang terbaik. Lagi satu, jangan lupa bawak gambar diaorang, Kathy dan Is.” Shuhada menjelaskan.
“Gambar ada dalam phone saya. Nak kena print ke?.” Najwa mengeluh.
“La, gambar yang dah sedia ada takde ke?...kalau akak, gambar Kathy ada lah!.” Shuhada menambah.
“Yelah, nanti saya tengok kat rumah ibu…kalau boleh, saya nak Kathy tu berambus dari keluarga kami…itu je.” Najwa menjeling. Dia amat marah apabila mendengar nama Khatijah.
“Sabar…kita tengok apa yang bomoh tu boleh buat.” Shuhada meredakan perasaan Najwa yang tiba-tiba marah itu.
“Mana nak sabar kak…abang Is pun dah tak endahkan kitaorang…sejak dia pindah ni, balik tengok ibu pun susah. Itu mesti si Kathy tu yang paksa dia jangan layan ibu.” Najwa mengeluarkan kata-kata fitnahnya.
“Diaorang dah pindah ke?.” Shuhada berkerut dahinya.
“Aah…dah pindah rumah yang abang Is beli tu…ruamh banglo tu kak…jelous saya tengok. Kathy tu bukan ada apa-apa, menumpang senang dengan abang Is je.” Najwa menambah dengan kata-kata dendamnya.
“Ye ke…untung betullah kau Kathy…” Shuhada mencebik. Dia juga tidak puas hati dengan sahabatnya itu sedangkan antara mereka sangat baik sebelum ini.
“Ye…untungla sangat!...Saya tak sukalah cara dia tu.” Najwa menambah.
“Takpe…lepas ni tahulah nasib dia…sabar jelah.” Shuhada menambah seketika.

Mereka berdua tidak habis-habis mengeluarkan kata-kata kesat dan hina buat Khatijah yang tidak pernah berbuat salah pada mereka. Pada mereka, Khatijah tidak berhak untuk mendapat apa yang diperolehinya sekarang. Pada Najwa pula, abangnya telah memilih salah orang dalam menjadi suri hidupnya. Shuhada pula masih tidak berpuas hati sehingga kini kerana Khatijah merahsiakan perhubungannya dengan Iskandar sedangkan Khatijah tahu, Shuhada meminati Iskandar. Masing-masing mempunyai dendam kesumat yang membawa mereka untuk menidakkan apa juga yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.


****

“Assalamualikum ibu.” Aku menelefon ibu Iskandar dipagi jumaat yang hening.
“Waalaikumussalam Kathy…tak kerja ke?.” Ibu membalas lembut.
“Kerja ibu…ibu sihat, ibu dah makan?.” Aku menyoalnya.
“Dah…baru lepas breakfast.” Ibu menjawab jujur.
“Macam ni, Kathy nak tanya, esok ibu free tak?...Kathy ingat nak ajak ibu pergi spa esok.” Aku terus kepada agenda utama menelefon ibu.
“Alamak, bestnya tapi esok Najwa nak bawa ibu pergi jumpa Isman kat kolej.” Ibu membalas.
“La ye ke…kalau macam tu, takpelah…ahad ibu free?...Kathy tukar tarikh je.” Aku tetap mahu mengajaknya.
“Macam ni Kathy, bukan ibu taknak ikut tapi minggu ni Najwa balik rumah, so ibu tak boleh nak keluar, nanti apa pulak Najwa cakap, merajuk lagi karang, susah ibu nak pujuk.” Ibu berkata jujur. Dia tidak mahu berselindung dari fakta sebenar.
“Oh, kalau macam tu takpelah…next time okey.” Aku memujuknya.
Sorry nak…bukan ibu taknak ikut tapi Kathy faham kan keadaan Najwa tu.” Ibu mengeluh.
“Takpe…Kathy faham…okeylah ibu, take care.” Aku sangat faham akan adik iparku itu.
“Okey, thanks Kathy…nanti kirim salam Is okey.” Ibu mematikan taliannya. Aku hanya tersenyum dan termenung mengenangkan nasibku. Tidak ada daya dan usaha melainkan hanya boleh terus berdoa dan berdoa agar Najwa bersedia menerimaku sebagai kakak iparnya.

Sudah banyak dugaan dan cabaran yang telah aku jalani. Aku berharap agar ini bukanlah satu ujian buatku. Aku menadah tangan padaMu ya Allah agar Kau sentiasa memelihara diri ini agar tidak diuji lagi dengan ujian yang hebat. Biarlah rasa kasih dan sayang antara aku dan Iskandar berkekalan sehingga ke akhir hayat kami. Hanya Kau yang bisa memisahkan kami!


Aku dan Iskandar akan terus menjalani hidup ini walaupun adiknya, Najwa masih belum bersedia menerima aku sebagai sebahagian dari ahli keluarganya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Iskandar untuk memenangi hati adiknya itu tetapi semuanya gagal. Najwa tetap dengan pendiriannya yang mengatakan aku hadir dalam keluarganya dengan membawa malang. Walau apa juga kata-kata kesat keluar dari mulut Najwa, Iskandar masih bersabar dan tidak pernah sekali dia membuat perkara diluar batasnya. Kerana dia tahu, aku hanya ada dirinya sebagai pelindung pada diriku. Iskandar tidak mahu menjadi anak derhaka dan disebabkan itulah, dia tidak mahu bergaduh dengan Nawja apatah lagi didepan ibunya.

No comments:

Post a Comment