Bab 6
Pagi yang indah
dibumi bertuah, KUALA LUMPUR!. Hari ini genap 3 hari aku berada di Malaysia,
tanah tumpah darahku. Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk
meneruskan kehidupan di tanah tempat kelahiranku ini. Aku masih lagi menumpang
di rumah Shuhada, kawan dan sahabat karibku sementara belum mendapat pekerjaan.
“Hai Shu…good morning…” Aku menyapa Shuhada yang
tergopoh-gapah dari tadi.
“Hai…morning…sorry Kathy, aku dah terlambat…pagi ni dahla ada meeting…aku pergi dulu…kalau nak keluar,
kunci pintu semua okey…bye…” Shuhada
melambaiku seraya memasuki keretanya. Aku hanya menggelengkan kepala melihat
telatahnya. Shuhada, nasib baiklah kau belum kahwin, boleh juga aku menumpang
di rumah kau ni!
New
whatsapp message
Sayang…buat
apa tu?
Buat
bodoh je…hehe
La…dah
jadi doktor takkan buat bodoh…jom lunch, nanti I pick up you jam 1 ni…
It’s
okey Is…jauh kan dari office you nak ke sini…
Tak,
I ada kat area Subang ni…siap-siap, I ambil you jap lagi… J
Okey…
Alamak, dia ni memang suka tau ajak dating masa aku tengah mengelamun. Ke
dia saja je cari alasan nak jumpa aku, lepas tu beritahu yang dia memang berada
di kawasan sini. Huh! Memang banyak alasan.
****
“Macam mana harini?.” Iskandar memulakan
bicara ketika aku sedang menyarungkan tali pinggang kereta.
“Okey…pagi tadi saya ada email Sunway College, tanya pasal job.” Aku menjawab sambil melemparkan
senyuman pada Iskandar. Dia membalas senyumanku.
“I ada
good news untuk sayang…sure sayang suka…” Iskandar menambah.
“What?.”
Aku seolah tidak sabar dengan berita baik dari Iskandar.
“Nantila…masa
makan I beritahu…” Iskandar menduga
kesabaranku. Apakah berita baik tersebut?.
Iskandar
membawaku makan tengahari di restoren yang pernah menjadi salah satu restoren
kegemaranku. Inilah restoren yang menjadi titik pertemuan diantara aku dan
Khalil. Ah!, itu cerita lama, apa yang penting, makanan di sini sememangnya
sedap dan enak-enak belaka. Sudah sekian lama aku tidak menjamah masakan melayu
asli!
“Sedapnya…dah lama
tak makan asam pedas ikan patin…” Aku menyepetkan mataku tanda keenakkan lauk
yang sedang aku nikmati.
“Sayang pandai
masak ikan pathin ni?.” Iskandar menyoalku.
“Boleh la…pandai
jugak…tapi saya suka ikan pathin yang dari sungai Pahang…aduh, sedap betul,
lagi-lagi masak lemak tempoyak…” Aku sekali lagi melakukan aksi ‘sedap tidak
terkata’. Iskandar tersenyum melihat gelagatku.
“Yela tu…nanti I belikan ikan pathin dari sungai
Pahang, lepas tu sayang masak okey…tunjuk kat ibu skill masak sayang tu…” Iskandar mengarahkan aku. Aku tersentak
dengan kata-katanya.
“Ish…saya tak
bersedia lagi la…please give me a time to
think…boleh?.” Aku berkata sambil menghirup kuah asam pedas itu tadi.
Iskandar terdiam sambil memandangku. Dia kelihatannya tidak berpuas hati dengan
jawapan aku sebentar tadi.
“Sayang…I dah dapatkan you job kat college tempat
kawan arwah ayah I…Dia nak offer you terus jadi full time lecturer…college tu kat Damansara.” Iskandar menukar topik perbualan kami.
“Itulah good news yang I nak beritahu you…”
Iskandar menambah tetapi tidak memandangku sebaliknya dia hanya tunduk sambil
menjamah makanannya. Aku perasan akan kelainan sikapnya. Selalunya dia tidak
begitu, sentiasa tersenyum padaku. Mungkin kerana kata-kataku sebentar tadi
telah mengguris hatinya.
“Is…saya minta
maaf…saya tak bermaksud nak kecilkan hati awak…” Aku menyentuh lengannya.
Iskandar hanya terdiam, dia seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang sedang
aku ucapkan padanya.
“Habiskanlah nasi
you tu…lepas ni I hantar you balik.”
Iskandar menarik nafasnya sedalam-dalamnya dan terus bangun untuk membasuh
tangannya. Nasi dipinggannya belum pun sempat dihabiskan. Iskandar terus ke
kaunter untuk membayar bil dan aku jadi tergamam dengan sikapnya. Aku juga
turut bangun dan membilas tanganku. Asam pedas ikan patin belum sempat aku
habiskan. Buntu juga dengan kelakuan Iskandar, dia seolah-olah sangat marah
padaku. Oh Iskandar, maafkan keterlanjuran kata-kataku tadi!
Kami
masing-masing diam membisu ketika di dalam kereta. Aku pula tidak pandai
memulakan bicara. Aku jadi buntu dan bingung dengan sikap Iskandar semenjak
dari hari konvokesyenku sehingga ke saat ini. Apabila aku cuba berdalih
dengannya dalam soal cinta dan perkahwinan, dia cepat merajuk dan terasa hati.
Iskandar, dengarlah rintihan hatiku, kalau boleh saat ini juga aku ingin
berkahwin denganmu tetapi, hati ini mengatakan yang aku belum bersedia, aku
belum bersedia untuk kembali menjadi seseorang yang bergelar isteri. Peristiwa
lalu antara aku dan Khalil, kegagalan perkahwinan kami, semua itu masih kekal
utuh dalam hati dan sanubariku. Mana mungkin dengan begitu mudah untuk aku mendirikan
kembali mahligai yang aku sendiri pernah gagal membinanya?. Ketahuilah wahai
Iskandar, aku juga sedang cuba untuk memujuk hati kecilku untuk menyintai
dirimu. Sesungguhnya, kau adalah insan terbaik yang mampu memiliki hati
mana-mana wanita pun!.
“Is…saya minta
maaf…” Aku memulakan bicara setelah masing-masing diam membisu.
“It’s okey…I faham…” Iskandar menjawab dengan nada terpaksa.
“Anyway, thanks sebab awak tolong dapatkan kerja untuk saya…” Aku
memandangnya yang sedang kusyuk memandu. Sikit pun tidak dialihkan pandangannya
padaku. Barangkali Iskandar sudah bosan dengan sikap acuh tak acuhku padanya.
“Esok you kena ke college tu…ada sikit interview…ni
ambil butiran lanjut…semua ada dalam envelope
tu.” Iskandar menunjukkan sampul coklat di tempat duduk belakang keretanya.
Aku mencapai sampul tersebut.
“You isi form tu…esok pergi college tu
jam 10 pagi.” Iskandar menambah.
“Okey...saya akan
call cab esok.” Aku juga menjawab
ringkas. Takut juga ingin bertanya lanjut.
“You nak I hantarkan ke?...boleh je…” Iskandar memberikan pendapatnya. Aku
terkedu.
“Eh, tak
perlulah…saya pergi naik cab je…it’s okey…saya nak berdikari.” Aku
tersenyum dengan jawapanku. Iskandar hanya tersenyum sinis. Dia hanya
mengangguk tanda setuju.
****
“Kathy…aku nak
tanya kau something la…sebenarnya,
dari dulu-dulu lagi aku nak tanya…tapi, aku takut kau kecil hati…” Shuhada
memulakan bicara setelah kami selesai makan malam.
“Nak tanya
apa?...tanyalah.” Aku berkata seraya duduk di kerusi ruang tamu.
“Kau dengan
Iskandar ada apa-apa special ke?...sebab
aku tengok korang mesra je…” Shuhada teragak-agak bertanya.
“Mana ada…teman
tapi mesra je…kenapa tiba-tiba ke situ soalan kau?.” Aku cuba menolak tanggapan
Shuhada terhadap hubungan kami walaupun secara jelasnya, Iskandar memang ingin
memperisterikan aku.
“Wah…teman tapi
mesra tu…yelah, aku tanya sebab, sanggup Iskandar ke Japan masa hari konvo
kau…mestilah kau ni istimewa di mata dia…tak gitu?.” Shuhada mengomel panjang.
“Hah…itu yang kau
tak tahu pengorbanan seorang sahabat…kau tu, aku ajak datang
taknak…sibukla…apalah…sudah tu, Iskandar la yang temankan aku…” Aku sekali lagi
mengalih pandangan Shuhada terhadap hubungan kami.
“Jangan-jangan
Iskandar suka kat kau tak?.” Shuhada mendugaku.
“Mana ada…aku
bukan taste dia la…aku ni janda,
siapa yang nak…” Aku merendah diri, sedar akan kekurangan diri.
“Eh, mana tahu
beb…kalau Allah kata itu jodoh kau, siapa kau untuk menolak…Iskandar tu dahlah handsome, kaya tu bolehla…lepas tu ada
kerjaya tetap…apa lagi yang kita nak?.” Shuhada menambah ngomelannya.
“Kalau macam
tu…apa kata kau ngorat dia…manalah tahu kalau-kalau Iskandar tu jodoh kau?.”
Aku dan Shuhada terketawa dengan ayatku sebentar tadi.
“Ala, dia tak
suka kat aku…sebenarnya, aku pernah beritahu kat dia yang aku suka kat dia tapi
dia kata hanya anggap aku bestfriend je…sebab
tu aku malu kalau jumpa dia.” Shuhada mengeluh. Rupa-rupanya cintanya pada
Iskandar tidak kesampaian.
“Eh, esok aku nak
pergi interview kat college Damansara…Iskandar yang tolong
carikan aku kerja…berdebar rasanya…” Aku berkata seraya memegang dadaku yang tiba-tiba
berdebar.
“Ye
ke…alhamdulillah…eh, Iskandar carikan kau kerja?...ni sure ada apa-apa antara korang…” Shuhada terus mendugaku. Dia
sekali memancing hubunganku dengan Iskandar. Tidak! Shuhada tidak perlu tahu
akan hasrat hati Iskandar pada diriku. Aku tidak mahu mengecilkan hatinya
setelah Iskandar menolak hasrat cintanya.
“Mana
ada…kebetulan, college tu milik kawan
arwah ayah dia…lagipun memang diaorang nak pensyarah yang ada PhD, so Iskandar offer pada aku.” Sekali lagi, aku cuba mengelak jawapan yang boleh
membuat sahabatku ini terasa hati. Shuhada hanya tersenyum.
****
Aku ke Damansara
menggunakan khidmat teksi di kawasan perumahan Shuhada. Teksi itu terus
membawaku berpandukan alamat yang diberikan oleh Iskandar. Aku tiba di kolej
ini seawal jam 9:30 pagi. Keadaan di sini agak lengang kerana bangunan
pentadbiran dipisahkan dari bangunan tempat kelas para pelajar. Kolej ini agak
moden dan mempunyai ciri-ciri dinamik sebuah kolej swasta. Aku juga kagum
dengan struktur ukiran bangunan yang dicipta indah melambangkan seakan sebuah
hotel bertaraf lima bintang.
Aku menunggu di
bilik khas yang disedikan sementara menunggu pengarah kolej untuk hadir menemu
ramahku.
“Assalamualikum
Dr Khatijah binti Ismail.” Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berpakaian
kemas berkot dan usianya dalam lingkungan awal 60-an.
“Waalaikumussalam.”
Kami bersalaman dan lelaki itu mempersilakan aku duduk. Bilik ini sebenarnya
adalah bilik mesyuarat kerana terdapat meja panjang dan bilangan kerusi yang
banyak disekeliling meja.
“Saya Tan Sri Dr.
Kamarudin bin Ahmad, pengarah kolej dan salah seorang ahli lembaga
syarikat…selamat datang ke Kolej Cermai Damansara.” Lelaki ini memperkenalkan
dirinya. Aku terperanjat kerana beliau adalah seorang yang berstatus Tan Sri
tetapi mempunyai gaya bahasa yang sangat sopan dan merendah diri.
“Maafkan saya Tan
Sri…terima kasih kerana menjemput saya hari ini.” Aku membalas ucapannya.
“It’s okey…saya kawan baik ayah Iskandar.
Kawan baik semenjak dari Royal Malay
College. Tapi, sayangnya dia pergi dulu dari saya…college ini sebahagian dari hasil ideanya.” Beliau menambah. Aku
hanya mengangguk mendengarkan penerangannya.
“Okey…straight to the point…kolej kami memang
tengah mencari pensyarah-pensyarah dari apa jua lapangan bidang untuk menyertai
kami sebagai tenaga pengajar…selalunya kami akan ambil pensyarah yang telah
menamatkan pelajaran di peringkat Master dan
PhD.” Beliau sekali lagi menambah. Aku hanya terdiam mendengarnya.
“Dr Khatijah baru
habis pengajian di peringkat PhD di Japan kan?. Boleh saya tengok resume dan CV?.” Beliau meminta. Aku
lantas menghulurkan resume dan CV
yang telah pun aku keluarkan dari dalam beg galasku. Beliau membelek dan
membaca satu persatu resume dan CVku.
Aku hanya memandangnya dan sesekali menjeling pandang pada buku nota
disebelahnya yang tertulis perkataan ‘URGENT’.
“Okey…saya dah
baca…boleh doktor beri penerangan tentang resume
dan CV ini secara terperinci?.” Beliau mengarahkan aku untuk memberikan
penerangan.
“Saya memiliki
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari UTM, seterusnya saya
menyambung pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Mekanikal Bioproses di UKM dan akhirnya saya berjaya menghabiskan
pengajian di peringkat PhD di Meiji Universiti dalam bidang Mekanikal bahan
khusus dalam bidang pengurusan kualiti menggunakan teknik Taguchi.” Aku memberikan penerangan satu-persatu.
“Bagaimana dengan
pengalaman dalam bidang kerja?.” Beliau menyoal kembali.
“Selepas tamat
pengajian diperingkat Ijazah Pertama, saya bekerja di kilang SONY dan setahun
selepas itu, saya memohon pekerjaan di dalam kerajaan dan saya berjaya menjadi
pegawai penyelaras sistem baik pulih kerajaan di Kementerian Dalam Negeri. Saya
berkhidmat di sana selama enam tahun dan selepas itu berhenti dan meneruskan
pengajian saya ke peringkat PhD.” Aku sekali lagi menambah. Dalam hati ini
risau dan takut juga kalau-kalau beliau tahu akan kesku sebelum ini. Tapi, jika
beliau tahu, aku bersedia menerima apa jua kemungkinan.
“So memang tiada pengalaman mengajar
la?.” Beliau sekali lagi menambah.
“Tiada.”
Ringkas jawapanku sambil menggelengkan kepala.
“Okey
macam ni…saya terima awak bekerja di sini tetapi harus melalui proses training untuk mencari feel dan mood mengajar. Untuk mengajar ni, skill kena ada. Kadang-kadang ada sesetengah pensyarah syok sendiri
bila mengajar, ilmu tak sampai pada pelajar. Sebab itu, di kolej kami ni, semua
pensyarah yang diterima masuk harus melalui proses in-house training yang mana, sessi training akan diajar oleh pensyarah-pensyarah senior di kolej ini.” Beliau menambah sambil memberikan
pendapatnya. Aku mengangguk tanda bersetuju.
“Awak
boleh mula kerja esok…tapi minggu ni mungkin buat dulu proses admin seperti mengisi borang SOCSO,
KWSP, penyata gaji dan sebagainya. Kami akan keluarkan surat tawaran pada esok
hari. Selamat bertugas, kita jumpa lagi esok.” Beliau bingkas bangun dan
bersalaman denganku seraya meninggalkan bilik mesyuarat ini. Aku tersenyum
gembira. Akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan, terima kasih Iskandar!
****
Sudah
seminggu aku berkerja di Kolej Cermai Damansara ini. Ketika ini aku masih lagi
dalam minggu latihan sebelum benar-benar dibenarkan mengajar. Aku ditempatkan
di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Di sini, aku juga berkenalan dengan
pensyarah-pensyarah lain dan kami sering bertukar-tukar pendapat mengenai
pelajar dan kajian kami yang berkaitan. Buat masa ini, aku ke kolej menggunakan
khidmat teksi kerana sememangnya aku tidak mempunyai kenderaan sendiri. Dimasa
aku bekerja dahulu pun, aku hanya menggunakan motorsikal dan sebuah kereta kancil
660cc. Aku bersyukur atas apa juga pemberian Allah pada diriku dari dulu
sehinggalah ke saat ini.
Iskandar
sudah seminggu tidak menghubungiku. Aku ada juga cuba menghubunginya dan
menghantar pesanan whatsapp, tetapi
tidak berangkat dan berjawab. Adakah dia merajuk dengan diriku?. Dikala ini,
entah mengapa wajah Iskandar sering bermain difikiranku. Ah!, adakah aku sudah
bersedia untuk menjadi isterinya?. Itu belum lagi terlintas difikiranku. Masih
panjang rasanya perjalanan hidup ini.
New whatsapp message
Assalamualaikum Kathy…apa khabar? – Haikal
Waalaikumussalam…my old friend, lama tak
updated khabar?.
Oh, saya okey je…awak macam mana?
Saya, Alhamdulillah…baru seminggu masuk kerja…saya
mengajar di kolej di Damansara…oh ye, mana awak dapat nombor phone saya ni?.
Congrats
for your new work!. Saya dapat dari kak Zeta…marah ke?
Eh…takdelah,
takkan saya nak marah…its okey, at least saya dapat updated awak… J
Anyway
Kathy…next month saya akan ke KL, ada conference di Istana Hotel…bolehla jumpa
awak nanti…
Oh,
ye ke…boleh je, takde masalah…nanti inform saya bila awak dah ada di sini ya?.
All
right…thanks Kathy… J
Terkejut juga aku dengan pesanan whatsapp dari Haikal. Dia masih sudi
mencari dan bertanya khabar tentang diriku. Haikal juga merupakan seorang
pensyarah di Singapore. Jadi, tidak mustahil jika dia sering menghadiri conference yang dianjurkan oleh
institusi-institusi pendidikan dimana-mana.
****
“Shu…kau ada dapat apa-apa story dari Iskandar?.” Aku menyoal
Shuhada yang sedang tersandar di kerusi urut ‘magoya’.
“Takde…kenapa tanya?. Dia tak telefon kau
ke?.” Shuhada menjawab ringkas.
“Takde telefon la ni sebab tu aku tanya
kau…aku call dia tak angkat, whatsapp tak balas…risau pulak aku…”
Berkerut juga dahiku sambil mundar-mandir memegang telefon.
“Eh…pelik aku…haritu kata takde apa-apa…la
ni kenapa risau pulak?.” Shuhada mendugaku.
“La…kan kitaorang teman tapi
mesra?...hehe…” Aku tak tahu bagaimana mahu mengelak.
“Ok ye…kelmarin dia ada updated kat whatsapp group sekolah kitaorang…dia upload gambar dia dengan salah seorang kawan kitaorang, Mira…dia tu
lawyer jugak…” Shuhada menambah
sambil bingkas bangun mendapatkan telefon bimbitnya. Dia seraya menunjukkan
gambar yang di upload oleh Iskandar
bersama seorang wanita.
“Dia ni kawan sekolah kitaorang…baru habis Master kat Australia…baru balik, lepas
tu jumpa Iskandar kot?...aku pun tak sure.”
Shuhada sekali lagi menambah. Berdebar juga hati ini mendengarnya. Adakah
Iskandar sudah tidak menghiraukan aku?.
“Hai…kenapa kau ni?...resah je aku
tengok…kata teman tapi mesra, tapi gaya macam kekasih…cemburu ke?.” Shuhada
mendugaku sambil tersenyum. Aku tidak membalas senyumannya malahan muka aku
seakan berpeluh meskipun duduk di hadapan kipas.
“Takdelah…dah seminggu aku contact dia…nak cakap thanks sebab beri aku peluang bekerja
kat kolej ni.” Aku mengalih jawapan.
“Okey…kalau macam tu, biar aku try call dia…tengok dia respond ke tidak?.” Shuhada berkata
seraya menekan kekunci telefon bimbitnya. Aku hanya memerhatikannya dengan
penuh kerisauan.
“Hello Is…kau kat
mana?. Tengah makan dengan
Mira ke?.” Shuhada memulakan bicara setelah Iskandar mengangkat taliannya.
Shuhada kemudian membesarkan suara di kekunci pembesar suara di telefon
bimbitnya. Jadi, aku turut sama boleh mendengar perbualan mereka.
“Yup…malam ni aku
date dengan Mira…kenapa tanya?.”
Iskandar menjawab ringkas. Dari suaranya kedengaran sedang bersama seseorang.
“Saja je…kirim
salam Mira okey…” Shuhada membalas. Dan, selepas itu kedengaran Iskandar
bercakap dengan kawan yang dimaksudkan Shuhada. Kedengaran juga Mira membalas
lembut. Aku terkedu seketika.
“Kau dah makan
ke?.” Iskandar menyoal kembali.
“Baru tadi…wah, bestla korang…lepas ni aku dapat makan
nasi minyakla kan?.” Shuhada
mengusik Iskandar.
“In Sha
Allah…doakan kami…” Balas Iskandar. Dan jawapan itu saja sudah meruntun dan
merobek hati kecilku ini.
“Ni aku nak
tanya…kenapa kau tak jawab call dari
Kathy…whatsapp dia pun kau tak reply?.” Shuhada bertanya.
“Kau tanyalah
dengan dia…aku no comment…eh,
okeylah…kau ganggu date akulah…bye…” Iskandar membalas seraya
meletakkan telefonnya. Aku lantas berjalan ke bilik, tak sanggup rasanya untuk
aku berhadapan dengan Shuhada dalam keadaan aku yang sedang ‘suam-suam kuku’
nak menangis ni.
“Kathy…awalnya
masuk bilik…takkan sedih kot Iskandar nak kahwin?.” Shuhada terjerit padaku.
Aku biarkan saja dan…
Bamm
Pintu bilikku
tutup dengan sekuatnya. Hendak saja aku menjerit pada waktu dan ketika ini. Mengapa semua lelaki sama, suka
mempermainkan hati dan perasaan wanita?. Iskandar, kau mainkan perasaan aku setelah
kau cuba mencuri hatiku.
Di bilik, aku
sekali lagi menangis semahu-mahunya. Kali terakhir aku menangis adalah sewaktu
hari konvokesyenku kerana terkenangkan arwah anakku, dan kini, airmata ini
sekali lagi mengalir. Kali ini ia mengalir disebabkan perasaan cinta, sayang
dan kasih yang tiba-tiba dapat aku rasakan hadir dalam hatiku. Iskandar, aku
amat menyayangimu!. Sesungguhnya, kaulah sumber cahaya dan kekuatanku ketika
ini. Mengapa sukar untuk aku berterus-terang padanya?. Ya, aku cemburu dan sangat
cemburu apabila mendengar Iskandar bersama wanita itu!.
****
Kini sudah
sebulan aku bekerja sebagai seorang pensyarah di Kolej Cermai Damansara. Aku
selesa dengan keadaan kolej yang tenang dan aman damai. Pelajar-pelajarku juga
terdiri dari kalangan anak-anak orang berada. Maklum sajalah, kolej ini
merupakan kolej swasta yang agak gah di mata masyarakat terutamanya dikalangan
orang-orang berada. Aku tidak pernah fikir dan kisah akan semua itu, apa yang
penting, aku dapat menyampaikan ilmu sebaik mungkin.
Aku masih lagi
menumpang di rumah Shuhada kerana masih belum bersedia untuk tinggal seorang
diri. Aku juga telah berjaya membuat pinjaman pembelian sebuah kereta yang agak
ringkas untuk kemudahan aku ke kolej. Tiada apa yang akan ku kejar buat masa sekarang,
hati ini hanya mahu membuka lembaran buku kehidupan yang baru dengan nafas yang
baru. Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar sentiasa memberkati perjalanan
hidupku ini.
“Haikal…lama ke
awak kat sini?.” Aku memulakan bicara. Ketika ini Haikal sedang berada di Kuala
Lumpur.
“Tak lama…conference 4 hari, saya stay seminggu…rasanya nak jalan-jalan around KL…awak boleh bawak saya Dr Khatijah?.”
Haikal menjawab sambil tersenyum.
“Takde masalah
tapi sabtu dan ahad je la…sebab weekdays saya
mengajar…flight balik Singapore
bila?.” Aku kembali menyoalnya.
“Flight
saya isnin depan tapi terus ke Indonesia, ada meeting di sana…” Haikal membalas sambil menghirup coffe lattenya.
“Okey…kalau macam tu, sabtu dan ahad kita
boleh jalan-jalan la…nanti saya jemput awak di sini…” Aku memberikan pendapat
sambil memandangnya.
“Boleh juga tu…saya habis hari khamis…so, hari sabtu awak bawak saya
jalan…tapi, nanti boyfriend tak marah
ke?.” Haikal tersenyum. Soalan itu mendugaku untuk memberikan jawapan dengan
ikhlas.
“Manalah saya ada boyfriend…student ramai
la…mengarutla…” Aku memberikan jawapan. Tapi sememangnya aku takde pakwe. Cinta
Iskandar padaku sudah beralih arah.
“Ye ke…boleh percaya ke ni?...tak kan orang
comel macam awak takde boyfriend…”
Iskandar memandangku dengan jelingan sinis. Aku tergamam, segan pun ada.
“Haikal…saya ni
janda okey…siapa yang nakkan saya?...dahla, layan awak ni stress saya…” Aku cuba mengalih perhatian. Haikal hanya tersenyum.
Perbualan kami terhenti disitu kerana Haikal ingin membuat persedian terakhir
sebelum membentangkan kertas kajiannya manakala aku perlu menyiapkan kerja
rumah untuk sessi pembelajaranku pada esok hari.
****
Malam ini suasana
sangat sepi dan pilu. Aku tiba-tiba teringatkan Iskandar yang memang sudah
melupakan diriku. Sudah sebulan dia langsung tidak menghubungiku. Aku cuba juga
memberinya pesanan whatsapp bertanya
khabar dan ada kalanya aku mengajaknya keluar makan bersama, tapi tidak pernah
dijawabnya. Selama sebulan ini, aku agak sibuk di makmal dan disebabkan itu,
aku terlupa akan Iskandar. Tetapi, mala mini aku akan cuba juga untuk
menghubunginya. Aku akan terus juga mendail sehingga Iskandar marah!
Aku telah cuba
mendail nombornya sehingga 40 kali percubaan. Iskandar tetap berdegil tidak
mahu mengangkat telefonnya. Kali ini aku cuba pula menggunakan telefon bimbit
Shuhada.
“Hello Shu…ada
apa?.” Iskandar menjawab.
“Hai…assalamualaikum
Is…saya ni…Kathy…” Aku menajwab lembut. Iskandar terdiam membisu.
“Tak baik tak
jawab salam saya…” Aku
menambah. Shuhada tersenyum dari jauh.
“Waalaikummussalam…ada
apa call malam-malam ni?.” Kedengaran tegas suaranya.
“Is…I
miss you…please…” Terkeluar juga
kata-kata itu. Aku perlu menjelaskan padanya akan perasaan aku diketika ini.
“Kenapa awak buat saya macam ni Is?...dulu
awak kata awak sayang saya?.” Aku sekali lagi menambah kerana Iskandar tidak
berkata-kata.
“Awak tolak cinta saya…” Iskandar menjawab
lembut. Aku turut terdiam.
“Is…please,
saya nakkan kepastian…awak betul-betul dah ada wanita lain ke?.” Aku cuba
menduganya.
“Kathy…please…not now…” Iskandar menjawab kembali.
“I
need to know…sebab awak dah tawan hati saya!.” Aku terpaku dengan
kenyataanku sendiri. Akhirnya aku berjaya menyatakannya.
“Kenapa dulu awak mainkan hati dan perasaan
saya?...awak acuh tak acuh dengan saya…Kathy, saya ada hati dan perasaan…”
Iskandar mengeluarkan kata-katanya yang penuh dengan emosi kemarahan.
“Is…kita kena jumpa untuk berterus-terang
atas semua perkara ni…Is, awak dah buat saya gila tau…saya jadi tak tentu arah
sebab asyik teringatkan awak…please…”
Aku merayu padanya.
“Kathy…saya nak awak tahu…saya dah….”
Iskandar terdiam.
“Dah apa Is?...dah ada Mira?.” Aku
menduganya. Saat ini jantungku sedang berdegup kencang menunggu jawapan
darinya.
“Bukan itu maksud
saya…” Iskandar membuntu.
“Habis apa Is?...can we meet tonight?.” Aku melihat jam di tangan. Sekarang baru jam 9:00 malam, sempat lagi
rasanya jika aku berjumpa dengannya.
“Okey…awak
tunggu, saya datang rumah Shu…kita keluar kejap…” Iskandar memberikan
pendapatnya.
“Okey…saya
tunggu…thanks Is…” aku membalas
lembut. Iskandar mematikan telefonnya. Aku menjadi semakin berdebar. Berdebar
dengan kenyataan yang bakal aku terima dan hadapi sebentar lagi. Tapi, aku cuba
pujuk hati kecilku agar bersedia dalam apa jua keadaan. Jika Iskandar memang
sudah ditakdirkan oleh Allah adalah jodohku, ia takkan kemana-mana. Sebaliknya,
jika dia bukan jodohku, aku bersedia menerimanya dengan redha dan tabah
walaupun hati ini sudah mula jatuh cinta pada dirinya.
“Kathy…kenapa kau
rahsiakan semua ni dari aku?.” Shuhada menyoalku. Mukanya menampakkan yang dia
sedang berperasaan tidak berpuas hati denganku.
“Sorry my friend…aku nak setllekan dulu hal aku dengan
Iskandar…lepas habis kitaorang jumpa, malam ni jugak aku akan beritahu semuanya
pada kau.” Aku menjawab
lembut. Risau juga jika Shuhada terasa hati denganku. Dia hanya merenungku
dengan renungan tajam, tidak menjawab sepatah pun selepas kenyataan aku tadi.
Aku menggenggam jarinya tanda mohon maaf.
****
Iskandar
membawaku ke restoren mamak 24jam di sekitar kawasan perumahan Shuhada. Kali
ini aku dapat melihat wajahnya yang pucat seperti orang sedang dilanda masalah
besar.
“Is…kenapa
ni…awak nampak pucat…” Aku memulakan bicara.
“Takde apa…banyak
kerja di office…” Iskandar menjawab
ringkas. Matanya tidak memandangku sebaliknya sibuk memandang skrin layar
televisyen yang dipasang oleh restoren ini.
“Is…I
am sorry….boleh awak maafkan saya?.” Aku cuba menyentuh tangannya yang
sedang diletakkan di atas meja. Iskandar terus memandangku lalu tersenyum. Aku
membalas senyumannya itu.
“Kathy…saya yang nak minta maaf pada awak…”
Iskandar membalas senyumanku. Senyuman yang sudah sebulan tidakku lihat. Oh!
Aku memang merindui senyuman itu.
“Is…saya yang perlu minta maaf sebab saya
dah lukakan hati awak…saya tak sepatutnya selfish…saya
mengaku, memang saya sayangkan awak…I
love you so much sayang.” Aku merayu padanya. Ingin saja aku menangis
diwaktu dan ketika ini tapi malu juga di restoren yang terbuka seperti ini.
Iskandar memandangku dan dia lantas menyentuh bahuku.
“Sayang…saya yang perlu minta maaf sebab
ego!. Dah sebulan saya tak tentu arah tujuan…buat apa semua tak kena…ibu jadi
risau dengan saya…ibu ingat saya meroyan teringatkan arwah isteri…” Iskandar
berkata sambil tersenyum.
“Mira?.” Aku menyoalnya.
“She’s
only my old friend…dia pun lawyer…saya
bantu dia mana yang patut…saja nak bagi sayang jelous…” Iskandar
tersenyum lagi dan kali ini dia menyentuh lembut jari-jemariku. Aku tergamam
dan terdiam.
“Sangat jelous tau…tak baik tau…” Aku membalas
manja.
“Habis tu…sayang
asyik jual mahal je…saya nak tunggu lagi sebulan, kalau sayang masih takde
usaha nak pujuk saya…ingat nak suruh ibu lamar je Mira tu…” Iskandar
mengusikku. Aku tersenyum dengan usikannya itu.
“Huh…lepas tu
awak boleh tengok saya jadi sasau kat hospital gila…sasau sebab orang yang dia
sayang dah kahwin dengan orang lain…” Aku pula mengusiknya. Iskandar tersenyum
mendengar usikanku.
“Sayang…I love you…” Iskandar berkata sambil
membuat isyarat love.
“I
love you too…so much…” Aku membalas sambil berbisik. Kami sama-sama
tergelak besar.
“Okey…kalau macam
tu…dah ready nak jumpa ibu?.”
Iskandar menyoalku. Aku tiba-tiba panik dengan soalannya.
“Eh…kan saya dah
pernah jumpa ibu?.” Aku cuba mengalihkan jawapan.
“Itu dulu…kena
jumpa ibu sebab nak minta restu dia…nak kahwin takde masalah sebab saya duda,
sayang janda…hehe…” Iskandar membalas lembut.
“Ibu tahu tak
hubungan kita?.” Aku menyoalnya kembali.
“Tak…saya tak
pernah beritahu…saja nak buat surprise…tapi,
ibu pernah bagi suggestion kahwin
dengan sayang…” Iskandar membalas.
“Really?. Memang pun, dulu masa kenduri
arwah Zara, ibu ada cakap pada saya…terimalah Iskandar yang handsome ni…hehe…” Aku mencuit
pinggangnya sambil tersenyum. Iskandar mengerang kesakitan. Kami tergelak
bersama.
“Tapi…saya takut
nak maklumkan pada Shu…” Tiba-tiba aku teringatkan Shuhada.
“Takpe…biar saya settlekan…nanti sampai rumah, saya
beritahu dia.” Iskandar menjawab ringkas. Aku mengangguk tanda setuju.
“Is…saya nak
panggil awak abang boleh?.” Aku menduganya.
“Mana boleh…kena
panggil sayang la..” Iskandar mengusikku.
“Mengadalah…” Aku
membuat memek muka merajuk.
“Ala, merajuklah
tu…memang abang nak sayang panggil abang…abang…sejuk dengar…” Iskandar memegang
dadanya seperti sedang dalam kesejukkan.
“Yela…abang…abang
tak nak balik ke?. Esok nak kerja…” Aku menyakatnya sambil mencekak pinggang
menyebut panggilan abang. Iskandar tersenyum memandangku.
“Ala, office tu abang punya…suka hatilah nak
datang awal ke…lambat ke…tapi sayang tak boleh sebab sayang kerja under orang…kena ikut masa.” Iskandar
sekali lagi mengusikku. Aku hanya tersenyum dengan usikannya seraya menarik
lengannya untuk bingkas bangun menghantarku pulang.
“Sayang…minggu ni
abang bawak jumpa ibu eh?.” Iskandar
berkata lembut sambil tersenyum memandangku. Kami masih dalam perjalanan untuk
menghantarku pulang ke rumah.
“Minggu ni tak
boleh…saya kena bawa kawan saya jalan-jalan di KL, dia kawan semakmal saya
semasa di Japan.” Aku menolak lembut.
“Siapa?...lelaki
ke perempuan?.” Iskandar menyoalku.
“Lelaki…nama dia
Ammal Haikal…orang Singapore…datang Malaysia sebab ada conference kat Istana Hotel.” Aku menjawab penuh walaupun tidak
disoal Iskandar.
“Nanti sayang
jalan berdua je dengan dia?...abang jelous
la…” Iskandar menyentuh tanganku. Aku terdiam dan seakan terpesona dengan
kemesraan Iskandar.
“Takpe…saya kan
akan jadi milik abang…saya kena tolong dia sebab dia banyak tolong saya masa
kat Japan dulu…” Aku menjawab manja.
“Taknak abang
teman ke?.” Iskandar memberikan idea. Oh tidak, nanti apa pula kata Haikal,
mesti dia tak jadi nak jalan-jalan dengan aku.
“Takpela…abang
rehat dulu…next week kita jumpa and terus bincang pasal kahwin.” Aku
merayunya.
“Kalau
boleh…malam ni abang nak kahwin dengan sayang…” Iskandar merenungku dengan
renungan manja. Aku terpesona dengan panahan asmara Iskandar.
“Sabarlah…takkan
lari gunung dikejar…abang, fokus pada driving
tu…” Aku mencuitnya kerana dia asyik mengalihkan padangannya pada diriku
sedangkan dia sedang memandu.
“Nanti abang
rindu…sebab tu nak tengok wajah sayang lama-lama.” Iskandar bermain kata-kata.
Aku hanya tersenyum dengan kata-kata manjanya itu.
“Shu…aku bak
beritahu kau sesuatu…” Iskandar memulakan bicara setelah Shuhada menyuruhnya
duduk di kerusi ruang tamu rumahnya.
“Ada apa?...nak
beritahu hubungan teman tapi mesra korang ke?.” Shuhada menduga.
“Err…sebenarnya,
aku dengan Kathy rancang nak nikah!.” Iskandar membuat muka terkejut. Shuhada
juga terkejut lalu memandang aku dan Iskandar silih berganti.
“What?...biar betul korang ni?...bila
masa korang falling in love?...Kathy
tak pernah cerita dengan aku pun?.” Shuhada menonjolkan biji matanya seakan
terkejut yang amat dahsyat!.
“Ala…rilexla kawan…apa panic?...ini realiti, memang kami rancang nak kahwin. Kau janganlah
terkejut sangat.” Iskandar menambah sambil menyentuh jari-jemariku. Aku dan Iskandar
berpandangan dan kami tersenyum.
“Kathy…apa semua
ni?...aku tak fahamla?...” Shuhada menggelengkan kepalanya dan tertunduk
seperti memikirkan sesuatu.
“Betul apa yang
Is cakap tu Shu…aku minta maaf sebab berahsia dengan kau. Sebab, selama ni aku
belum bersedia dengan lamaran Is, tapi sekarang…” Aku belum sempat menghabiskan
ayatku Shuhada membantah.
“Kau tipu aku
Kathy…aku kawan kau, kenapa kau rahsiakan selama ni?. Kau tahu kan, aku
pernah…?.” Shuhada tidak berdaya menghabiskan ayatnya. Dia terdiam seketika.
“Shu…rilexla…aku faham kau. Tapi, mungkin
kita memang takde jodoh untuk bersama…Allah nak beri kau jodoh lebih baik dari
aku.” Iskandar cuba menenangkan Shuhada yang tiba-tiba terdiam.
“Bila korang nak
nikah?.” Shuhada tiba-tiba bersuara, lemah nadanya.
“Maybe secepat yang boleh…kena bincang
dengan ibu dulu.” Iskandar menjawab ringkas. Aku hanya mengangguk setuju.
“Well…congrats
for both of you…aku takde apa nak cakap…” Shuhada bingkas bangun dan
berlalu.
“Kau taknak balik
ke Is?...maaf, ni rumah wanita…nanti tak pasal-pasal kena tangkap khalwat…sorry, bukan aku menghalau tapi esok aku
nak kerja, takut bangun lewat…Kathy, nanti kunci pintu, aku nak naik tidur.”
Shuhada terus berjalan ke biliknya tanpa menghiraukan kami berdua. Aku dan
Iskandar berpandangan dan kami terdiam dengan sikap dan tindakan Shuhada.
“Takpela…biarlah
dia…tunggu dia tenang, baru sayang cakap dengan dia…abang taknak sayang gaduh
pulak dengan Shu…ingat okey…she’s still
our friend…” Iskandar menasihatiku dengan penuh ketenangan.
“Thanks abang…drive carefull okey.” Aku menghantar Iskandar ke kereta. Sejurus
selepas Iskandar berlalu pergi, aku menutup dan mengunci pintu. Hatiku masih
keliru dan curiga dengan sikap da tindakan Shuhada sebentar tadi. Hal ini perlu
aku selesaikan secepat yang mungkin.
****
Sudah seminggu
Shuhada tidak menegurku. Aku yang terhegeh-hegeh menegur dan kadangkala
menyiapkan juadah untuk kami makan malam. Shuhada langsung tidak memperdulikan
sapaanku malahan dia sering mengunci dirinya di dalam bilik. Aku perlu
bersemuka dengannya demi hubungan persahabatan kami ini.
“Shu…please…aku nak bercakap dengan kau.” Aku
mengetuk pintu bilik Shuhada. Tiada sebarang jawapan yang ku dengar.
“Shu…kalau kau
tak suka aku duduk dan tinggal dirumah kau…aku boleh keluar. Malam ni jugak aku
keluar kalau kau taknak cakap dengan aku…please
Shu…” Aku merayunya dengan sepenuh hati.
Sejurus selepas
itu pintu dibuka. Shuhada keluar dengan keadaan mata sembab dan muka merah
kerana menangis.
“Shu…aku minta
maaf sangat dengan kau…” Aku menyentuh bahunya.
“Kathy…aku dah
tak sanggup nak terima kau sebagai kawan aku…aku minta maaf. Kalau kau
betul-betul nak keluar dari rumah aku, kau keluarlah…tapi, kau carilah rumah
dulu dan jangan ingat aku paksa kau…itu keputusan kau sendiri.” Shuhada
memandangku sambil menangis. Aku merenungnya dengan pandangan simpati.
“Shu…kenapa kau
tak suka hubungan aku dan Is?...apa salah aku dan apa salah Is pada kau?.” Aku
menyoalnya dengan nada yang cukup lembut.
“Korang takde
salah apa-apa…Cuma, aku tak sangka kau boleh belakangkan aku dalam hal ni…aku
malu Kathy…malu dengan Iskandar…” Shuhada semakin teruk menangis seperti
kehilangan sesuatu yang amat berharga.
“Aku tak
belakangkan kau dalam hal ni. Sebab itu Iskandar nak terangkan keadaan sebenar
haritu. Aku sendiri sebelum ni, tak pernah mengaku yang aku cinta atau sukakan
dia…Tapi, perasaan tu tiba-tiba datang selepas Iskandar mendiamkan diri sebulan
yang lalu…” Aku cuba menerangkan kepadanya. Mataku juga berkaca dan saat ini
perasaanku sangat bergejolak.
“Sudahlah
Kathy…aku dah malas nak bercakap dengan kau…biar masa menentukan
segalanya…anggaplah aku tidak pernah kau kenali…maaf Kathy…” Shuhada kembali
menutup pintu biliknya. Aku tergamam dengan perbuatannnya kerana aku berdiri
betul-betul dihadapan pintu biliknya. Aku mengucap panjang!.
Dugaan apakah
kali ini yang bakal aku terima. Walau apa pun dugaannya, aku tetap menerima
seadanya kerana diri ini sudah lali dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Sesungguhnya dugaan dan cabaran itu sangat mematangkan aku!.
****
Hatiku dirundung
sepi yang tidak menjanjikan kebahagiaan buat diriku. Aku masih memikirkan
keputusan yang telah aku buat iaitu bersedia menerima Iskandar sebagai bakal
suamiku dan hubungan persahabatanku bersama Shuhada. Aku tersepit dipersimpangan
dilemma antara perasaan cinta dan sayang juga persahabatan. Dalam hal ini,
hanya Allah tempatku bergantung dan mengadu. Aku memohon agar diberi hidayah
dan kekuatan dalam memberi peluang kepada kebahagian samada dipihak aku,
Iskandar dan Shuhada.
“Apa termenung
tu?...okey ke rumah sewa tu?.” Iskandar menyoalku yang dari tadi melayani
perasaan. Dia memasang lagu Jamal Abdillah ‘kau kekasih awal dan akhir’ di
dalam keretanya. Kami ketika ini sedang dalam perjalanan ke rumah Iskandar
untuk bertemu dengan ibunya.
“Mana ada
termenung…berangan je…” Aku membalas lembut.
“La…berangan
apa?...tak sabar nak pakai baju nikah?.” Iskandar mengusikku.
“Ish…ke situ
pulak…saya just teringatkan Shu…” Aku
memandangnya.
“Biarlah dia
sayang…abang malas nak cakap pasal dia…kalau dia betul kawan sejati kita…dia
takkan buat macam ni kat kita…” Iskandar menambah. Wajahnya tenang sambil
memandu.
“Tapi…Shu banyak
tolong saya masa saya tengah susah dulu…dialah satu-satunya kawan yang sudi
bantu saya masa tu…dan, sampai sekarang pun dia still sudi tumpangkan rumah dia…” Aku cuba memberi penjelasan pada
Iskandar.
“Itu abang
tahu…apa kata kalau kita terus berdoa…semoga Allah boleh buka pintu hatinya
untuk terima hubungan kita ni?.” Iskandar memberikan nasihatnya. Aku terdiam
dan tersenyum dengan kata-katanya. Iskandar memang hebat bermain dengan
kata-kata.
“Assalamualikum
makcik…kenal saya lagi?.” Aku menghulurkan tangan sambil tersenyum. Kami
bersalaman dan ibu Iskandar menjemputku masuk.
“Waalaikummussalam…mana
boleh tak kenal…Kathy apa khabar?...dengar cerita, dah masuk dua bulan balik
Malaysia tapi tak pernah nak datang rumah makcik?.” Ibu Iskandar mendugaku. Aku
panik dengan tujahan soalan itu justeru memandang Iskandar.
“Ibu ni…dia
sibuklah…lagipun Kathy takde kereta nak berjalan…baru je dapat buat pinjaman
baru-baru ni…” Iskandar menjawab bagi pihak aku. Peguam memang begitu lagaknya.
Petah berkata-kata.
“Ibu faham…saja
nak mengusik Kathy…” Ibu Iskandar tersenyum memandangku.
“Maaf makcik…saya
betul-betul rasa bersalah sebab tak datang dari awal…” Aku cuba menyokong
hujahan Iskandar.
“Ala…takpela…makcik
tak kisah…” Ibu Iskandar
sekali lagi tersenyum. Aku turut tersenyum.
“Jom makan…lauk
masih panas…nanti dah sejuk tak sedap pulak…” Ibu Iskandar menambah sambil
mencuit Iskandar agar mengajakku bersama.
“Sedapnya ikan
pari ni makcik…dah lama saya tak makan ikan pari asam pedas…” Aku memuji lauk
masakan ibu Iskandar.
“Ini kegemaran
Iskandar kalau Kathy nak tahu…” Ibu Iskandar menjawab. Iskandar tersenyum
bangga.
“Aah…betul tu…ibu
kena ajar Kathy macam mana nak masak macam ni…” Iskandar berkata sambil
mencedokkan kuah asam pedas ke pingganku. Ibu Iskandar hanya memerhatikan kami.
“Boleh…takde
masalah dengan syarat kena jadi menantu ibu…” Ibu Iskandar mendugaku. Aku
hampir tersedak!. Iskandar tersenyum memandangku.
“So, ibu dah restulah hubungan kami?.”
Iskandar menyoal ibunya.
“Ibu takde
masalah Is…terpulang pada kamu berdua…ibu sokong je…baik pada kamu, baiklah
pada ibu…” Ibu Iskandar, puan Zuriah berkata lembut. Kami berpandangan dan
tersenyum.
“Kalau macam tu…next weekla Is nak kahwin…boleh ibu?.”
Iskandar membuat isyarat manja pada ibunya.
“Gelojohnya awak
Is…malu la sikit dengan Kathy…awak nak berlaki macam ni Kathy?.” Ibu Iskandar
menyoalku. Aku lantas menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
“Yelah…kami nak
nikah je pun…bukan nak buat majlis grand…cukup
sekadar angkat nikah.” Iskandar menambah.
“Taknak buat
majlis ke?...at least buatlah kenduri
kesyukuran sikit…” Ibu Iskandar memberikan pandangannya.
“Kenduri
kesyukuran tu okeylah…tapi kami memang taknak buat majlis kenduri kahwin tau…just nikah and kenduri kesyukuran dan doa selamat…that’s all…” Iskandar menerangkan apa yang telah kami bincangkan
sebelum bertemu ibunya.
“Ye…ibu
faham…Kathy macam mana?...setuju?...macam mana kami nak jumpa family or saudara mara Kathy?.” Ibu
Iskandar menyoalku kembali.
“Saya janda
makcik…keputusan atas tangan saya…tidak perlu tunggu jawapan dari sesiapa…dan, family saya dah takde…saudara mara pun
dah lama saya lost contact…yang ada
kakak saya je, itupun dia kat New Zealand.” Aku menerangkan satu-persatu.
“Ibu…benda ni small matterla…Is dengan Kathy boleh
nikah kat pejabat kadi je…” Iskandar memberi persamaannya.
“Ish kamu
ni…takkanlah nak nikah kat pejabat kadi…rumah ibu ni apa?.” Ibu Iskandar membidas
ayatnya tadi.
“Takelah…itu
perumpamaan…so, lepas settle permohonan kami kat pejabat
agama, kami dah boleh nikah…bukan nak tunggu masa berbulan-bulan pun…harini
daftar pernikahan, minggu depan dah boleh nikah.” Iskandar sekali lagi
menerangkan kepada ibunya. Aku hanya tertunduk diam. Tiada alasan dan pendapat
waktu ini untuk aku utarakan.
Perbincangan
terhenti di sini. Ibu Iskandar telah menetapkan tarikh pernikahan dan majlis
kenduri kesyukuran kami. Alhamdulillah, kami akan bernikah pada bulan hadapan
dan seminggu selepas itu, majlis kesyukuran pula akan diadakan. Aku berdebar
saat ini kerana bakal menjadi isteri kepada Iskandar Naim bin Tan Sri Mohamed.
Aku bersyukur dengan takdir yang telah Kau berikan Ya Allah!.
Debaran kian
terasa kerana aku bakal menamatkan zaman jandaku!
No comments:
Post a Comment